Skip to content

Tetap hambaNya dimana sahaja..

August 9, 2008

Bismillah..

“Wahai orang-orang yang berIman! Masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu” [Al-Baqarah:208]

Hari ini hari gelabah. Baru pertama kali kami di’allocate’ patients setelah hampir seminggu datang clinics relax je tak ada benda buat. Semua gelabah, panic sebab pertama kali. Tapi pengalaman yang menarik. Alhamdulillah. memberi keyakinan diri. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang doktor gigi!..=)

Sebelum tu, disebabkan kami sangat free di clinic, nurse2 menghampiri dan mula berborak2 dengan kami. Dari hal tinggal dimana, sampailah sejarah keluarga. Sebelum tu dah dapat satu soalan cepumas dari kawan sekelas, ini bukan pertama kali situasi ini berlaku. Dia bertanya “do you have to wear the scarf everyday?means we cannot see your hair?”. Pelik agaknya sebab hanya saya seorang yang bertudung di kelas yang seramai hampir 100 orang tu. Saya hanya mengangguk dan menyatakan ianya wajib dalam Islam. Dia hanya tersenyum. Tak pasti puas dengan jawapan saya ataupun tidak. Seorang lagi kawan menyampuk, dia kata kalau kat rumah tak perlu pakai kan? Saya mengangguk lagi. Kemudian nurse mula bertanya tentang baju apakah yang saya pakai itu sebab dia suka. Saya pun semangat menerangkan tentang baju kurung..hihi..lagi sekali nurse pula bertanya, kenapa pakai scarf hari-hari?. tak panas ke?. saya cakap tak. dia tanya pulak rambut panjang ke pendek? saya senyum sahaja. dia kata kalau rambut panjang, kenapa tak lepaskan? macam orang India muslims di sini, mostly pakai tudung nampak rambut!. saya kata kene tutup!.

Tiba-tiba terfikir. Bukan mengeluh kerana mereka bertanya. Tapi sedih mungkin kerana apa yang menyebabkan mereka bertanya. Adakah perkara itu datang dari orang Islam sendiri yang hanya mengamalkan Islam mengikut hati dan diri sendiri tanpa ilmu malahan malas untuk menimba ilmu? Peringatan untuk diri sendiri. Perkara wajib diambil ringan dengan alasan itu hak individu. Halal haram main redah sahaja. Kesannya? non-muslims jadi confuse. Ada sahaja yang bertanya kenapa ada yang bertudung dan kenapa ada yang tidak sedangkan perkara itu wajib? Mana beza antara kita seorang muslim dan mereka yang bukan muslim? Jangan sampai nanti Allah timpakan bala kepada kita kerana sikap kita sendiri. Sedarlah wahai umat Islam. Kalau bukan kita as muslims yang merubah dunia, maka mahu biarkan sahaja agama Allah ini dipijak2? Emo sekejap..huhu..astaghfirullahal adzim.

Mengambil peluang ini mengucapkan tahniah kepada ibu-ibu diluar sana esp. untuk sahabat baik saya marhamah yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi. so happy for you!..^_^..tahun ini sahaja sudah berapa ramai sahabat2 saya yang sudah pun selamat bergelar ibu pada anak sulung masing2..aduhai bertuahnya badan..

Wallahualam..

-Ummu Thana’,India-

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: