Skip to content

Catatan dari Mangalore

September 9, 2008


Alhamdulillah, telah selamat pulang dari kunjungan ke Mangalore. Tempoh dua minggu yang sangat bermakna meskipun tidak meronda-ronda ke tempat-tempat yang best. Sekadar pusing-pusing di bandar ini setiap hari…JALAN-JALAN CARI MAKAN!! One thing yang boleh kata puas hati, sebab makanan di sini murah sangat(compared to Jordan la of course). Bila pulang semula ke Jordan, ramai yang tanya…”Apa yang menarik di India?”

Ringkasnya, melihat culture bangsa lain sudah cukup menarik. Mangalore adalah sebuah bandar typical India, lebih kurang saja kalau lihat bandar-bandar lain di India. ‘Auto’ (motor tayar tiga, macam dalam filem tamil & hindi tu) yang mudah didapati, kebersihan yang sangat tidak memuaskan, bunyi hon di sana-sini (macam arab juga), jalan yang berlopak-lopak..etc. Kelebihan Mangalore bagi masyarakat melayu di sana ialah peratusan Muslim yang agak significant. Mudah nak dapat makanan halal, masjid banyak, ade banyak pilihan makanan non-vegetarian (orang Hindu sana x makan daging). So, tak susah sangat la nak survive walaupun India ni bukan negara Islam.

Hari kedua sampai di sana, kami diraikan oleh sahabat-sahabat pelajar di sana dalam majlis kecil-kecilan. Katanya, sebab masa kenduri kahwin kami, mereka tak dapat datang. So, alang-alang dah saya ada di sana, bolehla nak buat majlis sikit, ganti tak dapat datang kenduri kahwin. Seronok juga bertemu dan bertukar-tukar pengalaman dengan komuniti pelajar di sana.  Ade pros and cons. Cumanya, bilangan pelajar di sana tak ramai, dalam 100 lebih saja. Melayu, chinese, Indian (Malaysian). Gap antara races tu masih ada, dan gap antara senior junior pun masih kuat. Maka lingkungan komuniti pelajar terpecah-pecah, dan semakin kecil.

Bersama pelajar-pelajar perubatan di Mangalore

Bersama pelajar-pelajar perubatan di Mangalore

Bila sembang-sembang pasal pengalaman mereka di Manglore, rasanya tak banyak budaya masyarakat tempatan yang boleh mereka manfaatkan. Yang paling jelas, penguasaan bahasa. Memang tak ada langsung pelajar Malaysia di sana yang mampu bertutur bahasa tempatan. Susah katanya. Guna english lagi senang. Tapi memang logik juga, sebab di India sendiri terdapat puluhan bahasa (ratusan mungkin?). Rakyat India berlainan negeri pun, kalau pergi negeri lain dah susah nak faham bahasa tempatan.  Apatah lagi pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tapi baru-baru ni, katanya pelajar-pelajar yang baru tiba pernah ikut kelas bahasa semasa di kolej persediaan dulu. Satu perkembangan yang positif…

Jadual belajar students di sini sangat pack. Dari pukul 8 pagi hingga 4 petang, 6 hari seminggu. Fuhh!! Ahad tak terasa pun cuti. Semester break pun tak panjang, paling lama sebulan untuk pelajar perubatan. Kalau la pelajar-pelajar Jordan dapat jadual macam ni, pengsan agaknya. Lagi, sebelum pelajar-pelajar perubatan dan pergigian di sini tamat belajar, mereka diwajibkan untuk buat internship di sini selama setahun. Baru boleh dapat ijazah. Kesian juga, dah habis study tapi tak boleh balik tanah air lagi, hmmmm.

Hari-hari berikutnya, sekadar pusing-pusing keliling bandar Mangalore. Pelajar sana kata macam Malaysia tahun 70-an…tak tahulah betul atau tak (lahir pun tak lagi). Tapi memang bangunan old-school la. Cuma ada dua tiga shopping complex yang baru dibina beberapa tahun lepas. Tak lah besar sangat pun. Tu pun dah cukup untuk pelajar Malaysia di sana release tension. Apartment dan rumah sewa, boleh tahan cantik. Macam design kat Malaysia la. Ramai Malaysian tinggal kat situ. Affordable. At least, better than Jordan yang bangunanan-bangunannya petak semata. 

Cerita pasal makanan, kalau diberi rating, saya letak 8/10. Citarasa makanan di sini, tak jauh dari Malaysia. Beriyani, chapati, roti canai, nasi goreng, noodles, seafood,roti tissue pun ada. Saya tertarik bila lihat ada sebuah restoran ni, ada 90 pilihan pelbagai roti tissue. Macam-macam jenis, tak tahu nak pilih mana satu. Mungkin siapa yang minat roti tissue, tiap kali pergi kedai ni akan pilih hidangan yang berlainan sampai la complete semua 90 jenis tu dirasa. Beriyani pula, ada dua jenis yang terkenal. Beriyani dumm dan beriyani Hyderabad (ayam dan daging). Saya dah rasa dua-dua, Hydrabad paling sedap. First time makan, masa buka puasa. Mungkin kalau untuk orang di Malaysia mereka lebih kenal beriyani Hyderabad dengan nama ‘beriyani hijau’. Ntahla, kat Malaysia tak pernah pula dengar beriyani hijau ni. Kebetulan pula adik saya minta kirim rempah beriyani hijau sebab dia tahu saya di India. Boleh la lepas ni supply rempah ni untuk penggemar-penggemar beriyani. Satu perkara lagi yang menarik tentang masyarakat India ni, mereka sangat gemar makan ais krim. Walaupun tak ada ais krim jenama Walls, Nestle…etc, ais krim tempatan dah cukup sedap dan pelbagai. Banyak kedai-kedai ais krim kat sini. Pergi la mana pun, kalau tengah rasa nak makan ais krim anytime boleh dapat. 

Di Mangalore ni ada dua tiga cafe yang macam starbucks, coffe bean…etc, tapi namanya Cafe Coffe Day. Product tempatan. Ramai students suka ‘lepak-lepak’ di sini lepas kelas. Pelajar Malaysia tak ketinggalan. Saya pun terikut-ikut suka bersantai di cafe ni dengan isteri, lepas jemput dia di hospital. Kerap singgah di cafe ni. Macam-macam minuman try, sebab di Jordan tak berpeluang pergi kedai-kedai macam ni. Mahal!!. Di sini, murah sangat-sangat.

Saya juga berkesempatan hadir ke Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-51 anjuran pelajar-pelajar Mangalore. Ramai yang datang…Melayu, chinese, indians, local students…Terasa kekok pula bila campur dengan bangsa lain. Mungkin sebab dah biasa di Jordan berprogram dengan bangsa sendiri. Bila campur tak reti nak adapt. Terfikir sejenak, macam mana la agaknya kalau dah kerja nanti. Real Malaysia. Disebabkan di Jordan ni we tend to be among ourselves, bila terjun dalam masyarakat sebenar, kita jadi kerdil dan tak mampu compete. Mungkin ini antara kelebihan students melayu di sini. Boleh bina rangkaian kenalan multicultural. Terus-terang, saya tak pernah ada kawan either chinese or indians yang boleh buat sembang sekali. Setakat beli barang dari tauke cine ade la. Dari kecil kawan dengan Melayu saja. Macam mana nak lead masyarakat nanti? Nak interact dengan kaum cina dan india kat malaysia pun susah. Dalam majlis ni, ada la mereka ni buat persembahan sajak, tarian, dikir barat, dan pentomen. Suatu yang tak dapat dilihat di Jordan. Performances dibuat campur lelaki perempuan. Menari-nari ikut rentak music. Biasalah kot untuk students Malaysian di sini. Kalau  la saya belajar di sini……………………(tak tahu nak komen)

Antara yang menarik lagi di India, masyarakatnya tak tercemar dengan budaya rokok. Jarang sekali jumpa mereka yang merokok. Bagusnya tak merokok, tapi malangnya ramai pula kaki botol. Perut buncit-buncit sebab banyak minum. Kedai-kedaI liquor bersepah-sepah. Maka tak hairan lah kalau ramai yang dapat liver cirrhosis.

Ok, masuk pula isu national di India. Bila dah datang India ni, baru perasan rupanya India ni tersangatlah besar negaranya. Imagine, setiap negeri tu ada ‘telecom provider’nye yang tersendiri. Kalau pergi negeri lain, dah kene roaming pula. Politically, ada ratusan parti-parti politik yang tumbuh bak cendawan selepas hujan. Tapi malangnya bila baca news, corrupt dan rasuah sana sini. Yang paling menarik minat saya, isu Kashmir. Wilayah di utara India yang sedang dalam usaha untuk berpisah dari jajahan India, macam Bangladesh dan Pakistan dahulu. Pembunuhan orang Islam sewenang-wenangnya. Usaha pemisahan yang telah lama berlangsung. Bila baca analisis, kerajaan India alasankan tak mahu pisahkan Kashmir kerana nanti wilayah-wilayah lain akan turut melakukan perkara yang sama, minta dipisahkan. Tapi hakikatnya, isu Kashmir unik. Pisah kerana agama. Sama penting dengan isu Palestin, Acheh, Chechen…Allahuma Unsurril Islam wal muslimin fi kulli makan wa kulli zaman…

Rasanya sampai sini dulu. Cukup la gambar-gambar ni describe situasi di India. A picture worth thousand words. Ada kesempatan, saya menulis lagi. 

Wassalam.

~ Abu Thana’, Irbid ~

Bandar Mangalore

Pantai Panambur

Pantai Panambur

Sultan Battery Beach

Sultan Battery Beach

Hidangan seafood

Hidangan seafood

Kerancakan industri filem Bollywood

Kerancakan industri filem Bollywood


 

5 Comments leave one →
  1. September 9, 2008 5:11 pm

    akhirnya abg menulis juga..^_^..-Ummu Thana’-

  2. mar-steel oh! permalink
    September 26, 2008 11:58 pm

    tulisan pertama yang panjang—

    tapi gaya bahasa dan isi muallim kasi 10/10 la

  3. rihlatulwujud permalink*
    September 27, 2008 2:35 am

    baik muallim….laen kali ana tulis lg…….

  4. chokora99 permalink
    October 15, 2008 7:42 pm

    entry yang sempoi…
    hebat jugak yer nta menulis..agak menarik
    bosan2 lpas bace blog F & N tadi..tergerak pulak nak jengok sini yer..hew3

  5. rihlatulwujud permalink*
    October 16, 2008 2:12 am

    ajak la lipas baca blog ana skali ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: