Skip to content

Memilih cik sabar~

August 13, 2008

“Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” (Surah al-Nahl, ayat 96)”

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sabar itu separuh iman.” (Hadis Riwayat Abu Na’im daripada Ibn Mas’ud)Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Dalam kesabaran terhadap perkara yang tidak disukai itu banyak kebaikannya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi daripada Ibn Abbas)

Makanya kena banyak bersabar. Tapi kenapa kadang-kadang kesabaran itu sukar untuk dizahirkan?. Lagi-lagi bila ujian itu datang atas dasar kita percaya kepada seseorang. Semalam hujan lebat. Rumah bocor. Tuan rumah pula memberi alasan yang benar-benar menguji kesabaran diri saya dan rakan-rakan. Memang benarlah bahawa orang-orang kafir ini tidak kira baik macam mana pun mereka adalah orang yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Kerana mereka suka menipu dan suka memutar belit akhirnya untuk melepaskan diri dari tanggungjawab. Ini bukan pertama kali kami tertipu dengan kata-kata tuan rumah. Cuma bila memikirkan soal kewangan membataskan kami untuk mencari rumah yang lain dan lebih selesa tetapi harganya murah!.

Namun hari ini lebih menguji kesabaran diri bila ditipu oleh orang Islam sendiri. Semalam berkata lain dan hari ini berkata lain. Semalam berjanji lain dan hari ini lain pula yang terjadi. Tidak mahu mengulas panjang kerana post sebelum ini pun sudah berbau prejudis dengan warga Islam negara ini. Nasib baik ada yang menenangkan untuk mengambil masa berfikir panjang samada mahu bersabar atau mengamuk. Kerana bukan semua mereka begitu. Yang salah bukan Islam, tapi pengamalnya. Itu pasti. Moga Allah terus beri taufiq dan hidayah untuk aku dan seluruh umat Islam.

Bacaan tambahan: http://aferiza.wordpress.com/2008/01/07/sabar-senjata-mulia-hadapi-ujian/

Nak selit jugak~..hihi

Selamat Hari Lahir Ummi,Along dan Adik Syirah..=)

5 Ogos besday along, 12 ogos besday adik syirah, 13 ogos besday ummi tersayang..Alhamdulillah untuk family yang Allah kurniakan buat saya. Untuk ummi yang sangat memahami anaknya ini, yang sangat sabar, aku bersyukur. Moga Allah sentiasa melindungi dan merahmati ummi dan seluruh ahli keluarga yang lain. Rindu yang amat pada mereka semua..

-Ummu Thana’,India-

2 Comments leave one →
  1. sabyah permalink
    August 14, 2008 1:29 am

    sabar kak mus sabar..teringt ade seorg ukhti pnah ckp kt saye,”org slalu ckp ‘sabar..sabar..’ tp time tu dh lpas pn kjadian tu..pdhal time kjadian bkn main lg mengamuk menghembus mcm2″..hihi..pstu ukhti tu ckp, tu bkn sabar namanye..sabar erti kate sbnr adlh sabar time mende tu berlaku,sabar atas tindak tanduk kita..cmne kite btindak time perkara yg kte xsuka tu berlaku.. saje selingan..
    ape2 pun,mg kak mus ngn kwn2 tros sabar n moga diberi hidayah pd org berkenaan,amin..kem slm akhwt2 sana ye..-hajar

  2. rihlatulwujud permalink*
    August 14, 2008 7:35 pm

    jazakillah cik hajar..=)..insyaAllah akak akan terus sabar..rindu nk jumpa antum lg..hr tu jumpa jap je..^_^..nnt akak dtg lg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: