Skip to content

Bersangka baik~

November 21, 2008


Orang kata..’Berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul’..Kadang-kadang terfikir, cuba kita kaitkan kata-kata ini dengan maksud yang lain dari biasa. Selalu bila kita dengar kata-kata diatas, orang akan secara tak langsung mengaitkannya dengan orang susah, sakit, tersiksa, merana dan sebagainya. Tapi bila difikir dari sudut lain, kita berat melihat orang buat dosa, dan orang yang buat dosa tu lagi berat sebenarnya terpaksa memikul bebanan dosanya sendiri kan? Untuk apa kita sibuk-sibuk nak rasa berat dengan melihat dosa-dosa yang orang tu akan tanggung? Kerana kita manusia yang prihatin. Kerana kita manusia ada tanggungjawab. Kerana kita hamba Allah swt yang mengikut perintah. Kerana kita manusia yang tidak sepatutnya mementingkan diri sendiri sahaja. Sorang-sorang nak masuk syurga biar orang lain masuk neraka. Mana boleh.

Namun usaha yang dilakukan memerlukan banyak pengorbanan dan kesabaran. Kena sentiasa bersangka baik. Bersangka baik dengan semua benda, dengan manusia, dengan persekitaran dan paling penting bersangka baik dengan Allah swt. (ayat penguat dari ukhti Maryam dan Diyana dulu-dulu masa kami sama-sama ‘susah’ di INTEC..merindui saat-saat itu). Cuba tanya ibubapa diluar sana, kalau nak senang, tanya mak sendiri, senang tak mak dulu didik kita sampai jadi apa yang kita ada sekarang? Mungkin akan ada mak yang akan cakap..senang je mak didik kau dulu..mendengar kata..taat cakap mak..dan sebagainya yang baik-baik..Tapi disebalik semua itu, saya tetap percaya akan ada kesukaran dan cabarannya yang tersendiri bagi ibubapa diluar sana dalam mendidik anak-anak masing-masing. Kata-kata yang baik keluar mungkin disebabkan anak-anak lebih banyak melakukan perkara yang disenangi dari yang tidak disenangi kedua ibubapa.Kadang-kadang secebis perbuatan baik anak mampu menutupi setiap kenakalan anak yang bertimbun. Ibubapa mudah memaafkan. Mudah melupakan. Mudah bersangka baik. Itu fitrahnya. Tiada ibubapa dalam dunia ini yang tak sayang anak sendiri walau sejahat mana pun anaknya itu.

Begitu jugalah perumpamaan yang sepatutnya ada dalam hati antara kita dan orang lain (atau istilah tepatnya mad’u) yang bila kita melihat mereka, rasa ‘terbeban dengan dosa yang mereka lakukan’. Kalau selama kita hidup kat dunia ini, sedikit pun tak pernah rasa terbeban, there must be something goes wrong somewhere. Kerana apa? Kerana:

“Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ‘ummat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi (atas perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” [2:143]

How can you judge a book by just looking at its cover?..Simply impossible. Sedangkan dalam menilai buku pun kita tidak boleh meletakkan label tertentu hanya dengan melihat luaran, apatah lagi bila melihat manusia. Kuasa bersangka baik. Husnudzon dalam setiap perkara yang kita lihat di depan mata. Kalau perkara belakang mata lagilah tak boleh nak bersangka buruk kan?. Macam mana kalau kita terpengaruh dengan fitnah orang lain kepada orang lain?. Bukankah dosa fitnah tu lebih besar dari membunuh? Tak ke nanti kita akan tergolong dalam golongan orang-orang yang bersubahat dengan fitnah kalau kita turut percaya dengan apa yang di’fitnah’ kan orang lain?.

“ Dan fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan..” [2:30]

“ Wahai orang-orang yang berIman, Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat(ghibah) sebahagian yang lain. Apakah ada diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang “ [49:12]

Cuba bayangkan kalau kita bersangka buruk pada orang, lepas tu mengumpat pulak dengan orang lain, lepas tu tak betul pulak, lepas tu jadi fitnah, lepas tu ikut ayat diatas kita dah macam bunuh orang dengan sangat kejam, lepas bunuh makan pulak daging orang tu. Tak jijik ke? Tak geli? Membayangkan pun sudah manjadi sesuatu yang menggelikan. Sebab tu lah kena sentiasa bersangka baik kepada orang lain, dan jauhilah berprasangka. Prasangka tu kan asalnya dari pra+sangka. Kalau sangka ni, maksud dalam wikipedia BM, macam sangsi. Pra pula intro kepadanya yakni sebelum masuk kepada maksud sebenar. Makanya prasangka tu, adalah intro kepada sangka. Contoh macam kita tengok je orang tu sekali, takde kaji apa-apa pun, dah menilai. Sedangkan ini pun Allah larang, apatah lagi bila masuk perkara lebih besar seperti menilai orang dengan melihat banyak-banyak kali atau menilai orang yang kita kenal dengan sangat rapat. Menilai disini adalah dengan menilai dengan sesuatu yang buruk. Bukan yang baik. Bila menilai dengan yang baik, boleh diulas lain kali. =)

Bila perkara basic seperti ini sudah clear, barulah kita sebagai manusia dapat menjalankan kehidupan sehari-harian dengan baik dan tenang. Boleh sabar dan tabah dengan apa sahaja ujian dan dugaan yang Allah berikan dalam dakwah. Hati tenang, pahala pun dapat. Indah kan Islam?..^_^..Ikut je cakap Allah, terus hidup kita bahagia dunia akhirat. Kita hanya berusaha, kesan dan natijah, serahkan kepada Allah swt kerana itu bukan lagi ‘kerja’ kita.

Lebih kepada peringatan untuk diri sendiri supaya tidak tersasar arah dan tujuan.

Wallahualam

-Ummu Thana- Mangalore,India.

About these ads
2 Comments leave one →
  1. maryam permalink
    January 23, 2009 8:19 am

    betul!! ana setuju :D

  2. May 20, 2010 5:42 am

    salam

    Husnul zon. Kerja hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: