Skip to content

Cerita pendek..

January 27, 2010

Bismillahirrahmanirrahim.

air-india-express-boeing737

Pagi masih gelap. Baru lepas subuh dengan Abu Thana’. Cuaca sangat sejuk mencucuk-cucuk sampai ke tulang. Mungkin sebab tak biasa.(padahal tahun lepas rasa je musim sejuk di Jordan+Mesir lg..huhu). Di India mana ada musim sejuk macam ini. Musim hujan adalah. Tidur pun selalu terganggu.Tapi kadang-kadang terlebih tidur pun ada sampai Abu Thana’ kena ambil makanan dia sendiri. Kesian+bersalah pula rasa. Nak buat macam mana. Kesan ubat+psikologi sendiri yg membuatkan diri lemah tak bermaya.

Cuti hanya 2 minggu. Alhamdulillah walaupun sikit sekali berbanding masa tahun pertama. Tahun pertama ‘heaven’ cuti dua kali setahun. Sekali dua bulan, sekali sebulan.Total tiga bulan. Balik Malaysia sampai tak rasa nak balik India dah. Hihi. Ada ke org rasa nak balik India lepas habis bercuti??(untuk students India sahaja). Masa nak datang sini, saya mencuba Airline baru. Indian Express. Direct from Mangalore ke Abu Dhabi. Harga boleh tahan murah. Namun tidaklah saya berharap kapal terbangnya sehebat MAS atau RJ atau ETIHAD atau EMIRATES. Tahu ajalah kan. Nama pun tambang murah. Bertolak pagi pukul 7am dari rumah.Flight supposed to be at 920am. Sebelum itu sempat kol kedua-dua umi tersayang. Umi saya cakap dia risau, sebab ada terrorist nak serang pesawat dari India ke negara Asia bersebelahan. Rentetan dari serangan ke atas hotel paling mahal India, hotel Taj. Risau lah pula. Mereka siap cakap nak hijack Air India. Tak apalah. Tawakkal kepada Allah. Kalau dah sampai masa, even sesaat pun tak mampu kita nak tangguhkan kan. Umi Abu Thana’ pula pesan semoga selamat sampai dan selamat balik India.

Beratur panjang untuk check-in. Tak sangka begitu ramai lautan manusia di airport yang hanya sebesar dewan sekolah kebangsaan. Kecik lagi kut dari dewan sekolah saya dahulu. Sambil tak tahan kerana terpaksa menghidu bau mereka yang ‘menyucuk’ hidung dikala pagi-pagi buta dengan perut kosong, saya gagahkan juga beratur untuk check-in. Sampai kaunter, beg pula excess-32kg. Hihi. Keadaan ini tidak pernah berlaku kepada mereka yang nak keluar dari India balik Malaysia. Tapi hanya akan berlaku bila anda dari Malaysia ke India. Sampai pakcik kaunter KLIA pun dah faham sangat kenapa bag-bag student Malaysia selalu excess bila nk balik India. Saya kena bayar untuk extra 2kg. Tak apalah,bukan byk sgt. Barang-barang Abu Thana’ semuanya. Plus barang-barang yang umi dan ayah bawa datang India masa mereka ke India dahulu. Urusan nak membayar excess luggage, seperti biasa, ‘sangatlah efficientnye’. Sehingga terpaksa saya berjogging-jogging di dalam airport sebesar dewan sekolah itu. Hampir basah baju berpeluh dibuatnya. Padahal benda simple aja. Kena pula beratur untuk imegresen. Selalunya di Mumbai atau di Bangalore, Imegresen kaunter panjang.Tak rasa lama sangat beratur. Tapi ni sebab airport kecik, kaunter hanya tiga, dan barisan org yg beratur dah ibarat ular melingkar 2-3 kali kut. Masa saya mula beratur dah pukul 830pm. Masih panjang barisan. Dah suspek mesti flight delay ni. Macam mustahil mereka nak cepatkan urusan di Imegresen. Sampai giliran saya, dah pukul 930am.Lewat 10 minit dari waktu sebenar pesawat sepatutnya berlepas. Di belakang saya masih ramai lagi. Lepas Imegresen kena scan bag dan diri lagi sekali baru boleh naik pesawat. Pakcik cek bag tanya saya ada apa dalam bag pack saya. Saya cakap ada baju, ada buku.Dia gali ada coklat. Pastu dia gelakkan saya. Motif tak diketahui. Saya pun senyum disitu. Terus naik kapal terbang. Boleh tahan juga besar. Dalam hati risau dah sebenarnya sebab waktu transit saya di Abu Dhabi hanya ada 2 jam. Itu pun kalau ikut waktu sampai sana adalah tepat seperti dalam tiket.Ni nak dekat pukul 10, kapal terbang tak gerak-gerak lagi. Tak lama lepas tu, kapten bagi pengumuman, katanya ada sorg lelaki bertuah tersekat di Imegresen atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Saya tanya akak pramugari cantik, pukul berapa kami dijangka sampai ke Abu Dhabi?. Dia dengan konfidennye cakap, dalam pukul 12 waktu Abu Dhabi. Saya memang dalam hati susah nak percaya dah cakap orang India ini tak kira hebat macam mana pun mereka. Mana lah logik flight delay sampai sejam, tapi touch ground in Abu Dhabi will be 30 minutes earlier than expected. Dia ingat saya tak lulus matematik  atau fizik ke apa?. Saya senyapkan aja selepas explain pada akak tu saya ada next flight to catch going to Amman, Jordan. Paling best, mereka seolah-olah macam tak pernah dengar Amman, Jordan tu kat mana. Dammam tahulah. Aduhla wahai peramugari dan peramugara India. Sila update world map anda. Anda tuh dah jadi International Steward and Stewardess. Sepatutnya ceruk kecik negara mana pun anda patut tahu.

Tepat jam 1030 baru kami gerak. Sampai di Abu Dhabi pul 1230pm. Lewat sejam. Makanya kiraan matematik+fizik saya tepat ditambah lagi dengan saya hanya ada sejam sahaja lagi masa untuk check-out, lepas Imegresen, ambil bag dan Check-in again utk next flight Etihad ke Amman, Jordan. Keluar je pesawat saya cakap kat pakcik pakai tag nama. Tak adalah gaya cleaner ke apa. Saya explain pada dia, dia kata tak apa, sila terus check-in dan ambil boarding pass. Bag mereka handle. Saya bagi no bag saya yang dua itu kepada mereka supaya mereka boleh load dalam Etihad. Boarding pass dah dapat. Alhamdulillah. Kurang sikit tak tentu arah saya. Masuk tandas sekejap, tak sampai 10 minit,dah boleh boarding. Cepat juga. Dalam hati timbul pula rasa tak sedap. Sempat ke mereka ni transfer bag saya masuk Etihad. Mestilah makan masa. Sambil malas nak fikir, saya terus rehatkan diri dalam kapal terbang sebab dah penat otak dan fizikal. Sampai Amman, tunggu punyalah tunggu, bag saya tak keluar-keluar. Abu Thana’ tak henti-henti call bila la dia nak nampak muka saya. Macam mana nak nampak muka saya sedangkan saya sendiri belum nampak bag saya yang sungguh berat itu. Dalam bag banyak sangat benda. Risau sungguh andai hilang. Saya tanya pakcik pakai kot jaga kat kaunter tepi trackbag tu. Dia cakap dia tak reti english. Saya pula tak reti arab. Good combination. hihi. Tapi dia tunjuk juga ke arah kaunter RJ untuk claim bag. Saya pun ceritalah masalah saya pada mereka. Mereka cakap bag memang tersekat di Abu Dhabi. Kalau saya beruntung, esoknya saya dah boleh dapat. Kalau saya malang sikit, lusa baru boleh dapat. Saya cakap saya nk cepat sebab dalam tu ada roti canai frozen Abu Thana’. Susahlah kalau lambat. Rosak nanti. Dia kata dia cuba yang terbaik. Saya minta Abu Thana’ cakap dengan org tu since dia boleh cakap arab. Baru lega sikit rasa. Sepanjang perjalanan ke Irbid hati saya gundah gulana. Memikirkan dahla excess luggage. Kalau tak dapat balik, sia-sia sahaja. Malam tu pun susah nak tidur. Sampai termimpi-mimpi benda tak best akan berlaku. Walaupun mata dah terlelap dalam pukul 9pm, kejap-kejap terjaga tanya Abu Thana’ mana bag saya.

Alhamdulillah esoknya dah dapat walaupun pukul 1130 malam waktu Irbid. Abu Thana’ keluar seorang pergi ambil. Tak larat saya nak meredah kesejukan malam. Hihi. Dapat je bag terus goreng roti canai makan dengan kuah dal. ^_^. Alhamdulillah.

Moral of the story, tak kira dah banyak mana pun saya travel, setiap kali travel mesti ada cerita tersendiri. Ada aja yang tak kena. Lepas balik Malaysia for good, rasanya dah tak larat nak naik kapal terbang. Cukuplah dengan apa yang dah saya rasai. Rasanya semua airlines negara arab saya dah rasa. Qatar, Etihad, Emirates,Kuwait Airways, Royal Jordanian. Habis semua saya sapu. Doa saya teringin nak ke Mekah satu hari nanti bersama Abu Thana’. Dapat buat umrah pun jadilah. Amin

Sejuk belum hilang walaupun dah letak diri depan heater. Saya stop takat ini dahulu. Kejap lagi kena buat sarapan untuk Abu Thana’.

p/s: Saya dah merindui mereka di India. Semua kawan-kawan,syamimah yang selalu teman saya duduk sorang-sorang  since saya sangat penakut orgnye, my housemate, adik-adik yang disayangi yang tempah macam-macam dari saya. Hihi.

Mabruk untuk Kak Awin aka Ukhti Shazwin Hassan atas kelahiran littlemujahid. Moga jadi pejuang agama Allah kelak. Amin!..

Wallahualam.

-Ummu Thana’- Irbid, Jordan

7 Comments leave one →
  1. January 27, 2010 1:00 pm

    eh dah abis exam ka? owh pramugari cantik (meragui sbnrnya cantik betul ke tidak) igt anda gagal add math. tunjuk sket kat dia cara berus gigi yg betul! haha. alahai. berat bagasi terlebih. serupa macik hafsah lah awk neh. haha.

  2. rihlatulwujud permalink*
    January 27, 2010 5:47 pm

    haha…makcik hafsah datang jalan2 India..kire ok la tu berat bagasi terlebih..Kite rasa awk lg cantek dari pramugari ituh..hehehe..malas nk tunjuk dia cara berus gg..xde maknanyee..

  3. qiqi permalink
    January 28, 2010 12:39 pm

    hihi. macam2 yer mus

  4. rihlatulwujud permalink*
    January 28, 2010 1:16 pm

    qiqi..mus tahu qiqi rindu kat mus..tak lama lgmus blk la india..hehehe..

  5. hazel permalink
    January 28, 2010 10:07 pm

    pendek nyer cerita!!
    x penah baca cerita pendek camni :P

  6. rihlatulwujud permalink*
    January 28, 2010 10:10 pm

    eh…ok lah ni cerita saya..kalau masuk pertandingan ada harapan menang apa..;p

  7. February 3, 2010 10:46 am

    ameen =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: