Skip to content

Dia yang bergelar suami..

September 3, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

956pm..Rabu,3 Ramadhan 1429H..

Baru lepas menghantar hubby pulang ke Jordan. Moga perjalanan beliau selamat hendaknya. Ameen.

Alhamdulillah,Allah pertemukan aku sekali lagi dengan Ramadhan 1429H. Istimewanya Ramadhan kali ini sebagai seorang isteri. Pengalaman pertama berpuasa bersama suami tersayang. Biarpun hanya sebentar cuma. Hanya Allah yang tahu betapa bahagia hati ini walaupun sayu terasa dihati saat menghantar si dia pulang di airport sebentar tadi. Namun aku pasti, perpisahan kami hanya sementara. Allah akan menyatukan kami kembali buat selama-lamanya dalam mawaddah dan rahmah.InsyaAllah. Kerana rumah tangga Islami itu yang ingin kami capai.

Hampir dua minggu menghabiskan masa bersama. Berjalan di sekitar Mangalore,India,(catatan lanjut akan dikupas oleh Abu Thana’ nanti) merupakan honeymoon ke-2 buat kami. Hidup berjauhan bukan mudah. Mangajar diri untuk sangat bersabar, tabah dan kuat dengan cabaran. Oleh sebab itu saat bersama kami ambil sebagai satu masa berkualiti untuk kami berdua, selagi masih belum bertiga, berempat atau seterusnya..hihi..

Pejam celik sudah lebih 3 bulan kami bergelar suami dan isteri. Masih diawal proses mengenali antara satu sama lain. Berusaha mememahami diri masing-masing, menghormati antara satu sama lain. Dan aku amat bersyukur, dikurniakan seorang suami yang sangat penyabar. Sabar dalam melayani karenah seorang isteri. Perempuan yang asing bagi dirinya. Kerana suamiku sebelum bernikah tidak pernah mempunyai wanita lain yang hampir padanya melainkan ibunya. Tidak mempunyai adik-beradik perempuan. Maka hasilnya suamiku adalah seorang yang sangat pemalu dengan mana-mana wanita ajnabi. Satu kelebihan buat diriku. Sepanjang tempoh 3 bulan ini, perkara yang paling memberi kesan pada diri ini adalah teguran-teguran halus yang diberikan. Suamiku sangat berhikmah dan penuh kasih sayang dalam menegur langkahku andai ada yang tersasar. Alhamdulillah. Terasa sungguh suami adalah ‘Qawwam’ kepada isteri. Benarlah seperti janji Allah dalam surah yang sangat famous bagi dua pasangan yang sudah bernikah:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

Hikmah besar yang terselit disebalik sebuah pernikahan. Melengkapkan sebahagian dari agama Allah. Membuka banyak jalan untuk kesyurga. Memberi peluang untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala. Hanya apabila suami menjalankan amanah dan tanggungjawabnya dan isteri juga melaksanakan apa yang sepatutnya. Cinta yang tiada tandingannya kepada pasangan dalam jalan yang halal. Moga Allah terus memberikan kami Taufiq dan HidayahNya untuk kami sama-sama melayari bahtera kehidupan berdua sebagai suami dan isteri biarpun kami masih belum mampu untuk ‘berumahtangga’ sepertimana pasangan-pasangan biasa yang lain. Ameen.

-Ummu Thana’-

Mangalore,India

8 Comments leave one →
  1. September 4, 2008 7:12 pm

    hidup berdua cubaannya berat. kami juga masih cuba mengenali hati budi masing2 kerana tidak pernah berkenalan rapat sebelum bernikah. Bertemu apatah lagi.Tetapi kami yakin Allah akan membantu perhubungan kami selagi kami berpegang pada taliNya…. pernikahan adalah yang terbaik untuk insan yang ingin melepaskan rasa cintanya….🙂

  2. September 4, 2008 7:42 pm

    Betul tu..moga antum terus kekal bahagia bersama,membina rumah tangga Islami yang akan menjadi contoh,melahirkan generasi2 yang akan menjadi pejuang agamaNya InsyaAllah..doakan kami juga..=)

  3. September 5, 2008 12:25 pm

    salam…

    actif blog nie di update akhir2 nie ye:-)….

    -salam dr canberra-

  4. rihlatulwujud permalink*
    September 5, 2008 12:46 pm

    wslm..
    mungkin sebab ada pemangkin kut..hihi..^_^

  5. September 5, 2008 6:42 pm

    Salam ‘alaik ukhti🙂

    seronok baca pengalaman ukhti. semoga baitul muslim ukhti kekal hingga akhir hayat🙂
    hidup berjauhan mengajar kita lebih erti kasih sayang itu ^_^

  6. rihlatulwujud permalink*
    September 5, 2008 8:17 pm

    salam ‘alaik..

    InsyaAllah..syukran mendoakan..=)

  7. mardhiyyah permalink
    September 7, 2008 5:22 am

    suke entry ni..=))barakallah.

  8. rihlatulwujud permalink*
    September 7, 2008 1:47 pm

    makaseh mar..=))

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: