Skip to content

Nilai diri..

March 16, 2008


pakistani_women_6_360x125.jpg

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini belajar benda baru.Hikmah kesabaran,tidak gelisah,berusaha memaafkan dan mengambil yang baik..^_^..Alhamdulillah wasyukurillah. maka benarlah janji Allah:

” dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh,Allah beserta orang-orang yang berbuat baik”[Al-Ankabut:69]

Tetap teguh walaupun cubaan banyak yang datang. Pengajaran untuk diri sendiri,jangan mudah melatah dalam perjuangan. Pasti ada hikmah yang tersembunyi yang akan Allah tunjukkan nanti.

Mahu kongsi suatu cerita tentang manusia yang mengikut perasaan.Begini ceritanya:

‘Ada seorang pak cik A,dia mahu memberi orang makan2 dirumahnya. Maka dia pun berbincang bersama isteri untuk merancang sebuah majlis makan2 dirumahnya. Pada hari yang ditunggu, maka ramailah tetamu yang datang untuk meraikan majlis si pak cik A. namun begitu,malang sekali semua tetamu yang hadir merasakan majlis itu sangatlah busan,tiada muzik2,tiada nyanyi2,tiada hiburanlah pendek kata,makanan pun tak berapa nak sedap. Adalah seorang tetamu yang muda berani tampil kehadapan dan pergi kepada pak cik A,menyatakan bahawa dia ingin pulang dan memberikan alasan2nya kenapa dia ingin keluar dari majlis tersebut. Pak cik A pula, dengan tiba2 membenarkan kata2 si anak muda tadi dan dengan rela hati ingin mengikut si anak muda pulang kerumahnya. Bila sampai ditengah jalan,pak cik A tersedar,kenapa dia pergi kerumah orang lain sedangkan majlis itu adalah majlis dirumahnya?

Hikmah disebalik cerita diatas adalah,itulah manusia,senang terpengaruh dengan dunia sekeliling dan nafsu yang menghambat diri sendiri.Pak cik A ibarat jiwa yang kita bawa dalam diri(rumah). Majlis yang pak cik A adakan adalah untuk meraikan jiwanya,untuk memberi makan kepada rohani. Tetamu yang datang pula adalah ibarat nafsu atau perasaan yang datang dan pergi. seperti pak cik A,jiwanya adalah jiwa yang mudah terpengaruh dengan nafsu dan perasaan yang menghambat dirinya sampaikan dia terleka bahawa dia pelu kembali kepada dirinya sendiri bagi membetulkan apa yang salah. Bukannya mengikut semata apa yang dinamakan perasaan dan nafsu. Dengan cara ini,barulah jiwa kita akan semakin matang dan sihat, perasaan2 yang baik akan datang malah mungkin tinggal lebih lama dalam diri sebelum perasaan jahat datang, diri akan lebih meningkat dan kuat.

Makanya nilailah diri sendiri,di mana tahap kita,adakah kita seperti pak cik A? mudah goyah dengan hasutan2 sekeliling yang mungkin akan membawa kepada kerusakan dalam diri atau kita akan berusaha supaya tidak menjadi seperti pak cik A dengan berusaha memperbaiki setiap kelemahan2 yang kita ada. Wallahualam.

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: