Skip to content

Bahagia dalam kekalutan~

December 4, 2008

Hakikat Bahagia-UNIC

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Saat terfikir nak menulis post kali ini,nasyid di atas terngiang-ngiang dikepala. Hakikatnya diri ini sungguh kepenatan dalam mengulangkaji pelajaran ketika post ini ditulis.=).mungkin kerana penangan ‘last minute’.hihi.Bukan ‘last minute’ dalam erti kata tidak tahu apa-apa sebelum ini, cuma hambatan masa yang menghimpit disertai dengan kesibukan posting membantutkan sedikit proses-proses mengulang-kaji tersebut. Memang betul lah, kerja yang kita ada lagi banyak dari masa. Kena pandai membahagikan masa dengan sebaiknya.

Kalut dengan exam bulanan yang semakin mendekat(minggu hadapan), disaat inilah juga Allah uji dengan kehadiran ‘rumah yang dah lama ditunggu-tunggu’. Saya dan seorang lagi rakan serumah memang sudah lama menanti untuk berpindah lokasi tempat tinggal. Ini kerana kondisi rumah kami sekarang kalau ditafsirkan dalam satu perkataan= ‘unbearable’. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dilimpahkan kepada Allah swt atas rahmat yang dinanti-nantikan ini. Sehubungan dengan itu, lepas ini kena settlekan macam-macam benda(mohon Allah mudahkan urusan kami), terpaksa pula mencari masa mengemas barang untuk berpindah, nak cari masa kemas barang untuk ke jordan&mesir lagi,nak cari masa study lagi. Moga Allah beri kekuatan. Saya sendiri akan menduduki peperiksaan bulanan, kalau nak ikutkan tak adalah besar mana. Portion pun tak berapa banyak kalau nak dibandingkan dengan final exam nanti. Tapi rakan serumah, sedang menduduki peperiksaan final yang sangat memeningkan kepala. Hazimah, mus doakan zimah kuat juge..^_^..Moga tahun depan yang mendatang lebih baik dari tahun ini.

Dalam masa yang sama, dalam hati tidak henti-henti menghitung detik,saat,minit,jam dan hari untuk berjumpa suami tersayang. Kena sabar walaumacam mana pun..hihi..

Akhir kalam,selamat bercuti untuk semua warga Malaysia di Mangalore ini. Paling awal cuti budak2 juniors. Moga cuti kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. InsyaAllah.

Wallahualam.

-Ummu Thana’-Mangalore,India

6 Comments leave one →
  1. Peach_ permalink
    December 4, 2008 4:59 am

    salamZ, eh akak pny universiti jauh ke dgn mumbai??

    dgr kate ade bOm kt india…

    nk pindah belajar kt mesir ekk?

  2. iman permalink
    December 4, 2008 6:41 am

    puan mus..balik msia x? eh ke balik timur tgh..ke ape..

  3. rihlatulwujud permalink*
    December 4, 2008 12:58 pm

    To Peach;akak punya Uni jauh dgn mumbai.InsyaAllah sini selamat..xde pindah mana2.Grad kat India iA..=)

    To Kak Iman; puan mus xblk msia cuti neh..blk jordan..ekeke..:p..awat?nak sambut kat epot ka?..hehe..xtahu bila lg blk msia..

  4. December 6, 2008 4:28 pm

    JOm ke Mawaddah Day 08 (Reunion Alumni Al-Amin Bangi). Click for more info!!

  5. December 6, 2008 9:17 pm

    Salam kak
    mohon link blog boleh?
    slm ukhuwah dari manipal
    =)

  6. rihlatulwujud permalink*
    December 6, 2008 9:49 pm

    wslm wbt..
    boleh je..=)..salam ukhuwwah jue..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: