Skip to content

Impian Semalam Realiti Hari Ini

November 23, 2008

Kata-kata seperti ini telah sekian lama didengar oleh umat Islam. Mungkin ia mengelirukan dan sukar difahami. Kadang-kadang ada yang berkata: Kenapa mereka menulis semua perkara yang tidak mungkin tercapai ini? Kenapa mereka sentiasa menerawang di alam khayalan dan fantasi? Saudara, bersabarlah bersama Islam kerana apa yang kelihatan hari ini mengelirukan dan jauh, namun pada generasi silam ia tampak jelas nyata dan dekat. Jihad kamu tidak akan membuahkan hasil kecuali jika kamu turut merasakan perkara yang sama seperti mereka. Percayalah, generasi Islam pertama yang membaca al-Quran al-Karim, sebaik sahaja mereka membacanya dan sebaik sahaja ia turun, mereka memahaminya sama seperti apa yang kami sampaikan kepada kamu hari ini. Terus terang saya katakan, Ikhwan al-Muslimin hidup bersama keyakinan ini. Mereka menaruh sepenuh harapan dan bersedia mati demi memperjuangkan keyakinan ini. Bagi mereka segala keseronokan, keindahan, kebahagiaan dan kebenaran ada bersama keyakinan ini.

أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik – derhaka”(Al-Hadid:16)

Saudara, jika anda bersetuju dengan kami dalam perkara ini, sedarlah hubungan dengan Allah mewajibkan anda memikul tanggungjawab yang telah diletakkan di bahu anda. Anda hendaklah berusaha dan sedia berkorban untuk merealisasikannya. Apakah anda sudah bersedia?

Hassan Al-Banna

  • Petikan dari risalah ‘Ke Arah Mana Kita Menyeru Manusia’
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: