Skip to content

Batchmates~..

November 19, 2008

Bismillahirrahmanirrahim

img_23331

Hari ini sempat memasak untuk rakan sepengajian sempena hari lahir beliau. Sudah beberapa kali beliau meminta saya memasak untuknya. Sampai sanggup nak supply ayam halal bawak datang rumah semata-mata nak saya masak. Dia ni sangat suka makanan Malaysia. Especially ayam masak merah. Banyak kali juga terpaksa menolak kerana kesibukan masa. Makanya kesempatan hari lahir beliau hari ini saya ambil peluang untuk memenuhi permintaannya. Rakan saya ini orang Korea. Satu-satunya pelajar Korea dalam kelas kami. Kami rapat sejak tahun satu pengajian lagi. Kemana bersama dan beliau seorang yang amat mengambil berat perihal rakan-rakannya.  Kadang-kadang ada hari yang saya tidak dapat untuk ke kelas kerana kurang sihat, beliau sentiasa me’msg’ untuk memberitahu perkembangan semasa. Setiap kali beliau pulang ke Korea tidak pernah lupa membelikan saya buah tangan. Yang terbaru adalah ‘teapot set’ yang sangat cantik dari Korea sempena hadiah perkahwinan saya dan suami. Siap pesan lagi jangan bagi orang lain guna, saya dan suami je boleh guna. Hi Hi.

Sae Ah Jang

Sae Ah Jang

Siew Li and Sae Ah at KLIA

Siew Li and Sae Ah at KLIA

Me and Sae Ah at Bangalore Airport

Me and Sae Ah at Bangalore Airport

Siew Li, Me and Sae Ah at Bangalore Airport

Siew Li, Me and Sae Ah at Bangalore Airport

Dengan Classmates masa InterBatch Basketball Match

Dengan Classmates masa InterBatch Basketball Match

Jalan-Jalan Zoo Mysore

Jalan-Jalan Zoo Mysore

Sekali beliau pernah datang ke Malaysia sekadar transit sebelum ke Korea pada tahun lepas. Singgah sebentar dirumah saya dan peluang itu saya ambil untuk membawa beliau berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Kami ke KLCC, Mid Valley Mega Mall, bawa beliau mencuba makanan Malaysia yang pelbagai. Penat kekenyangan dia cuba macam-macam. =). Saya pun pernah jumpa family beliau. Mereka dah menetap hampir 5 tahun di India. Masa saya singgah dirumahnya dulu, ramah familynya walaupun ibu dan ayah beliau tidak begitu fasih berbahasa Inggeris, tapi tetap cuba untuk berbicara dengan saya semata-mata kerana ingin meraikan tetamu.

Dalam kelas, hanya saya seorang yang berbangsa Melayu dan pakai tudung. Kesemua rakan yang lain adalah samada Cina ataupun penduduk tempatan(locals). Kadang-kadang rasa seronok, kadang-kadang rasa sukar juga. Mungkin kerana banyak benda yang kita sebagai orang Islam buat, mereka kurang faham dan perlu dijelaskan.

Sekadar perkongsian..=)

-Ummu Thana’-Mangalore, India

11 Comments leave one →
  1. November 20, 2008 10:54 am

    akak sorang je malaysian dlm kelas?
    hu~for me its hard.
    hanya orang2 yg betul2 tabah n kuat mcm akak je bleh kut..
    kalau dengan classmate kat malaysia yang satu agama pun mcm2 kerenah, ini kan pula yang berlainan agama ,bgsa etc.
    tp sumtimes seronok bila dapat tahu cara hidup mereka. kat usim pun ada chinese islam n non muslim, seronok dapat berbual ngan diorang. =)

    itulah orang kata,
    jauh perjalanan luas pemandangan
    ryte?

  2. rihlatulwujud permalink*
    November 20, 2008 12:52 pm

    bukan akak sorg malaysian dalam kelas..akak sorg melayu..=)..Pening die lain sikit dari pening melayan saudara2 seagama..Sebab kami berlainan agama semua..

    Ha..betul..jauh perjalanan luas pemandangan..pengalaman itu yg penting dan berharga..Buat pengajaran dan iktibar bagi kita sebagai Hamba Allah di muka bumi ini..^_^..

  3. November 20, 2008 10:53 pm

    oic..misunderstood pulak. asifi~
    yup,kdg2 cakap pun mcm ckp ayam dengan itik.hihi
    teringat kenangan jaulah mesir~

    semoga dipermudahkan segala urusan..
    brape tahun lagi akak kat sana?

  4. rihlatulwujud permalink*
    November 20, 2008 11:48 pm

    Takpe..InsyaAllah akak ada lagi dua tahun lebih di India ni..=)

  5. wheeZz! permalink
    November 23, 2008 8:30 am

    comel lar akak musfirah.. hehe…

  6. rihlatulwujud permalink*
    November 23, 2008 9:11 am

    hihi..terima kasih..sape ye wheezz! ni?..=)

  7. wheeZz! permalink
    November 26, 2008 3:35 pm

    budak alamin. hehe. xpela, kalau ckp bkn kenal pn.
    anyway,akak join gak ke
    interBatch Basketball Match tu.. fusY..cam bes je..!!

    org sane aktif sukan ke? igtkan org india minat menari je.

  8. rihlatulwujud permalink*
    November 26, 2008 5:22 pm

    la..ckp je la..mana tahu akak kenal ke..=)..
    akak xjoin pun,tolong sorak je..yg kat atas tuh tgkp gamba dgn pemain2nye..
    dorg aktif juga sukan..mcm2 ada..menari pun dorg minat jugak..
    mehla dtg sini stdy..^_^..

  9. wheeZz! permalink
    November 27, 2008 5:40 am

    er..makanan die sedap ke? kang keracunan makanan kang.

    ala, nnt kalau dpt scholarship, jpa hntr kt sane, kite pegi la, ok~

  10. islahnafsi permalink
    December 2, 2008 6:03 pm

    salam akak….
    tahniah akak…ssh gak life kt tmpt akak ek…sorg je malay…kalo zam…huhu.i’m not dat strong..wallahua’lam ape dh jadi…
    byk yg leh bljr…semangat!!!
    citer byk2 lg ek..leh share….”

  11. maryam permalink
    July 5, 2010 2:49 pm

    nti, ana dah lame tak ketemu nti, semoga sihat selalu~ =))
    syg nti sokmo fillah insyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: