Skip to content

TV

February 2, 2009

tv

LONDON – Satu kajian membabitkan 3,000 kanak-kanak di Britain mendapati mereka menonton televisyen selama 1,934 jam atau 1,000 kali lebih banyak berbanding masa yang dihabiskan untuk belajar di sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak juga didapati menghabiskan masa selama lima jam 18 minit sehari untuk menonton rancangan kegemaran mereka.

Malah, kanak-kanak daripada keluarga berada turut mempunyai peti televisyen sendiri.

Menurut penyelidik Authors Ed Mayo dan Dr. Agnes Nairn, mereka mendapati kanak-kanak sekolah rendah mempunyai komputer peribadi manakala suku daripada mereka melayari Internet di bilik tidur.

“Pada masa lalu, kanak-kanak bergembira dengan buku di bilik tidur atau bermain dengan anak patung. Hari ini, kamar tidur kanak-kanak telah menjadi bilik berteknologi tinggi,” kata Ed Mayo.

– Agensi

Hari ini kelas pagi cancel. Hanya ada clinical posting je petang nanti. Masa yang menarik untuk mengupdate diri lebih banyak dari biasa. Jelajah punya jelajah setiap website yang dirasakan mampu menambah pengetahuan diri, tersekat pula pada petikan di atas. Andai benar hiburan itu menjadi salah satu propaganda yahudi untuk menjatuhkan Islam, mereka memang sudah berjaya!. Lihat saja kepada kajian di atas. Kanak-kanak pula tu. Fikiran mereka lebih mudah untuk dipengaruhi dengan apa yang mereka lihat dan dengar. Mungkinlah kajian itu dikeluarkan berdasarkan kajian di London, tapi tak ada bezanya dengan realiti yang berlaku di seluruh dunia. Berapa banyak rumah-rumah kita di Malaysia yang tidak mempunyai peti televisyen? Hampir kesemuanya ada. Dulu televisyen hanya dimiliki mereka yang berada, sekarang orang miskin pun boleh beli televisyen mahal-mahal sebab boleh bayar ansuran berfaedah tinggi kat courts mammoth!..(please la!..mereka lagi untung banyak dan kita rugi dengan mejadi pembeli)

Teringat masa zaman kanak-kanak dulu. Masa internet belum lagi jadi tumpuan dan ketika sisa-sisa jahiliyah ada lagi dalam diri. Televisyen memang mampu me’lekat’kan diri untuk terus menonton. Dari satu rancangan ke satu rancangan. Kesannya umpama magnet yang menarik-narik. Padahal rancangan-rancangan yang dikeluarkan bukanlah rancangan yang membina minda. Sekadar menonton untuk suka-suka. Dulu masa sekolah rendah, tak ada astro lagi. Masuk sekolah menengah astro dah ada, bertambah lagi channel yang ada. Bak kata slogan astro..’macam-macam ada..’..kesian pakcik yang berlakon iklan tuh blurr je muka dia. Masa yang dihabiskan untuk menonton perkara lagho lagi banyak dari masa yang dihabiskan untuk belajar,mengaji,tolong umi ayah,etc. Dulu rasa kesian sangat dengan jiran yang tak ada peti telvisyen (masa kami di Serdang,family ustaz Faridz tak ada televisyen dirumahnya), sekarang baru nampak kesannya, tukar pulak rasa bertuahnya mereka dulu tak ada televisyen.

Bila dah besar, belajar pula jauh di negara orang. Hampir tiga tahun hidup tanpa televisyen. Hidup hanya dengan internet. Bila balik malaysia sekali-sekala, rasa malas dah nak tengok tv. Bukan nak kata tv tu tak bermanfaat. Tapi mungkin lebih baik tak ada dari ada. Sekali lagi perkara ini subjektif. Sebab bila dah ada, kita akan jadi tengok, bila dah tengok, jadi melekat, bila melekat, jadi leka nak buat benda lain. Sebab apa? sebab rancangan-rancangan yang disiarkan itu lebih banyak yang tak elok dari elok. Rancangan yang Islamik itu belum boleh lawan lagi banyaknya yang tak Islamik. Senang je nak tersasar nanti. Budak-budak sekarang pun nakalnya lain dari budak-budak dulu. Dulu budak-budak nakal sebab suka panjat pokok, mandi sungai, balik lambat main dengan kawan-kawan kat padang, bila kena marah masih lagi menggigil ketakutan, esok pagi mintak maaf dengan mak ayah. Kalau bukan secara lisan pun, bangun pagi-pagi tebiat buat breakfast kat dapur, kemas rumah lebih cantik dari biasa, supaya mak bangun pagi-pagi tersenyum pada kita, tanda positif mak tak marah dah (bercakap berdasarkan pengalaman..hihi..). Tapi sekarang budak-budak nakal sampai boleh lawan cakap mak bapak.  Sikit pun tak rasa takut. Kalau yang anak dara, mak marah sikit lari dari rumah. Ikut ‘buayafren’. Itu kalau diselidik balik,mesti ada pengaruh hiburan tv terselit kat mana-mana.  Banyak sangat tengok drama melayu ataupun dunia artis tempatan yang memang haru-biru dulu kini dan selamanya. Berapa banyak kisah anak dara lari dari rumah kat berita tu. Sampai mak bapak merayu-rayu balik. Adoi masyarakat melayu Islam kita..

Kalau ikut sejarah televisyen pun, bukannya orang Islam yang cipta telvisyen. Orang kafir. Matlamat diorang memang boleh dijangka. Negatifnya lagi banyak dari positif. Kita takkan mati, ketinggalan, jumud, etc tanpa televisyen. Banyak lagi alternatif lain untuk mendidik diri dan jiwa atau memberi pendidikan pada anak-anak. Buktinya pejuang-pejuang Islam yang hebat-hebat bukannya ada televisyen kat rumah mereka pun. Bagi mereka yang memikirkan ada televisyen di rumah ada banyak baiknya, sekali lagi dinyatakan, ini subjektif dan terpulang pada individu. Dengan dunia moden yang serba-boleh senang dapat ini, tidak dinafikan sangat sukar nak menyekat anasir-anasir jahat menular dalam jiwa anak-anak kita. Jadi, sebagai langkah awal dalam mendidik anak-anak, boleh sahaja untuk tidak menggunakan televisyen dirumah dan kawal penggunaan komputer/internet.

Itu belum masuk lagi pengaruh tengok movie kat wayang. Siapa yang cipta panggung wayang tu? Orang Islam ke orang kafir laknatullah? Bacalah kat wikipedia. Diorang cipta pun sebab nak hiburan. Kalau kita ikut sokong keluar masuk panggung wayang tu, tak ke sama dengan kita sokong dorang nak hancurkan orang Islam?Fikirlah sendiri. Ada sesetengah orang yang ‘alim-alim taik kucing’ bagi alasan tengok wayang dengan ahli keluarga, boleh rapatkan hubungan, tengok dengan kawan-kawan, boleh rapatkan talisilaturrahim, nak release tension, etc, tengok pun cerita ‘based on true story’, kisah masyarakat dan macam-macam lagi lah alasan yang dicipta untuk menegakkan benang yang basah. Bukan nak menyekat tengok movie yang baik-baik, tapi bukankah lebih baik solat jemaah di rumah untuk rapatkan hubungan dengan ahli keluarga, tengok dan telaah Al-quran yang jauh lebih ‘based on true story’ bersama-sama, tazkirah yang penuh dengan pengajaran untuk kisah masyarakat(terima kasih untuk ayah yang dari dulu sampai sekarang selalu paksa kami solat jemaah sekeluarga walaupun dulu rebel juga sikit2..hihi), tak pun beli je cd, tengoklah sama-sama dengan ahli keluarga dan kawan-kawan di rumah. Lagipun suasana dalam wayang tu sendiri bukanlah suasana yang baik. Cenderung pada maksiat. Entahlah, serangan pemikiran oleh orang kafir memang dah betul-betul menyebabkan masyarakat Islam sendiri fikir jauh dari Islam. Emosi seketika. Astaghfirullah.

Bacaan tambahan disini (a must have book).

Cukuplah setakat itu.Kalau nak ulas panjang-panjang, orang malas baca pula nnt..=)..

p/s: Kita takyah ada tv kat rumah lah nanti ye Abu Thana’..^_^.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

5 Comments leave one →
  1. along permalink
    February 2, 2009 5:48 pm

    tengok upin upin boleh kan?

  2. rihlatulwujud permalink*
    February 2, 2009 7:54 pm

    tengok kat internet pun boleh la along..=)

  3. Abu permalink
    February 3, 2009 1:04 am

    mane ade upin upin…upin ipin ade le….

  4. along permalink
    February 3, 2009 2:23 pm

    nanti kalu takde tv kat umah korng pun xpe..anak2 korng anytime leh bukak internet..macam imran skrng tgk detective conan kat comp ape haha…skrng tenet dah kene potong sbb ayah taknak byr (moas gayut tepon lama sgt), imran pegi cc plak. ummi pun start la pening kepala.nampak tak kaitannya dan persoalannya serta cycle nye di situ??hehehe..(tgh boring ni study utk final yr..saje je singgah) take care!

  5. rihlatulwujud permalink*
    February 3, 2009 5:31 pm

    hehe..iman nak kene neh..kakak pun g cc,hr tuh chat ngn die tgh kat cc..(along buzz angah bile free..)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: