Skip to content

Tariq Ad-Dakwah

March 8, 2008

Mukaddimah

Sesungguhnya segala puji bagi Allah Tuhan yang memelihara sekelian alam. Kita memuji Dia,meminta pertolongan kepadaNya, memohon ampun kepadaNya, dan kita meminta perlindungankepada Allah s.w.t. dari segenap kejahatan diri kita dan dari segala keburukan usaha kita.

Barangsiapa diberi hidayah oleh Allah s.w.t. maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah s.w.t., maka tidak siapapun dapat memberi hidayah kepadanya. Aku mengaku bahawasanya Muhammad (s.a.w) itu hambaNya dan pesuruhNya.Sesungguhnya sebaik-baik perkataan ialah firman Allah s.w.t. dan sebaik-sebaik hidayah ialah hidayah Muhammad s.a.w.. Sejahat-jahat perkara ialah perkara yang direka-reka di dalam agama dan setiap rekaan adalah bid’ah dan tiap-tiap bid’ah adalah kesesatan dan tiap-tiap kesesatan tempatnya di dalam neraka.
Aku tidak dapat menghitung pujian kepada Engkau Ya Allah. Engkau sebagaimana pujianMu kepada diriMu, perkasalah perlindunganMu, besarlah PujianMu, dan tidak ada Tuhan kecuali Engkau. Wahai yang telah memberi nikmat Islam kepada aku dan itulah sebaik-baik nikmat. Engkau memberi kurnia kepadaku tatkala aku masih muda hingga dapat mengenali Jamaah Ikhwanul Muslimin.

Lantas aku menyertainya dan berjalan di atas jalan dakwah. Engkau memberi nikmat
kepadaku untuk merasai kehidupan sezaman dengan pengasas al Ikhwan al Muslimin al Imam as Syahid Hassan al Banna (r.a). Walaupun di dalam jangka masa hanya lebih kurang sepuluh tahun sebelum beliau menemui Allah s.w.t. sebagai syahid, namun aku telah mendapat faedah yang banyak daripadanya. Engkau telah memberi nikmat kepadaku dan memuliakan aku dengan bekerjasama dengan angkatan Islam tatkala mereka terdedah kepada gangguan, bencana dan ujian.Engkau mengurniakan kepadaku kesabaran dan ketahanan dan Engkau menolong aku meneruskan perjalanan ini di atas jalan dakwah tanpa penyelewengan dan pertukaran. Semuanya itu adalah limpah kurnia, kemuliaan dan rahmat daripadaMu. Aku memohon tambahan lagi kepada Engkau
daripada yang demikian supaya Engkau menyempurnakan nikmatMu kepadaku dan kepada saudara-saudara aku di atas jalan dakwah dengan Husnul Khatimah (kesudahan yang baik), supaya Engkau mengurniakan syahid di jalanMu dan memasukkan kami di dalam Jannatul Firdaus yang tertinggi, bersama-sama dengan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dari kalangan para nabi-nabi, siddiqin, para syuhada’ dan salihin. Merekalah sebaik-baik kawan.

Sesungguhnya musuh-musuh Allah s.w.t. telah membuat konspirasi terhadap dakwah ini. Mereka bersatu membuat pakatan untuk membinasakan generasi-generasi yang baru muncul. Mereka menangkap, memenjara, menyiksa dan membunuh para pendukung dakwah. Musuh-musuh Allah s.w.t. ini juga merampas semua buku-buku, majalah dan risalah yang berkaitan dengan jamaah ini.Mereka lemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadap jamaah ini dengan tujuan memutuskan hubungan antara generasi-generasi muda dengan gerakan Islam. Biar generasi baru itu menjadi sesat dan hilang pedoman di tengah-tengah kemelut arus dengan pelbagai ideologi duniawi lantas tidak mengenali jalan kepada Allah s.w.t.. Di satu sudut lain pula, mereka bercita-cita untuk mengeringkan sumber-sumber bekalan bagi gerakan Islam. Meraka mahu supaya gerakan Islam ini
ketandusan anggota-anggota baru dan darah baru yang diperlukan untuk meneruskan
perjuangannya. Mereka sangka dengan berlalunya generasi kami ini akan terhentilah harakah Islam bersamanya. Tidak dapat diperbaharui lagi dan diteruskan perjuangannya kerana jauhnya para pemuda daripadanya dan kerana kejahilan mereka tentang gerakan Islam yang lalu. Mereka membuat tipu daya dan Allah s.w.t. membalas tipu daya mereka dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik pembalas tipu daya itu.

Sesungguh Allah s.w.t. telah menghancurkan putar belit dan tipu daya mereka. Mereka tidak berjaya menghalang cahaya Allah s.w.t. dari sampai kepada generasi hari ini lalu menyinari dan memandu mereka ke jalan dakwah. Para pemuda Islam berlumba-lumba mengadap dakwah Islam dengan penuh kesedaran, sikap yang benar dan ikhlas disertai dengan langkah-langkah yang tetap dan tegas di dalam jalan dakwah. Mereka tidak gentar dan tidak lari dengan apa yang telah didengar, dibaca atau dilihat oleh mereka tentang gangguan dan penindasan yang menimpa saudara-saudara mereka yang lalu di jalan dakwah sebelum mereka. Para pendukung dakwah sebelum mereka telah diganggu dan disakiti di jalan dakwah. Allah s.w.t. mengurniakan kesabaran kepada mereka, memberi, ketahanan dan ketetapan kepada mereka dan mengambil dari mereka beberapa banyak syuhada’. Tetapi mereka tetap tidak berlembut (berkompromi) menghadapi musuh-musuh Allah s.w.t., tidak leka, tidak berubah dan menukar arah.
Kita merasa cukup gembira melihat bunga yang sedang mekar itu (generasi muda). Kita benar-benar menghargai, menyanjungi dan menyintai mereka dan kita bertanggungjawab terhadap mereka. Kita wajib mengemukakan pengalaman-pemgalaman kita supaya mereka bermula di mana kita telah sampai, supaya sempurnalah percantuman di antara dua generasi. Generasi yang telah tua dan generasi yang baru muncul. Kelak diharapkan mereka mewarisi amanah ini secara keseluruhan, kemurniaanya dan iltizam dengan kitab Allah s.w.t. serta sunnah Rasullah s.a.w. juga sunnah salafussoleh r.a.
Bertitik tolak dari kesedaran tanggungjawab terhadap para pemuda Islam ini, saya pun mula menulis rencana-rencana mengenai Fiqh ad-Dakwah. Ini merupakan rencana yang pertama diterbitkan dalam Majalah Ad-Dakwah, Bilangan (7) yang terbit pada awal Muharram tahun 1397 Hijriah, bersamaan dengan Disember 1976. Rencana terakhir terbit di muka 21 dalam bilangan (29) yang terbit pada awal Zulkaedah tahun 1393 Hijriah bersamaan dengan Oktober 1978. Sewaktu saya menulis rencana-rencana ini, saya sering menemui para pemuda Islam supaya saya dapat mendengar dari mereka dan mereka dapat mendengar dari saya. Supaya saya dapat mengetahui apa
yang berlegar di fikiran mereka yang penuh dengan pelbagai idea dan konsep serta gambaran terhadap amal (usaha) dan harakah. Kemudian saya mengambilnya untuk dibersihkan (tazkiyah)atau diperbetulkan berpandukan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang penglibatan saya di dalam dakwah. Saya tidak berani mengaku yang saya terpelihara dari kesalahan, tetapi saya sentiasa mengadap kepada Allah s.w.t. ketika menulis rencana ini supaya Dia memberi hidayah menepati apa yang benar dan menjauhkan saya dari kegelinciran dan menjadikan kerja ini ikhlas kerana Allah s.w.t. semata-mata. Semasa saya menulis mukadimah ini, saya telah selesai menulis rangkaian yang terakhir untuk diterbitkan semuanya di dalam sebuah buku bagi memenuhi harapan kebanyakan pembaca. Saya memohon kepada Allah s.w.t. supaya buku ini berfaedah kepada para pemuda Islam di serata tempat. Saya memohon kepada Allah s.w.t. supaya mengampuni segala kesalahan dan kekurangan yang ada di dalam buku ini dan memberi ganjaran baik kepada saya kerana taufikNya kepada saya dalam melakukan usaha baik ini.Di dalam usaha ini, saya lebih suka jika buku ini lahir menurut bentuk asalnya seperti di dalammajalah Ad Dakwah dengan dengan sedikit saringan. Semoga dengan cara itu ia dapat mengingatkan kita dengan masa dan suasana saya menulisnya ketika itu.

Akhir sekali saya berharap supaya para pembaca tidak melupakan saya apabila mereka berdoa kepada Allah s.w.t. semoga ia memberi faedah kepada saya di dunia dan akhirat. Semoga Allah s.w.t. mengumpulkan kita bersama mereka semuanya di atas jalan dakwah di dalam Jannatul Na’im dan mengurniakan syahadah (syahid) pada jalanNya. Wahai Tuhanku terimalah. Amin.

Mustafa Masyhur.

buku yang sangat bermanfaat untuk para pendukung dakwah yang muda dengan semangat yang membara2..=) boleh didownload secara percuma dari http://www.bahantarbiyyah.info.Moga Allah beri ganjaran sebaiknya untuk pengarang buku ini.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: