Skip to content

1 Syawal..Rindu dari kejauhan

September 30, 2008

Syawal 1429H.. tahun ketiga saya merayakan syawal di India ini. Dan untuk suami, Abu Thana, adalah tahun keempat beliau di Jordan. Kami masing-masing jauh dari keluarga. Perempuan ni emosi lebih sikit, setiap tahun pasti berlinang air mata bila telefon umi,ayah dan adik-adik di kampung. Betapa diri ini sangat mengharapkan dapat bersama-sama mereka meraikannya seperti masa kecil-kecil dahulu. Tapi lelaki selalunya rileks je kene raya kat oversea pun. Kalau sedih pun,takdela sampai nangis kan.=)

Riuh-rendah di malam raya bersama semua sepupu adalah antara perkara yang tak dapat dilupakan. Kampung sebelah ayah di Melaka misalnya, perkara wajib sehari sebelum raya yang kami akan lakukan adalah mengacau rendang itik beramai-ramai. Masak dalam kawah yang besar, banyak, so kena bergilir-gilir mengacau. Sambil mengacau sambil update cerita-cerita terbaru sesama kami. Sepupu yang kecil-kecil pula, akan berlari kehulu kehilir seronok berjumpa sekali sekala di kampung. Makanya rumah arwah nenek masa tu memang macam nak meletup. Siap main bunga api lagi malam-malam, pasang pelita, lampu neon berkelip-kelip, meriah sungguh. Di kampung Melaka, menu wajib setiap tahun adalah rending itik, soto, kari ayam, ketupat instant dengan air gas..Kueh raya pula disediakan anak menantu in advance. Paling favourite tart nenas dan choc chip mak usu, biskut arab n dahlia mak long, biskut nestum dan kek choc mak ngah(ummi saya), biskut London almond mak teh. Rindunyaa..Tapi sekarang sudah kurang meriah. Ada yang dah pergi takkan kembali lagi, ada yang belajar jauh-jauh tak dapat pulang beraya, masing-masing sibuk. Namun kenangan itu yang menjadikan hari raya setiap tahun satu benda yang bermakna buat kami semua.

Kampung Melaka malam raya..

Kampung Melaka malam raya..

Sepupu-sepapat..Irfan(di France) dan anak-anak cik Lokman(beraya di Perak) tak ada dlm gmbr..

Sepupu-sepapat..Irfan(di France) dan anak-anak cik Lokman(beraya di Perak) tak ada dlm gmbr..

dari kiri..makteh n pakteh,paksu dan maksu,maklong,ayah n ummi..

dari kiri..makteh n pakteh,paksu dan maksu,maklong,ayah n ummi..

aiman..della n along(kembar seiras, tapi mak n ayah lain2..hihi..)

aiman..della n along(kembar seiras, tapi mak n ayah lain2..hihi..)

main game pulak malam-malam raya..=)

main game pulak malam-malam raya..=)

Kampung di Johor (sebelah ummi) pula berbeza sedikit. Memandangkan kebanyakan sepupu sepapat adalah kecil-kecil belaka, maka tugas menyediakan juadah raya disediakan oleh mak-mak sedara, nenek dan saya adik-beradik. Makanan yang disediakan pun tak kurang menariknya, mesti ada rendang ayam, kuah lontong, ketupat dan kuah kacang. Kuih raya banyak beli. Hihi..

sepupu kecil-kecil sebelah ummi di Johor..

sepupu kecil-kecil sebelah ummi di Johor..

kanak-kanak main game..

kanak-kanak main game..

BBQ di laman kampung..

BBQ di laman kampung..

Syahdu di pagi raya selepas solat raya, balik rumah dan mula untuk bersalaman dan memohon maaf. Dah memang menjadi adat. Lepas tu kumpul duit raya. Dah besar-besar ni, tak dapat la nak kumpul lagi. Lagi-lagi dah kahwin, kene bagi duit raya pula pada orang. Hihi.. Tunggulah bila kami pulang ke tanah air dan dah kerja nanti.

Tahun ini lain sedikit. Saya dan suami tinggal berjauhan. Merayakan syawal di tempat masing-masing. Hanya Allah yang tahu bagaimana rasanya. Perjuangan perlu diteruskan biarpun terpaksa berjauhan sementara. Moga Allah berikan saya dan suami kekuatan menghadapinya.

Tahun ini juga melakar sejarah bertambahnya ahli keluarga bagi kedua-dua belah pihak saya dan suami. Disaat pasangan pengantin baru yang lain mula membahagikan untuk beraya di kampung sebelah mana tahun ini, kami masih belum menghadapi masalah sebegitu. Al-maklumlah, duduk oversea. Saya dan suami tinggal berdekatan di Malaysia. Malah sangat dekat. Orang kata kalau jerit pun boleh dengar agaknye. Hihi..

Umi (ibu suami) adalah orang Johor..keturunan arab..(boleh baca disini)..Abah (ayah suami) pula adalah orang Kedah. Tak sempat lagi untuk berkenalan lebih lanjut dengan semua sedara-mara yang lain sebelah suami. Sejurus selepas kami nikah June lalu, terus terbang ke Jordan ikut suami. Sampai sekarang tak balik Malaysia lagi..Tak tahu bila lagi akan berpeluang pulang ke Malaysia..mungkin bila lepas grad kut..^_^..

Sedikit gambar pengenalan keluarga suami;

Masa menghantar kami di KLIA untuk ke Jordan..

Masa menghantar kami di KLIA untuk ke Jordan..

sedara sebelah suami masa majlis pertunangan kami June 2007

sedara sebelah suami masa majlis pertunangan kami June 2007

sedara sebelah suami..masa majlis pertunangan kami lg..

sedara sebelah suami..masa majlis pertunangan kami lg..

Semoga Allah berikan aku dan suami peluang untuk beraya bersama-sama sedara mara yang lain di Malaysia pada masa akan datang. Supaya kami boleh lebih mengenali antara satu sama lain dan saling mengeratkan silaturrahim melalui ikatan pernikahan kami yang baru terbina ini. Amin.

Wallahualam..

-Ummu Thana’-Mangalore,India

malam 1 syawal 1429H

8 Comments leave one →
  1. September 30, 2008 9:56 pm

    be strong, pengalaman mendewasakan..

    merinduimu juge, dan merindui waktu2 kite bersama..

    selamat hari raye =)

  2. rihlatulwujud permalink*
    September 30, 2008 10:01 pm

    waa..rindu kamu dan semua2 yg laen..T_T..

  3. October 2, 2008 12:05 am

    ‘Eid sa’id K. Mus & Syamil… semoga tabah.
    Kullu ‘am wa antum bikhayr…

    -Asma’ & Aiman-

  4. rihlatulwujud permalink*
    October 2, 2008 12:23 am

    Jazakumullahukhayrankathira..insyaAllah..

  5. akaks permalink
    October 4, 2008 4:26 pm

    huu..mse raya johor, hampir tiap2 rumah yg ktorg beraya tnye, “mne pengantin baru nye?” tiap2 kali jugak ktorg kne jawab, “ouh, tahun ni x balik, raya kat tmpt masing2..” penattt…;)

    tapi ramai org johor excited dpt naik bus rombongan beramai2..dalam sembang2, ada yg kata, “majlis kedua nanti, ajaklah lagi naik bas ke kl..” hehe..

    p/s:tahun ni best skit raya, ada baby athirah yg comelllllll-geram-rse-nak-cubit2….nnt akak send gmba,iA.

  6. keyra halim permalink
    October 13, 2008 6:38 pm

    salam mus….tau tak dalam gambar tu kita nampak apa???? jeng jeng cuba teke…
    gambar 1st yang ada kereta tu…

    KFC ALOR GAJAH LA!!! hehe
    balik ke ritu?
    ler..pesal apa tak dtg beraiyya?

  7. rihlatulwujud permalink*
    October 13, 2008 7:17 pm

    wslm..mane blk raya la..mus raya india thn ni..tu raya thn lepas..=)..

  8. December 13, 2009 4:44 am

    Waow enjoyed reading your post. I submitted your feed to my blogreader.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: