Skip to content

Nikah Khitbah: Solusi Masalah Cinta Remaja

October 28, 2008

Semalam, terlihat seorang kenalan arab yg memang rapat dengan saya. Dia ni seorang ‘syeikh’ la bagi saya. Tapi kali ini kelihatan dia bersama seorang gadis. Memang saya makruf bahawa mereka telah bertunang, bahkan dijemput lagi untuk hadir majlis pertunangan mereka tapi malangnya tak dapat hadir pula ketika tu. Melihatkan keadaan mereka berdua, tak pasal-pasal timbul pula keraguan akan peribadi ‘syeikh’ ni. Dalam hati, “depa ni baru je bertunang, tapi gaya semacam je….dia ni ‘syeikh’…tak kan la tak faham kot…“. Tak lama lepas kejadian tu, terserempak pula dengan kenalan saya ni di tempat lain. Dia seorang je kali ni. Dah sembang-sembang tanya khabar, mula la saya tanya pasal apa yang saya nampak hari tu. Konon-kononnya nak nasihat la syeikh ni. Then, dia pun dengan tenang kata, “Ooo, tu tunang aku. Tapi sebenarnya kira macam isteri aku la, kami dah akad nikah dah, cuma kami tak tinggal sekali. Nanti bila kami dah buat haflah zafaf(kenduri kahwin), baru kami tinggal sekali. Aku nak tunggu dia habis study dulu...”. Lepas tu baru lah faham cerita sebenar. Kiranya syeikh ni masih dapat mengekalkan status syeikh dia la, hehe. Masa tu baru teringat artikel yang pernah baca waktu dulu-dulu masa baru sampai Jordan.  Pasal NIKAH KHITBAH…memang adat yang sangat cantik kalau dapat di apply di Malaysia. Untuk mereka yang dah pernah baca artikel ni, kira macam boleh refresh balik la ye….Selamat membaca!!

 

Oleh Ustaz Maszlee Malik

Selepas Majalah I sudi menerbitkan artikel “Cinta anta dan anti” penulis menerima banyak maklum balas. Sama ada melalui sms, panggilan telefon, emel dan juga pertanyaan-pertanyaan. Apabila majalah I bulan Mac pun turut memaparkan reaksi para pembaca mengenai artikel tersebut, persoalan ini semakin popular. Terdapat juga pertubuhan-pertubuhan di IPTA dan IPTS menjemput penulis untuk berbicara “soal cinta”. Walaupun bukanlah seorang pakar dalam hal ini, namun pengalaman yang dilalui sepanjang enam tahun menjadi pensyarah IPT turut mendorong artikel tersebut dihasilkan.

Antara soalan yang biasa diajukan kepada penulis berkaitan artikel “cinta anta dan anti” ialah: “Apakah kesudahannya?” atau “Apakah penyelesaiannya?” Artikel tersebut seolah-olah tergantung, dan ramai yang begitu ingin mendapatkan jawapannya.

“Ustaz, jangan biarkan kami terawang-awang begini, berikanlah penyelesaiannya!”, antara bunyi sms yang pernah diterima. Mudah-mudahan nukilan ini cuba memberikan alternatifnya.

Akibat Kurang Bercinta

Ketika ada yang bertanya punca siswa dan siswi Melayu kurang cemerlang di IPT, saya jawab dengan mudah: “Mereka kurang bercinta!”. Tentu ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut. Mereka lantas mengungkit teori saya bahawa ramainya pelajar Melayu gagal di IPT adalah kerana gejala “coupling”. Saya menegaskan bahawa memang “coupling”lah yang menjadi faktor utama kegagalan pelajar-pelajar IPT, tidak kira Melayu atau bukan. Coupling hanya menghabiskan masa, duit, perasaan dan juga tenaga intelektual yang mereka ada. Coupling hanya membawa kepada kegagalan, kecuali coupling yang halal, iaitu menerusi perkahwinan! Lihat sahajalah laporan akhbar kosmo mengenai kegiatan seks luar nikah dan juga aktiviti pengguguran para siswi IPT di ibu kota.

Cuma bercinta dan coupling adalah dua benda yang berbeza. Bercinta yang dimaksudkan ialah proses percintaan yang sebenar. Cinta yang suci dan bersifat positif dan jauh dari pencemaran maknanya yang hakiki. Cinta yang difahami oleh kebanyakan orang dewasa ini adalah “nafsu” dan bukannya cinta. Cinta telah ditukarkan kepada nafsu oleh idealogi materialisme dan juga liberalisme yang berjaya menjajah pemikiran manusia dewasa ini. Cinta sebenarnya bersifat suci dan positif serta jauh dari nafsu. Sayangnya apabila manusia gagal memahami erti cinta, mereka telah menjadikannya sesuatu yang taboo, negatif dan juga tidak suci lagi.

Coupling pula, walaupun dari segi literalnya bersikap neutral, tetapi telah dikotorkan oleh idealogi liberal yang menjadikannya hanya sebagai definisi kepada perhubungan intim dia insan berlaina jantina sebelum berkahwin. Mengikut tafsiran coupling yang difahami oleh ramai orang dewasa ini, ia bukanlah bercinta, tetapi lebih kepada “melayan nafsu serakah” semata-mata.

Cinta yang dimaksudkan di sini ialah cinta suci. Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada agama Islam, cinta kepada ibu bapa, cinta kepada Negara dan juga cinta kepada pasangan suami atau isteri. Cinta akan menjadi unsur motivasi dan penggerak, dengan syarat ia adalah cinta sejati!

Khitbah Bukan Tunang

Salah seorang remaja dari salah sebuah IPT di Gombak pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”.

Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.

Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.

Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya. Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan?

Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.

Khitbah di IPT

Jika pelbagai alasan yang dikemukakan demi mengatakan bahawa bernikah di alam kampus itu mustahil, maka khitbah adalah solusinya. Kedua-dua pasangan tidak perlu duduk sekali, tidak perlu mencari rumah berasingan, tidak perlu menanggung satu sama lain, tidak perlu makan lebih,tidak perlu membeli peralatan rumah dan perabot-perabot. Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.

Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan. Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu. Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kebejatan moral menggila. Lihatlah apa yang berlaku di IPT-IPT seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengangguran di IPT-IPT Lembah Klang sudah cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus kea rah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma. Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Kebanyakan ibu bapa menyuarakan kerisauan mereka terhadap kemungkinan anak mereka akan hamil dan ia sudah pasti mengganggu pembelajaran. Penyelesaian untuk perkara tersebut amat mudah. Pasangan itu sendiri perlu mengambil langkah berjaga-jaga dengan pelbagai cara untuk mengelakkan kehamilan sewaktu belajar. Adalah amat naïf bagi mereka yang hidup alaf baru ini tidak mengetahui cara untuk mencegah kehamilan. Jika kaedah pencegahan tersebut gagal, dan dengan izin Allah, pasangan tersebut terpaksa menghadapi fasa kehamilan, maka sokongan ibu bapa amat diperlukan.

Risiko

Seperkara yang perlu diingat, perkahwinan di kampus ini juga tidak sunyi dari risiko. Adalah terlalu silap untuk menyangkakan semuanya indah belaka tanpa sebarang cabaran. Pernikahan di kampus hanyalah salah satu penyelesaian untuk masalah perhubungan bebas di antara jantina dan juga salah satu kaedah rawatan untuk gejala maksiat di IPT. Sekurang-kurangnya, walaupun ia berisiko, namun ia masih dapat mengelakkan risiko yang lebih besar. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak terlibat dengan gejala berpacaran, serta boleh mengawal diri dan nafsu, adalah digalakkan untuk mereka hanya menumpukan perhatian kepada pembelajaran. Cadangan nikah kampus atau nikah khitbah ini hanyalah untuk mereka yang tidak mempunyai ketahanan jiwa dan keyakinan diri yang mantap untuk menghadapai cabaran semasa yang begitu menggila. Akhirnya kepada para siswa dan siswi kampus dan juga para aktivis di universiti, walau apapun tindakan yang diambil, pastikan mardhatillah menjadi matlmat utama!

 

~ Abu Thana’, Irbid ~

27 Comments leave one →
  1. mardhiyyah permalink
    October 28, 2008 12:30 pm

    salam kak mus,
    tulisan keciknye..
    entry yang menarik
    =)

  2. rihlatulwujud permalink*
    October 31, 2008 12:59 pm

    wslm..yeke?..nnt akak minta suami akak besarkan..dia yg tulis..=)

  3. Wan Izzat Wan Anas Wan Yusoff Wan Abdullah Wan Jaafar Wan Sulaiman permalink
    July 10, 2009 5:15 am

    Baik sungguh cadangan ni. Cuma, susahlah, ana ada pengalaman. Minta2 kat orang tu, dia suruh tangguh sampai habis mengaji. EMPAT TAHUN!!! Kesian, mentaliti orang kita memang rendah. Wassalam…

    • Wan Muhammad Izzat Sebenar permalink
      January 20, 2010 10:40 am

      Hei, sape pandai2 guna nama aku nie? Patutlah ada orang cakap aku nak kahwin. Cis, memandai2 la dia nie. Ke nama kita sama? Oh, tak mungkin sama sampai nama tuk dan moyang? Isy, nak kena ni. Rosak nama aku.

      • Wan Muhammad Izzat Yang Sebenar dan Sebenar permalink
        January 23, 2010 1:30 pm

        Dua2 salah, bukan ana. Ana ni yg sebenar. Buka2 blog nie, tengok2 dua orang mana dah ni tulis guna nama ana. Ana tak tulis yg dua2 tu.

  4. unknown permalink
    January 11, 2010 8:16 pm

    salam..memang menarik artikel ini.saya memang bercadang hendak melakukan nikah khitbah ini tapi ibu bpa saya dan psgan saya mungkin tak membenarkan sbb mreka sgt kuat pgang “bkhwin smsa bkerje”..tapi kmi tlah tlnjur bercinte di masa belajar dan kami sgt tak suka perkara ni stlah byk prkara mksiat yg dh dlakukan(sms..dting dan berckp)..kami mahukan sesuatu yg halal.kmi terfikir hendak bernikah khitbah secara senyap dan mengumumkan hal itu bila tbe wktu yg sesuai..tpkan ,merahsiakan hbgn tuh dosa ke??sbb kteorg bknnye mnipu,kteorg tak menafikan hbgn pn..dan lambt laun bnda ini akn diberitahu kelak..ape pndgn akak?

  5. rihlatulwujud permalink*
    January 13, 2010 11:59 am

    salam buat ‘unknown’ yg bertanya..=)

    InsyaAllah akak dah reply di emel adik, harap dapat membantu serba sedikit. Kalau perlukan lebih lagi dari itu, jangan segan2 bertanya. Akak sedia membantu. ^_^

    wallahualam.

    -ummu thana’-

    • mohamad firdaus permalink
      January 25, 2011 2:36 pm

      sebelum ni saya dan teman saya bercouple mcm remaja biasa, selalu bermanja n kerap sangat contact. jujur saya katakan kami xpnah mlampaui batas..berpegangan tangan pn xpernah..teman saya ni pmpuan baik..bila dia mlanjutkan plajaran di kelantan dan saya di melaka,kami jarang dapat berjumpa..teman saya plak da mula ada pendirian hubungan kami haram..dia nak hubungan yang halal tapi dia tau saya xmampu..tapi dia jga xsanggup tggung dosa..satu hari ada kawan saya yang da 2 taun xcontact beritahu tentang nikah khitbah ni..macam dia tau2 je masalah saya..saya adh bincang dgn teman saya tentang hal ni dan dia amat gembira akhirnya ad jalan palingsesuai untuk masalah kami..cuma saya ingin kepastian adakah hal ini sah dan bagaimana untuk menjelaskan kepada orang tua kami..terutama bagi pihak perempuan

  6. zul permalink
    August 22, 2010 1:43 pm

    salam..boleh aka send kan emel yang sama pada saya? kerana saya sendiri ada masalah yang seakan serupa dengan unknown di atas..
    jzkk

  7. nur permalink
    August 24, 2010 11:03 am

    salam. sy pon nak jugak jwpan akk kpd mereka2 di atas ni. kalau boleh, tolg emailkan kpd sy juga ye.. 🙂 mmg ibu bapa tidak mahu kami bernikah awal walaupun kami sudah pun meminta restu mereka. ibu katakan “dah gatal sgt nak kahwin? kalau boleh, sabar lah sampai habis belajar” (habis belajar dlm masa 2 thn). rasa sedih sgt mcm mereka tak faham kenapa sy minta bernikah awl. apa sy patut buat?

    thanks.

  8. syukur ahmad permalink
    August 29, 2010 4:12 pm

    salam..btol2..saya pn baru tahu mgenai nikah khitbah ini sekitar seminngu yg lalu..
    saya sebenarnya berminat untuk mengaplikasikannya..sekitar sem terakhir saya di universiti nanti; sem 8 (sekarang sem 3)..memandangkan pd ketika itu saya dan calon saya sedang mngikuti latihan industri..
    jadi saya mmg btol2 berminat, jadi..bleh akak berikan apa2 pandangn atau pendapat?.
    bleh email kpd sy..

  9. muslimah permalink
    September 24, 2010 2:19 pm

    salam..
    ana baru terbaca tntg blog ni..emm,ana mnx jasa baik ukhti emelkan jgk kpd ana sbb ana sndiri pn mngalami mslh yg hmpir sma dgn unknown 2..calon ana sndiri pn prnah mrncg utk nikah khitbah ni..tp,fkirkan kluarga yg mgkn x izinkn sbb dia masih blajar dan tmbhan plak dia bru saja melnjutkn plajarannya ke luar ngara..lgpun,ana sndiri xprnah dprkenalkan kpd kluarganya,sedangkn,pihak kluarga ana insyaAllah boleh menerima dgn ati yg trbuka..km xprnah brjumpa slain d rumah ana dn dhadapan ibu ana sndiri…harap ukhti dpt mmbantu..ana nk mncari jln yg trbaik dlm prhubungan ni..sebolehnya,ana nk prkra ni dpt dselesaikan dgn scepat mgkin..demi mncari kredhaan Allah…

  10. amirah~alisha permalink
    October 22, 2010 2:08 am

    salam,kak..terima kasih akan artikel ni..
    mohon dari ukhti..untuk emelkan ana juga..kerana ana sedang mencari solusi terhadap ini juga dan memerlukan pandangan dari orang lain..terima kasih byk2..
    salam ukhwah..

  11. fuqahah.. permalink
    November 11, 2010 8:12 am

    salam.. alhamdulillah,terima kasih dgn artikel ni kak… saya adalah pelajar yg baru sahaja menamatkan zaman persekolahan… dan skarg menunggu masa utk sambung blajr d’ipta.. saya telah terjebak dgn alam percintaan sjak dari form 4 lg sehinngalah skrg hbgan kami masih bertahan alhamdulillah… tapi masalahnye skrg,kami byk melakukan perkara yg tak spatutnya.. saya prnah mengutarakan cdngan utk bernikah awal,tp psngan saya msih tak bersedia dr segi kwngan… saya pernah minta putus d’sbbkan byk perkara yg menjdikan jiwa saya bersalah. tapi dia masih mempertahankan hbngan ini dgn alasan skirannya hbngan ini d’putuskan tak msthil msing2 akan mnjd lbih d’luar jangkaan… saya mhn jasa baik akak utk mmberi srba sdikit jln penyelesaian..

  12. nadia permalink
    December 4, 2010 8:13 pm

    tima ksih utk arikal ini.. bleh tlg emailkn jwapan utk saya soaaln yg ditnya oleh “unknown” sya pn mengalami bnda yg sma…

  13. noor permalink
    February 16, 2011 4:14 pm

    salam..kak.. saya mempunyai masalah yg sama macam kawan2 yang email di atas..mohon jasa baik akak untuk email kn kat saya:nur_sweetygirl@yahoo.com

  14. Nasrizat permalink
    March 7, 2011 12:31 pm

    blh x pihak anti tgglkan email…
    rmai mahasiswan d tmpat ana trtarik dengan isu ni..
    klu blh,ana nk kngsi isu ni dgn pihak anti…

    ana ad soalan..
    mcm mna kta nak ubah persepsi ibu bapa tntg nikah khitbah ni?

  15. azEr permalink
    March 21, 2011 10:12 pm

    assalamualaikum..tengah jiwa sedang celaru tentang bende camni. tetiba pulak terserempak ngan artikal ni..syukur alhamdullilah…
    nk mintak nasihat, kes nye sama ngan “unknown” tu.
    tolong emailkan. peace.. 🙂

  16. hoho permalink
    May 6, 2011 8:31 pm

    Saya orang baru di sini.

    Saya ada masalah.

    Saya pelajar luar Negara.

    Dan saya ada teman wanita (yang turut belajar di luar negara) .

    Kami dah kenal lama.Tiap-tiap hari Skype YM etc.

    Mungkin orang-orang generasi dahulu akan merasakan ini perkara pelik,tapi sebenarnya ini bukan perkara pelik.ini realiti generasi zaman sekarang yang membimbangkan.

    jadi kami ada kesedaran.

    kami sudah lama kenal.
    kami hendak seriouskan perhubungan ini dan tidak mahu buat dosa lagi.

    kami hendak berkahwin.

    dan kami dapat tahu tentang nikah khitbah.

    dan kami bercadang hendak berkahwin secara nikah khitbah pada cuti musim panas tahun ini.

    persoalannya,,adakah nikah khitbah sah dalam keadaan kami ini?

    kalau tak kawen,setakt tunang,kami sebenarnya tetap contact setiap hari…

    buat apa hendak putus jika boleh nikah ?

    lagipon saya yakin masalah ini melanda ramai lagi pelajar di luar sana hatta rakan2 sekeliling saya yang ada teman wanita di luar negara tiap2 hari skype sama.

    mereka taknak dosa.tapi tak tau nak buat camne.

    ini isu berat.

    dan bagaimana dengan kenduri?

    bagaimana dengan mas kahwin?
    nafkah?

    kiranya booleh tak sape2 terangkan tentang nikah khitbah pada kami.

    saya yakin ramai orang akan baca perkara ini nanti.

    terima kasih banyak2.

    jzkk.

    assalamualaikum wbt.

    ^_^_^_^_^_^_^

  17. unknown 4 permalink
    May 11, 2011 11:12 am

    akak sy pon ad msalah yg sama.sy perempuan xtawu mcmne nk ckp ngn parents yg x stuju nikah masa kwen.mcm ne nk terangkan kt parents yg kurang pengetahuan agm n bnda2 ni..harap akak dpt bantu..

  18. May 17, 2011 5:40 am

    Salam..
    sy juga mmpnyai masalah yg sama. Sy dgn seorang lelaki sudah kerap berhubung tp cuma xpernah berjumpa dan mmg niat untuk berkahwin cuma sy tidak berani mengusulkan kpd abah sy sbb sy masih belajar dan ada beberapa halangan.
    Bagaimanakah cara yg bagus utk mengusulkan kpd parent yg garang, terlalu mghalang kahwen time belajar dan sbgainya. Sy mahu cara yg halus tp bernas untk dijelaskan kpd abah sy biar dia yakin ttg nikah khitbah ini.

    annisdinna@yahoo.com

  19. drADI permalink
    May 18, 2011 10:22 pm

    salam..
    boleh jelaskan lagi mengenai nafkah zahir dan batin dalam nikah kihtbah??
    harap sudi membantu.syukran jzkk

  20. didi permalink
    June 16, 2011 7:35 am

    assalammualaikum ..

    saya pun mengalami masalah seperti unknown. boleh tak email jawapan kt email saya jugak..

    terima kasih sangat! 🙂

  21. nur aishah permalink
    August 4, 2011 1:27 pm

    kwn sy baru bg link ni..bole ke emailkan ke saya solution yg sme utk persoalan unknown

  22. insanbaru permalink
    August 9, 2011 2:40 pm

    salam..boleh email kan pada sy ttg pnyelasaian mslah d ats??mslah nk bgtaw mk dan ayh..bgamana cara nk mereka faham situasi ank2 mereka yg ingin brubah ke jln yg lbih baik dari dosa smlm..sy dan psngan telah bercouple lbih kurang 5 tahun sejak zaman sekolah..kami ingin lakukan perubahan yg lebih baik dlm hidup..harap dpt membantu..

  23. undert_ker permalink
    August 18, 2011 1:23 pm

    Assalammualaikum,
    akak, mungkin dah terlalu lama artikel ni di post…alhamdulillah Allah menemukan artikel ini sewaktu saya dalam keadaan buntu mengenai persoalan kahwin di bulan ramadhan yg mulia ini. Masalah saya sama seperti “UNKNOWN” di atas. Sudah cuba meminta kebenaran ibu bapa untuk berkahwin muda di usia 22 tahun, akan tetapi, “tamatkan pelajaran dahulu”…cuma itu jawapan yg sering didengari. Setelah membaca artikel nikah khitbah ini, saya lebih tertarik dgn utk melaksanakannya akan tetapi adakah cara yang terbaik dgn memberitahu kedua ibu bapa mengenai hasrat nikah khitbah kami ataupun dengan melaksanakannya dengan sendiri? mintak akak berikan penjelasan ya. Terima kasih. Jazakallahul khair 🙂

  24. alia permalink
    September 30, 2011 10:59 pm

    assalammualaikum.
    akak, saya pon ade masalah mcm yg di atas.
    saya n dia pnah couple tp da ptus. saya yg mintak coz asik rasa berdosa mcm nie.
    dia sakit akak, kre kritikal jugak.
    ktorg masih rasa perasaan yg sme antara 1 sme lain , n skrg kitorang kawan.
    tp dia mmg memerlukan saya, untuk kesembuhan dia. sebab family n kawan2 dia semua macam push dia n beri pressure dekat dia. sakit dia, xleh pressure, nnt jadi lg trok. so, dia amat mengharapkan saya.
    ktorang masih belajar lagi. n skrg saya terpikir pasal nikah khitbah ni, saya memang niat nak tolong dia sembuh. dia nak study pon sekarg susah, asik pressure je, dari mak ayah dia lagi.
    so, ktorg bincang n masing2 da stuju nak buat mcm ni, cme xtau sama ada mak ayah kami boleh trima ke tak. ktorang xtau nak explain mcm ne. saya n dia nk kawin untuk elak kitorg dari tros tenggelam dalam rasa macam ni tanpa hubungan yang halal.

    boleh tak akak bagi pandangan akak? jazakillah akak.

Leave a reply to nur aishah Cancel reply