Skip to content

Selagi masih ada masa..

August 7, 2008

Bismillahirrahmanirrahim

An-Naba'(1-17)
عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ

1. Tentang apakah mereka saling bertanya?

عَنِ النَّبَإِ الْعَظِيمِ

2. Tentang berita yang besar.

الَّذِي هُمْ فِيهِ مُخْتَلِفُونَ

3. Yang dalam hal itu mereka berselisih.

كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

4. Tidak, mereka akan segera mengetabui.

ثُمَّ كَلَّا سَيَعْلَمُونَ

5. Sekali-kali tidak, mereka akan segera mengetahui!

أَلَمْ نَجْعَلِ الْأَرْضَ مِهَادًا

6. Bukankah Kami jadikan bumi suatu hamparan yang luas.

وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا

7. Dan gunung-gunung sebagai pasak?

وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا

8. Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasangan.

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

9. Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat,

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا

10. Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian penutup,

وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا

11. Dan Kami jadikan siang untuk mencari pengbidupan,

وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا

12. Dan Kami membangun di atas kamu tujuh buah yang kokoh,

وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا

13. Dan Kami jadikan lampu yang menyala terik,

وَأَنزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا

14. Dan Kami turunkan dari awan air yang melimpah,

لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا

15. Supaya Kami tumbuhkan dengan air itu bijian-bijian dan tumbuh-tumbuhan,

وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا

16. Dan kebun-kebun yang lebat.

إِنَّ يَوْمَ الْفَصْلِ كَانَ مِيقَاتًا

17. Sesungguhnya Hari Keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Kadang-kadang kita terlalu melihat kepada benda yang besar jauh dihadapan tetapi tidak nampak kepada perkara kecil yang berada di depan mata. kenapa? sebab mungkin perkara kecil itu terlampau kecil untuk dilihat mata kasar atau mungkin kita terlampau mengambil ringan. Bukankah sikit-sikit lama-lama akan jadi bukit? Masalah kecil yang dilihat jika tidak diselesaikan mengikut kemampuan maka akan berkembang menjadi semakin besar sehingga kita tidak mampu lagi untuk menyelesaikannya.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Surah diatas umpamanya. Ayat yang pendek-pendek dan agak ‘straight to the point’. Bermula dengan persoalan dari musuh Islam yang bertanyakan tentang hari akhirat. Kemudian dijawab Allah dengan membawa kita melihat tanda-tanda kekuasaanNya. Ayat ke-17 memberi jaminan bahawa Hari itu pasti dan tiada keraguan padanya.

Maka, selagi ada masa, maximumkan amal yang mampu dilakukan supaya nanti tidak kecewa dikemudian hari. Bermula dengan melihat kelemahan diri dan cuba untuk memperbaikinya dari hari kehari.Wallahualam.

1051pm..

-saat diri ini sedang merindui salah satu ‘jalan utama kesyurga’ yang jauh dimata tapi dekat dihati..=)-

-Ummu Thana’,India-

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: