Skip to content

Masa yang semakin menghimpit…

October 16, 2008

Masa dah time ke?

Masa dah time ke?

Kebelakangan ni, bila dah masuk alam clinical, makin terasa masa yang ada di tangan sangat mengekang untuk membuat aktiviti-aktiviti yang pelbagai. Kalau dulu boleh ada masa untuk baca bacaan tambahan, sekarang dah susah. Kene baca buku untuk lecture je. Kalau dulu boleh ada masa untuk ziarah member-member, sekarang ni kene plan awal-awal dan bagitahu kat tuan rumah kata nak datang. Kalu tak, dah buang masa. Paling terasa, kalau dulu boleh ada masa baca quran lepas maghrib-isya’, sekarang ni macam terkejar-kejar nak baca. Tolak kalau ada meeting atau program waktu malam, makin kuranglah masa yang ada untuk buat taklifat yang pelbagai. Sangat menguji sebenarnya.

Apa-apa pun, komitmen terhadap dakwah adalah priority nombor satu. Tiada kompromi. Meskipun masih ada kerja last minute, ada pertembungan dengan taklifat lain, dakwah dan tarbiyah adalah segala-galanya dan tiada ruang untuk bersikap lemah dalam medan ini. Pernah seorang syeikh tarbiyah memberi nasihat, ” كن قويا او لا تكون”….Jadilah orang yang kuat, andai tidak boleh maka tak payah jadi apa-apa. Memang benar, bila dilihat pada hakikat amal dakwi di mana-mana medan pada hari ini, kita masih di bawah. Maka sepatutnya tidak ada ruang bagi kita untuk bersikap lemah, masih memberi alasan yang pelbagai terhadap taklifan yang diberi, masih tidak memberi hak pada tuntutan amal dakwah, dan masih lalai dengan tarikan dunia. Susunlah masa dengan bijak. Hanya anda yang tahu bagaimana menyusun masa anda. Berikanlah hak yang utama terhadap amal dakwah dan tarbiyah. Ikhlaskan hati anda, nescaya Allah akan membantu hambaNya yang ikhlas dalam amalnya.

الواجبات أكثر من الأوقات

Kalam Imam HAB yang menjadi penguat semangat setiap ikhwah bila mana mereka lelah dalam perjuangan. Kalam yang mendesak supaya ikhwah menyusun masa dengan bijak supaya amal dakwah terus berjalan di mana-mana. Juga mengingatkan kita bahawa tugas kita masih banyak yang belum selesai.

فإذا فرغت فانصب

“Maka apabila kamu telah selesai(dari suatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain” (94:7). Ayat yang menunjukkan bahawa tiada ruang untuk kita berhenti dari terus beramal atas jalan ini. Bila mana selesai suatu tugas, maka terus laksanakan tugas yang lain. Perhatikan Allah tidak mengatakan ‘ثم إنصب’, akan tetapi Allah perintahkan dengan huruf ‘ف’ yang membawa makna terus-menerus tanpa membuang masa. Alangkah indah ta’bir Allah Ta’ala ini.

Semoga dengan masa yang semakin sedikit di tangan ini menjadikan kita orang yang lebih berkualiti dalam amal insyaAllah.

~ Abu Thana’, Irbid ~

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: