Skip to content

Nilai sebuah perkahwinan..

October 9, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..

Hari ini hari gembira. Setelah sekian lama, dapat berborak panjang dengan salah seorang yang sangat dirindui dari kejauhan. Sahabat baikku, marhamah. Tak ada lah lama sangat sebenarnya, kali terakhir kami meluangkan masa bersama adalah beberapa hari sebelum pernikahan aku dan suami. Kira-kira empat bulan lalu. Itu pun kerana kebetulan suami beliau tiada di Malaysia. Dialah yang membantu segala persiapan pernikahan dari menolong menjadi driverku sehinggalah pergi menemani mencuba baju pengantin =). Membalas ralat tidak dapat menghadiri majlis pernikahan beliau sendiri kerana tak dapat balik Malaysia masa itu. Terima kasih sangat2 mamah.

Kesempatan itu kami ambil untuk sama2 berkongsi cerita tentang alam perkahwinan. Menerima segala pengalaman yang pernah beliau alami. Sangat2 membantu. Terima kasih sekali lagi untuk itu mamah. Beliaulah yang menemani sehingga saat diri ini selamat bergelar seorang isteri. Alhamdulillah. Beliau jugalah yang banyak membantu sepanjang tempoh pertunangan, memberi nasihat dan pandangan yang ikhlas datang dari seorang sahabat. Teguran yang membina. Semangat yang tidak berbelah bagi. Orang kata, lepas kahwin, sukar untuk mempunyai sahabat baik lagi kerana sibuk dengan suami. Tapi bagi kami, InsyaAllah selama-lamanya kami akan tetap menjadi sahabat yang baik. Biarpun jarang dapat berborak lama macam tadi.

Selain men’update’ keadaan masing2, kami ada berbicara sedikit soal perkahwinan tadi, makanya menjadi mangkin untuk saya menulis tentang post kali ini. Tambahan pula dapat ayat semangat ‘i’m your fan..teruskan menulis..’ hihi. Ramai juga yang dah bertanya, ramai yang ingin tahu, spesifikali untuk ukhti syazana juga yang meminta ulasan tentang pernikahan saya dan suami. Sebelum tu, saya amat berbesar hati untuk memberitahu maksud Thana. Gelaran kami suami isteri. Thana adalah kesyukuran, kebahagiaan, atau bahasa inggerisnya, gratitude. Harapan pada bakal anak sulung kami nanti…andai diizin Allah untuk memperolehinya. InsyaAllah.

Bagaimana saya dan suami bertemu? Mungkin kami bukanlah contoh yang terbaik boleh diberi untuk semua hati-hati yang ingin mendirikan masjid. Apatah lagi buat ikhwah dan akhawat. Tapi sekadar berkongsi agar jalan tidak tersasar dan agar setiap langkah-langkah kita diberkatiNya. Kerana itu pun tujuan kita hidup didunia ini. Tiada lain melainkan untuk menjadi hamba Allah semata-mata. Bila kita lari dari garis panduan sebagai hambaNya yang baik, maka sia-sia dan rugilah hidup kita didunia. Allah Maha Tahu..

“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”[Az-Zaariyat:56]

Saya dan suami, bukanlah dua insan yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain sebelum kami bernikah. Malahan kami pernah sama-sama membesar di luar negara, England, masa parents kami belajar di sana. Walaupun saya sendiri tidak pernah ingat pun masa itu. Ibubapa kami saling mengenali. Sekolah rendah pun sekali. Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi. Kami berpisah bermula tingkatan satu dan tidak pernah bertemu muka selain hanya beberapa kali secara kebetulan. Namun tiada apa yang istimewa. Hanya sekadar kenal nama dan muka. Bertemu kembali dengan izin Allah semasa kursus persediaan di INTEC,Shah Alam. Itupun masih tiada apa yang berlaku antara kami. Hanya selepas saya sendiri ditakdirkan ke India, kami mula berhubung, sekadar bertanya khabar.

Tempoh sehingga kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukanlah satu tempoh yang lama dan bukan juga satu keputusan yang mudah. Membina bait muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Niat pada permulaan kerana ingin menjaga hati. Menjadi mangkin dalam urusan dakwah. Menjadi penguat dalam melaksanakan perintah-perintah Allah. Terima kasih yang tidak terhingga untuk murabbi kami yang memberi sokongan dan membantu kami memudahkan urusan ketika itu. Maklumlah,melihat kepada konsekuensi kami akan berjauhan buat sementara waktu sehingga kami sama-sama tamat pengajian. Tambahan lagi tempoh itu bukanlah satu tempoh yang sehari dua, tetapi setahun dua. Alhamdulillah dan setinggi2 penghargaan kami buat kedua ibubapa yang memahami keputusan kami ini dan akhirnya meredhai perjalanan ini. Malah turut mengadakan majlis yang begitu meriah meraikan kami. Alhamdulillah wasyukurillah.

Redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa. Bila kedua ibubapa kami meredhai, maka ia menjadi satu keyakinan bahawa kami membuat keputusan yang betul untuk mendirikan rumah tangga ini. InsyaAllah. Tambahan pula kedua ibubapa kami juga mendirikan rumahtangga pada usia yang muda seperti kami.

“Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.”[Luqman:14]

“Kemudian apabila engkau telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, Sungguh Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal.” [Ali-Imran:159]

“dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” [At-Talaq:3]

Ayat 3:159 yang dipegang dengan utuh saat2 kami goyah dalam memegang keputusan untuk hidup bersama sebagai suami dan isteri. Yang pasti, setelah bertunang, perasaan itu makin tenang dan makin jelas tujuan. Bukan sekadar untuk menjaga hati-hati kami, malah menjadi penguat untuk kami sama-sama lebih bersemangat dalam dakwah. Ramai juga yang tidak memahami kenapa kami ingin meneruskan juga pernikahan jarak jauh ini. Namun bagi kami, ayat 65:3 adalah jawapannya. Biarpun bukan mudah, tapi InsyaAllah kami yakin, Allah tetap akan bersama-sama dalam setiap urusan kami selagi pernikahan ini dilaksanakan atas dasar menjaga agama Allah dan dakwah tidak kira bagaimana pun kondisinya.

Proses perkenalan kami bermula selepas pernikahan. Dan keindahannya hanya akan dirasai oleh mereka-mereka yang sudah berumahtangga. Selagi mana kita menolong agama Allah dengan menjaga batas-batas dalam perhubungan sesama manusia, lelaki dan perempuan bukan mahram, selagi itulah Allah akan menjaga perhubungan kita suami isteri. Yakinlah dengan itu kerana Allah dah janjikan dalam ayatNya:

“Wahai orang-orang yang berIman! jika kamu menolong agama Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan akan meneguhkan kedudukanmu.”[Muhammad:7]

Maka untuk ikhwah dan akhawat yang masih kabur arah dalam mendirikan bait muslim. Yakinlah dengan Allah. Pilihlah calon yang kita pasti mampu membimbing kita menuju Jalan Allah. Jangan terlalu lewa dan jangan terlalu memilih. Redha ibubapa juga penting selagi alasan yang diberi menepati syariat Allah swt. Dan yang pasti, Allah tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak mampu untuk kita tanggunginya. Seperti dalam ayat ma’thurat yang dihafal hari-hari;

“Allah tidak membebani sesorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”[Al-Baqarah:286]

Berdoalah selalu agar pernikahan kita berlangsung pada hari yang Allah redhai. Seiring dengan keredhaan ibubapa. Sebagai permulaan kepada jalan bahagia menuju Allah swt. InsyaAllah.

Sekalung penghargaan yang tidak terhingga juga buat suamiku..Abu Thana’ yang sungguh sabar melayani karenah isterinya ini yang baru dinikahi selama hampir empat bulan. Sesungguhnya perjalanan kita masih panjang. Moga Allah beri peluang untuk isterimu ini menjadi pendamping setia sehingga kesyurga kelak..Amin

Wallahualam.

-Ummu Thana’-Mangalore,India.

11 Comments leave one →
  1. mardhiyyah permalink
    October 10, 2008 12:58 am

    kak mus,keep writing.I am a big fan of ur writing!hehe.

  2. October 10, 2008 7:55 am

    salam ukhti~

    jazakillah atas coretan kali ini🙂
    semoga bait muslim ukhti dan zauj kekal hingga ke syurga, iA.
    do’akan untuk diri ini juga🙂.
    suka baca penulisan2 ukhti~

    syazana,
    ex-SMIAAG (batch 12)

  3. October 10, 2008 10:09 am

    akak pun ur big fan juga.. hihi

  4. rihlatulwujud permalink*
    October 10, 2008 12:02 pm

    terima kasih akhawat fillah sekalian..=)..

  5. ღ فاطمة ღ permalink
    October 10, 2008 2:58 pm

    waah.

    ramainya big fans. nak jadi jugak lah.

    hehe

  6. rihlatulwujud permalink*
    October 10, 2008 4:41 pm

    ada2 je cik fatimah ni..^_^..thanx by the way..alhamdulillah,ada jugak org nk baca dalam bejuta2 billion manusia kan..=)..moga beroleh manfaat..sekadar secebis perkongsian hidup..

  7. tasnim permalink
    October 10, 2008 7:21 pm

    ehe..akak pn nk jd fan jgk..^^ouh,zauj mus pn ausmat jgk ke?
    bg akak w/pun mus n zauj dh kenal b4 walimah, x semestinya ia xleh jadi cnth sbb masing2 masih menjaga batasan..saifulislam pnah tulis psl permulaan yg baik x semestinya menjamin pengakhiran yg baik..btw all d best menjadi isteri solehah n dental student yg cemerlang dunia akhirat iAllah..~

  8. rihlatulwujud permalink*
    October 10, 2008 7:26 pm

    hihi..akak ni!..=)..zauj mus bukan ausmat..die program mep..fly ke jordan 2005..jazakillah atas doanya..moga akak juga nnt jadi zaujah yang solehah,doktor berjaya dunia akhirat~..xsabar ni nk tunggu jemputan akak neh..^_^..

  9. ~ Abu Thana' ~ permalink
    October 10, 2008 7:52 pm

    amboi….asal ummu thana’ menulis je…banyak plak komen ek….hehe…😛

  10. nawwar husna permalink
    October 11, 2008 2:02 pm

    salaam mus, akak pun nk jd fan gak la ahaks..take care dear..be strong ok..:)

  11. rihlatulwujud permalink*
    October 11, 2008 4:41 pm

    hihi..insyaAllah akak..selamat menjadi ummi!..moga jadi mujahid dakwah nnt..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: