Skip to content

Erdogan oh Erdogan..

February 2, 2009

ANKARA – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan menegaskan bahawa pergerakan Hamas merupakan sebuah parti politik bukannya sayap Iran, lapor sebuah akhbar semalam. Beliau berkata demikian dalam satu wawancara dengan majalah Newsweek yang disiarkan di Internet kelmarin. “Sekiranya seluruh dunia memberikan Hamas peluang menjadi pemain politik selepas memenangi pilihan raya mungkin pergerakan itu tidak akan menghadapai situasi seperti ini,” katanya. “Keinginan politik penduduk Palestin tidak diendahkan oleh dunia dan masyarakat antarabangsa juga gagal menghormati kewujudan Hamas yang sah,” ujarnya. “Wilayah Palestin kini umpama sebuah penjara terbuka,” jelasnya. Erdogan juga mendedahkan berhubung rundingan antara Israel dan Syria yang dimeterai dengan bantuan Turki pada tahun lalu. Menurutnya, beliau terlibat secara langsung dalam rundingan diplomasi melalui telefon antara Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert dan Presiden Syria, Bashar Assad. Beliau juga menegaskan bahawa pergerakan Hamas harus terlibat dalam rundingan antara Syria dengan rejim Zionis tersebut. Erdogan mendapat pujian ramai setelah bertindak keluar dari sesi dialog semasa sesi Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland sedang berlangsung pada Khamis lalu. Tindakan itu dibuat setelah beliau tidak berpuas hati kerana pengacara majlis memberinya 15 minit untuk bercakap tetapi membenarkan Presiden Israel, Shimon Peres bercakap panjang lebar mengenai isu Gaza. Keberanian Erdogan menerima banyak pujian daripada dunia Islam termasuk Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Sementara itu di Baitulmaqdis, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni mahu Ankara menimbang semula hubungannya dengan Hamas dan Iran. “Terdapat perbezaan dalam hubungan dua negara dan ia tidak dapat disorokkan,” kata Livni. – Agensi

dipetik dari :http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0202&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: