Skip to content

Apa nak jadi?..

January 23, 2009

Lama sungguh rasa tidak menulis untuk blog ini. Lima minggu menghabiskan cuti di Jordan menyebabkan blog ni dipandang sebelah mata je.hihi.Maaf buat mereka yang setia menjenguk blog,tapi terpaksa kecewa lantaran lama tidak meng-update. Mujur suami ada juga meng-post sekali sekala agar tidak berhabuk lama dan semoga semua pembaca sama-sama prihatin dengan isu yang sedang melanda saudara kita di sana. Sertakan doa yang tidak putus-putus dalam setiap solat kita, moga usaha yang sedikit ini besar ganjarannya disisi Allah swt. Amin

Tadi sedang membaca berita2 malaysia, terjumpa satu berita yang membuatkan diri ini berfikir. Ibu diperkosa selepas pesta tuak. Manusia yang memang dah kembali pada zaman jahiliyah. Cuma bezanya, dulu zaman jahiliyah perempuan mana ada harga diri. Kalau kena rogol pun, tak ada siapa peduli. Tak boleh nak menuntut bela. Dibuang keluarga sendiri. Tapi disebabkan Nabi Muhammad saw mengangkat kembali martabat kaum wanita, kesannya sampai sekarang, macam-macam undang2 yang membela kaum wanita, tapi malangnya, timbul pula pembelaan untuk perkara yang kadang-kadang kita fikir, tak masuk akal langsung.

Manusia, fitrahnya Allah jadikan ada nafsu. Dan bila akal dah tak mampu berfikir dengan waras, nafsu mengatasi segalanya. Dalam kes perempuan atau ibu tadi, sebenarnya umpama dia sendiri mencari pasal untuk diperkosa. Dah tahu buat majlis minum-minum macam tu dan possibility untuk berlaku segala macam jenis maksiat lain tu adalah tinggi, boleh pulak dia nak dakwa orang bila diri dia diperkosa. Telah jelas terang dan nyata dua-dua bersalah. Sekiranya lelaki itu sahaja yang dipertanggungjawabkan, adalah amat tidak adil. Dalam hal inilah pentingnya sesebuah negara Islam itu mengamalkan peraturan dan hukuman dalam Islam. Supaya mereka yang lain mengambil pengajaran. Supaya orang yang salah juga mendapat hukumannya. Supaya orang salah tak rasa diri dia betul bila dia menang.

Lepas tu terfikir juga macam manalah dengan anak-anak si ibu ini. Dibesarkan dalam keadaan macam itu. Suasana yang tidak memberangsangkan. Mungkinlah orang boleh kata itu dikawasan pedalaman, patutla macam tu pun. Minum tuak perkara ritual. Dakwah tak sampai kesitu. Logik akal pun, ibu itu sendiri boleh buat laporan polis, maknanya dia sedar hak-hak dia sebagai perempuan dan dia tahu dia boleh menuntut bela andai dia rasa teraniaya. Kesimpulannya, dia mesti mampu berfikir dengan wajar bahawa kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang atau dalam kata lainnya, takkan dia tak tahu tuak tu boleh buat orang mabuk dan buat benda diluar kawalan akal?. Tambahan lagi, saya percaya ada je manusia atau ibu-ibu moden di luar sana yang hidup kat bandar dan berlaku kes yang sama. Cuma tak keluar berita je.

Sekadar luahan rasa~

Ummu Thana’- Mangalore, India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: