Skip to content

Wanita

April 16, 2008

Penat baca buku..~_~

Saje pergi menjelajah blog FASA.jumpa macam2.rindu pulak nak pergi sekolah.rindu suasana sekolah.rindu kawan2 sekolah.rindu cikgu2 sekolah.rindu nak masuk balik sekolah rendah..hihi..=)

Tiba-tiba teringat pasal isi talk yang pernah dihadiri kat sini. A brother, he is also a dentist, bagi talk yang membawa diri ini berfikir. Mula2 dia cerita pasal sejarah Islam bermula sejak zaman dakwah Nabi saw sampailah zaman dakwah kini. Jatuh naiknya Islam. umpama ISK versi ringkas lah kut. Cuma nak highlight pasal peranan2 wanita dalam dakwah. bukan semua,tapi antara yang utama peranan wanita itu. Dr ni cakap ada dalam satu survey yg dijalankan dikalangan brothers and sisters. Mereka diminta untuk listkan nama2 serikandi dalam Islam bermula dari zaman Nabi,sahabiah,khilafah dan seterusnya sampailah zaman sekarang. Mula dengan zaman Nabi,senanglah nak listkan nama serikandi2 mula dengan yg paling popular, Saidatina Khadijah r.a, Saidatina Aishah r.a, para isteri2 Nabi, ramaila boleh di’list’kan. masuk pula sahabiah, terus pada zaman khalifah2 Islam,masuk zaman kebangkitan Islam, makin kurang mereka dapat listkan nama2 serikandi sampailah kepada sekarang. Nama2 yang hebat makin kurang. kalau tak percaya, cubalah listkan. hihi. yang paling latest boleh list mungkin satu nama hebat seperti Zainab Al-Ghazali di mesir yang mempunyai peribadi yang unggul dalam dakwah Islam masa itu.

Apa yang Dr tu cuba nak sampaikan, kenapa makin lama makin kurang nama2 hebat serikandi yang menonjol tapi makin ramai nama2 hebat dari kalangan lelaki, bukan kerana nak cakap wanita aktif dalam dakwah dulu makin lama makin kurang, tapi sebenarnya, wanita2 hebat itu semua sibuk dalam mendidik anak2 mereka untuk menjadi orang2 yang hebat untuk Islam. Cuba fikirkan dari mana datangnya orang2 yang sehebat Imam2 Mazhab,tokoh2 ulama yang ada dari dulu sampai sekarang kalau bukan atas didikan ibu2 mereka yang komited dan tegar dalam mengasuh mereka mengikut ajaran Al-Quran dan As-Sunnah. Ibu-ibu ini menghabiskan masa yang ada untuk suami dan anak2. Mereka betul2 praktikkan apa yang mereka faham bahawa proses tarbiyyah bermula dari rumah, melahirkan anak2 untuk Islam. Kembali pada zaman sahabiah yang cuba nak lahirkan anak seramai mungkin supaya tentera Islam melawan jahiliyyah itu ramai, sampaikan anak syahid dalam perang, bukan nangis meraung2, tapi sanggup offer lagi anak yang lain untuk keluar berperang. Hebatkan.

Tapi malangnya bermula dari zaman kejatuhan Islam, sampai sekarang, makin kurang pula ibu2 yang hebat2 ini. Makin lama makin ramai wanita yang berkerjaya,malah lebih berkerjaya dari lelaki, makin kurang masa untuk suami dan anak2. Mungkin perkara ini terlampau subjektif. Lain orang lain pendapat dan pendirian. Untuk para ibu yang pandai membahagikan masa antara kerjaya, peranan dakwah dan keluarga, Alhamdulillah. mungkin boleh lahir lagi ramai2 ‘figure2’ hebat macam Asy-Syahid Hassan Al-Banna,Al-Maududi, Dr yusuf Al-Qardawi dan lain2. Tapi untuk sebahagian besar para ibu yang tak mampu membahagikan masa, malah obsess dengan kerjaya, alangkah kesiannya anak2 yang lahir. berapa banyak tenaga manusia yang mungkin dibazirkan. Jadi sekarang bagaimana? nak jadi yang mana para2 wanita diluar sana?. mungkin wanita2 yang ada sekarang termasuk diri saya, perlu bekerja lebih keras bukan sahaja untuk mendidik anak2 yang bakal lahir nanti melalui Baitul Muslim, malah juga untuk membentuk peribadi2 muslimah2 yang lain diluar sana. Kenapa? kerana kita sekarang telah kembali ke zaman jahiliyyah di mana wanita dijadikan alat permainan, dianggap tidak ada harga diri, lemah, senang ditindas. Dan jahiliyyah itu perlu dirungkai untuk melihat kegemilangan Islam kembali bersinar. Moga Allah berikan kekuatan untuk terus faham tugas dan peranan sebagai seorang wanita~..[Muhasabah Mode]

3 Comments leave one →
  1. April 16, 2008 1:06 pm

    maybe sbb tuelah usu kerja dr rumah..nak jaga anak sendiri..dr tgn sendiri..;)..wpn ada offer2 yg tak kurang menariknya..maybe tunggu anak besar skit..time derang g sekolah..baru keje..derang balik umah..usu balik umah..:)

  2. rihlatulwujud permalink*
    April 16, 2008 1:48 pm

    Alhamdulillah..kredits untuk akhawat mcm akak n ummi juga..=)..tak kerja sampai skrg sbb lg rela tgk ank2 besar dpn mata..

  3. May 11, 2008 4:59 pm

    mantap skali kak! i like this entry..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: