Skip to content

Palestine..Kami bersamamu

January 11, 2009

أن أصحاب الرسول صلى الله عليه وسلم قالوا للزبير يوم اليرموك : ألا تشد فنشد معك ؟ فقال إني إن شددت كذبتم ، فقالوا : لا نفعل ، فحمل عليهم حتى شق صفوفهم ، فجاوزهم وما معه أحد ، ثم رجع مقبلا ، فأخذوا بلجامه ، فضربوه ضربتين على عاتقه ، بينهما ضربة ضربها يوم بدر . قال عروة : كنت أدخل أصابعي في تلك الضربات ألعب وأنا صغير . قال عروة : وكان معه عبد الله بن الزبير يومئذ ، وهو ابن عشر سنين ، فحمله على فرس ، ووكل به رجلا

On the day of (the battle) of Al-Yarmuk, the companions of Allah’s Apostle said to Az-Zubair, “Will you attack the enemy so that we shall attack them with you?” Az-Zubair replied, “If I attack them, you people would not support me.” They said, “No, we will support you.” So Az-Zubair attacked them (i.e. Byzantine) and pierced through their lines, and went beyond them and none of his companions was with him. Then he returned and the enemy got hold of the bridle of his (horse) and struck him two blows (with the sword) on his shoulder. Between these two wounds there was a scar caused by a blow, he had received on the day of Badr (battle). When I was a child I used to play with those scars by putting my fingers in them. On that day (my brother) “Abdullah bin Az-Zubair was also with him and he was ten years old. Az-Zubair had carried him on a horse and let him to the care of some men.

Sewaktu pertembungan antara tentera Muslimin dengan tentera Byzantine di Sungai Yarmouk, seorang sahabat ditanya oleh tentera Muslimin yang lain tatkala melihat lemahnya semangat mereka untuk berperang lantaran bilangan tentera di pihak musuh yang jumlahnya berkali ganda.  Dikatakan tentera Muslimin ketika itu hanyalah 25,000 – 40,000 berbanding tentera musuh yang jumlahnya ratusan ribu.  Lalu bertanyalah para sahabat kepada Zubair Al-Awwam,”Mahukah kamu menyerang musuh supaya kami dapat menyerang mereka bersama-sama denganmu?”. Zubair membalas dengan berkata, “Jika aku menyerang mereka, kamu semua tidak akan bersama aku..” . Sahabat menjawab, “Tidak, kami akan bersama denganmu.” Lantas pergilah Zubair  seorang diri bersama kudanya meredah lautan manusia dari Byzantine tersebut, bermula dari awal mula sehinggalah ke hujungnya, mencantas segala apa yang ada di hadapannya. Zubair bagaikan membentuk satu garisan terus yang membelah dua tentera Byzantine. Setelah tiba di hujungnya, beliau berpatah semula mengharungi tentera musuh, memancung kepala-kepala tentera Byzantine satu demi satu. Sehinggalah beliau tiba semula di tapak mula beliau, di mana tentera Muslimin sedang berhimpun. Maka terkejutlah sekalian sahabat yang lain akan kehebatan dan himmah(semangat) Zubair. Semangat mereka yang pada awalnya hampir-hampir patah berkobar semula. Tiada lagi di dalam hati mereka tarikan duniawi. Jelas kembali matlamat perjuangan mereka. Setelah itu, bertembunglah tentera Muslimin dan Byzantine kesemuanya. Pertarungan di lembah Yarmouk itu akhirnya berakhir dengan kemenangan di pihak tentera Islam. Tentera Islam kemudiannya meneruskan kemaraan mereka dalam ekspidisi-ekspidisi yang seterusnya.

Beberapa ‘ibrah yang boleh dikupas dari hadith ini:

-Keperluan terhadap ‘Himmah ‘Aliyah’ (semangat yang tinggi):

Bila mana tentera Muslimin lemah semangat mereka, Zubair telah menunjukkan betapa tsabat semangatnya dan jelasnya matlamat perjuangannya. Lalu keraguan tentera Muslimin hilang setelah melihat apa yang Zubair sanggup lakukan. Begitu juga dengan apa yang kita lihat di Palestin masa kini, tatkala masyarakat am dibedil oleh tentera Zionis, mereka masih boleh tetap pendirian dan mempertahankan bumi Aqsa setelah melihat apa yang sanggup dilakukan oleh mujahidin di sana terhadap mereka. Mereka juga tetap tidak bersetuju untuk berdamai dengan Israel. Inilah yang telah dipamerkan oleh para pejuang di Palestin yang mempunyai semangat yang berkobar-kobar. Sewaktu penjajahan Israel 1948 bermula, ramai dari kalangan rakyat Palestin menjadi pelarian dan sedikit sahaja yang mahu mempertahankannya. Keadaan kini berubah, dan masyarakat keseluruhannya lebih bersemangat dalam mempertahankan tanah suci mereka. Lihatlah setelah genap minggu kedua serangan Israel terhadap mereka, mereka masih boleh bertahan dan tidak ada dari kalangan mereka yang meminta supaya dihentikan serangan balas roket-roket ke arah penempatan Israel. Semoga Allah bersama mereka dalam setiap detik, dan ketahuilah bahawa Israel sebenarnya sedang bertarung dengan masyarakat yang beriman dan tinggi himmah mereka.

-“..dan berapa banyak kumpulan kecil mengalahkan kumpulan yang besar dengan izin Allah..”

Sejarah telah membuktikan bahawa golongan yang sedikit tidak semestinya lemah dan tidak mampu untuk mengalahkan kumpulan yang lebih besar jumlahnya.  Lihat sendiri pada Perang Yarmouk, di mana bilangan tentera Byzantine yang dikatakan 100,000 itu mampu ditewaskan oleh tentera Muslimin yang tidak mencecah separuh bilangan mereka. Siapakah yang bersama tentera Muslimin ini sehingga mereka mampu mengalahkan bilangan tentera yang begitu ramai dan tidak logik pada perkiraan manusia untuk dikalahkan? Ketahuilah bahawa Allah bersama kaum Muslimin pada ketika itu, dan bila mana Allah bersama mereka, pertarungan bukan lagi antara tentera Byzantine dengan tentera Muslimin, akan tetapi pertembungan yang berlaku adalah antara tentera Byzantine dengan Allah Ta’ala sendiri. Dan tiada kuasa lain yang mampu mewaskan kuasa Allah s.w.t. Maka yakinlah ikhwah sekalian, bahawa pertembungan antara tentera Israel dan rakyat Palestin adalah pertembungan antara Al-Haq dan Al-Batil, dan bahawa Al-Batil tetap akan lenyap suatu masa nanti meskipun kekuatan dan kecanggihan mereka berkali-ganda.

وقل جاء الحق وزهق الباطل ان الباطل كان زهوقا

Dan Katakanlah:” telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap”. (Al-Isra’:81)

Apa peranan kita?

– Berdoa untuk kemengan rakyat Islam di Palestin

– Membantu apa yang terdaya untuk keperluan rakyat Palestin (kewangan, harta benda..)

– Menyatakan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin

– Meneruskan kerja-kerja pembinaan peribadi untuk mengislah ummat ini

-Mengumpulkan suara masyarakat dan menyatukan fikrah mereka dalam isu ini. Di sinilah peluang kita untuk menghimpun seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat dan menyatukan pandangan mereka bahawa jihad itu adalah suatu yang mulia.

ولن يجعل الله للكافرين على المؤمنين سبيلا

..dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang Yang beriman. (An-Nisa’:141)

~ Abu Thana’, Irbid ~



No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: