Skip to content

Something right~..

November 8, 2008

Bismillahirrahmanirrahim

mom

Rasa macam dah lama tidak menulis untuk blog sendiri. Kesibukan semenjak komputer dihantar ke ‘rumah sakit’ selama hanpir seminggu lebih membataskan diri untuk menulis. Sejak kebelakangan ini juga diri amat senang letih. Tidur awal hampir setiap malam kerana keletihan. Kalau dulu masih mampu bertahan sampai pukul 2-3pagi, tapi sekarang macam susah. Mujur ada suami yang membantu bersama-sama meng’update’ blog kami ini. So, tak adalah berhabuk sangat dan mengecewakan sesiapa yang datang berkunjung. =)

Seperti biasa, saya menulis bila ada sesuatu yang signifikan berlaku dalam kehidupan sehari-harian. Sesuatu yang dirasakan ingin dikongsi dengan para pembaca. Sekarang di tahun ketiga pengajian, kami dah mula masuk clinic. Dari satu department ke satu department. Alhamdulillah, satu pengalaman tempoh belajar yang amat bermakna. Sekarang saya dan 8 orang rakan lain sedang di’post’ kan ke Department of Pedodontics. Bagi mereka yang tidak tahu, department ini adalah department yang menyediakan rawatan pergigian specific untuk mereka yang baru lahir sampailah ke 14 tahun. Kira macam Doktor gigi kanak-kanak la. Mungkin kerana saya sendiri suka pada budak-budak, makanya saya merasakan posting di department ini adalah posting yang paling menarik berbanding yang lain. Hari pertama kami dah melihat lebih 5 orang patients yang datang berumur dalam lingkungan 2-6 tahun. Comel-comel belaka. Senyum je. Ada pulak yang datang-datang clinic, duduk atas dental chair, tanpa disuruh, terus nganga mulut. Saat tu memang terasa sungguh comel budak ini. Mesti bijak. Refleksi pada ibubapa yang mendidik. Ada yang lagi satu, datang senyum je memanjang, diusik pun senyum je. Tak sombong langsung. Dalam hati fikir mesti ibubapa dia juga orang yang peramah.

Tapi ada juga patient yang duduk atas dental chair, buat perangai. Tak mahu bukak mulut, puas si doktor kene ‘slow talk’, bagi macam2 ‘promises’, baru dia nak bukak mulut. Siap cakap kat mak dia lagi, lepas ni dia nak beli coklat, tak kira!. Aduh..sungguh manja. Kami yang students ni hanya mampu observe dari jauh. Kalau sebelum ini di department lain, kami boleh merawat patients, tapi mungkin kerana kanak-kanak susah untuk dihandle dan memerlukan kepakaran, maka untuk posting pertama ini, kami hanya dibenarkan melihat dan membuat analisa dan akan ditanya nanti masa Viva Voce!..huhu..cukup dengan pengalaman..

Apa yang ingin dikongsikan disini, kami diajar dengan pelbagai teori pembesaran kanak-kanak. Kesemuanya adalah teori dari barat. Kalau nak diterangkan satu-satu, memang panjang sebab lecturer mengambil masa tiga kelas untuk menerangkan kesemua teori tersebut. Itupun dah diringkaskan sebab tak nak kitorg boring dengar. hihi..^_^..Namun apa yang dapat dibuat kesimpulan dari kesemua teori, yang diajar adalah, faktor utama yang mempengaruhi pembesaran kanak-kanak adalah ibubapa dan persekitaran. Orang-orang barat berpening-pening membuat pelbagai teori sedangkan Rasulullah saw dah bersabda dalam hadithnya yang bermaksud:

Dari Abi Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (HR Bukhari 1296)

Apa pula maksud ‘fitrah’ itu?..

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada ugama Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui” (Surah ar-Rum: Ayat 30).

“Apakah binatang yang lahir terputus telinganya? Kemudian abu Hurairah r.a membacakan ayat yang bermaksud: Fitrah yang Allah swt jadikan kepada manusia tiada perubahan pada apa-apa yang diciptakan oleh Allah swt. Itulah agama Allah yang lurus.”(Hadith riwayat Imam Al-Bukhari No.1385 Muslim 2658)

Inilah yang diajar Islam dan dah dibuktikan kebenarannya dengan teori-teori lain yang kononnya dicipta oleh barat. Satu lagi bukti besar bahawa Islam ini adalah agama yang menyeluruh dan lengkap dari semua aspek. Sampaikan dari sudut psikologi pun dah diterangkan dalam Islam berkaitan pembesaran anak-anak dan ibubapalah yang bertanggungjawab dalam mencorakkan siapa anak mereka.Kerana tiada bayi yang lahir didunia ini yang minta untuk menjadi penganut agama hindu, kristian, buddha, etc, tapi disebabkan ibubapa mereka beragama sedemikian, mereka dididik mengikut apa yang ibubapa mereka fahami. Secara tak langsungnya, mereka memang proven akan mengikut banyak perangai ibubapa mereka kerana corak tidak terbatas pada agama sahaja.

Kalau nak diikutkan, banyak je lagi teori-teori barat yang sedang kita belajar sekarang yang tak dapat nak dielak. Kena jugak hafal sebab masuk exam. Kalau tak lulus exam sebab tak nak hafal, nanti memalukan umat Islam, lepas tu Islam susah nak dapat nama dimata dunia. Kejatuhan empayar Islam yang terdahulu banyak memberi impak kepada Islam sekarang. Menjadi tugas kita menaikkan Islam kembali dimata dunia. Supaya kita tidak perlu lagi belajar teori yang dikeluarkan barat, tapi boleh hafal teori2 Islam yang ada dalam Al-Quran dan apa yang Rasulullah saw sampaikan melalui hadith, yang mampu menjadikan kita berjaya didunia dan diakhirat. InsyaAllah.

Wallahualam.

-Ummu Thana-Mangalore,India

2 Comments leave one →
  1. November 10, 2008 3:20 am

    ni zaujah abang syamil…
    oho.. blog ni kongsi…
    wah.. best la couple nih…

    so… tentang tak hafal teori barat memalukan ISLAM kan…
    memang betul kita tak setuju… tapi at least kita kena tahu juga mereka…
    mereka boleh tewaskan kita… kerana mereka studi kita…
    mereka tahu Al-Quran tu takleh ubah pun… mereka takkan mampu menandinginya… tetapi mereka tetap berusaha… mereka tak bleh tandingi Al-Quran… tetapi mereka tetap dapat menipu orang-orang yang kurang berpengetahuan dari kalangan kita…

    ya… kene hafal diorang punya teori untuk lulus exam…
    sir Abdoh, guru saya kat MATRI.. dia pernah kata kat saya…
    ” Biar orang nampak kita kalah.. tetapi sebenarnya kita menang”
    hari ni kita hafal diorang punya teori… sebenarnya untuk kemenangan kita gak,,,

    lama tak jumpa ngan orang belajar kerana ALLAH nih…

    all the best to akak…
    n to abang syamil gak…

    btw… blog ni bagus jadi tempat rehat ana… hijau segar…

    hah…

    Hilal Asyraf lepas lelah…
    blog perjalanan kehidupan memanng indah…
    sederhana…
    tenang dan mneyegah…

    salam rehat

  2. rihlatulwujud permalink*
    November 11, 2008 6:07 pm

    Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari AI Kitab(Taurat & Zabur): “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana itu terletak di hadapannya, iapun berkata: “Ini termasuk kurnia Tuhanku untuk mencoba aku apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya). Dan barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.”

    An-Naml:40

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: