Skip to content

Rindu mereka..

February 5, 2009

Lazimnya, setiap kali exam menghampiri, setiap kali itu jugalah rindu saya pada keluarga di Malaysia datang menjengah lebih dari biasa. Bukan tidak rindu pada mereka di hari-hari biasa yang lain, rindu, tapi bila exam dan mengenangkan karenah adik-adik yang mampu membuatkan diri ‘terleka’ sebentar dari ketensionan belajar untuk exam membuatkan diri ini rindu yang amat. Saya selalu berfikir bahawa mereka tidak pernah membesar, malah masih membayangkan mereka selalu kecil dan manja. Terutama untuk adik bongsu(syirah) dan second bongsu(imran). Yang setiap kali balik boleh dipeluk dan dicium sampai diorang rimas, yang boleh di’buli’ buat macam-macam, yang boleh di’sakat’ sampai diorang jerit tak tahan, yang boleh di’layan’ cakap hal kanak-kanak, yang boleh dibawa keluar kehulu kehilir, yang boleh diajak main dan macam-macam lagi. Rindunya..

adik syirah dan adik afiqah(cousin)

adik syirah dan adik afiqah(cousin)

Adim Imran

Adik Imran

Tak kurang juga rindu pada umi dan ayah. Bebelan umi yang banyak men’dewasa’kan diri, kata-kata ayah yang banyak membuatkan diri berfikir dan berusaha menjadi lebih baik. Alhamdulillah, sekarang saya bukan sahaja ada seorang ayah dan seorang umi, tapi Allah anugerahkan lagi seorang umi dan seorang abah(ibubapa suami) yang InsyaAllah membantu perjalanan hidup ini, tempat untuk menimba pengalaman dari mereka yang lebih tahu. Yang tidak kurangnya penting berbanding umi dan ayah sendiri.

ayah & ummi

ayah & ummi

umi dan abah

umi dan abah

Rindu juga pada Along yang selalu jadi kawan gaduh, kawan berborak,  kawan gelak, kawan meluahkan perasaan dan macam-macam lagi. Along yang lebih rajin, lebih hardworking, lebih pandai masak, lebih suka kemas rumah, lebih banyak dengar cakap umi ayah berbanding adik-beradik yang lain. Setiap kali bila umi buat open house atau ada tetamu yang ramai datang ke rumah, kami sama-sama akan tolong umi dari A-Z sampai tetamu pun umi sorang je layan sebab busy kat dapur dan sediakan makanan (sebenarnya along lagi rajin dari saya..hihi) dan bila mejelang je raya, saya dan along orang paling busy kena kerahan tenaga oleh umi buat biskut raya berbalang-balang sebab umi nak bagi orang kampung makan biskut bandar.^_^..Biarpun umi dan ayah kadang-kadang tak ada kat rumah, dan tugas menjaga kami adik-beradik menjadi tanggungjawab along, kami adik beradik takkan pernah kebulur tak makan sebab along akan masak sedap-sedap,jaga kami seolah-olah umi dan ayah ada dirumah. Along yang sangat rajin belanja adik-beradik, bawak jalan-jalan kalau tiba-tiba kami bosan asik duduk rumah je, along bawak pergi pasar malam pun jadilah. Beli cd. kan along kan?..=).Along yang sangat memahami bila saya minta keizinan untuk langkah bendul, along yang banyak tolong umi pening-pening buat persediaan majlis perkahwinan saya. Along yang banyak berkorban untuk adik-adik. Untuk semua pengorbanan Along, hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya. Angah doakan Along dipermudahkan jodoh tahun ini. Moga dapat pasangan yang baik, soleh dan musleh. Amin. Dan semoga Allah mudahkan along untuk grad tahun ini sebagai seorang doktor..

Rindu pada muas yang walaupun senyap dan kami jarang bercakap, tapi air yang dicincang tak akan putus. Muas dulu kecik dan sekarang dah besar lagi besar dari ayah. Hihi. Buat driver kalau kadang-kadang dia balik bercuti.  Setiap kali balik kampung, dalam kereta takkan meriah kalau tak ada lawak-lawak merapu dari muas. Belajar rajin-rajin ye muas, angah doakan muas jadi arkitek berjaya. Jangan kecewakan umi dan ayah yang dah banyak berkorban untuk kita semua.

muas dan imran..

muas dan imran..

aizat, muas dan aiman

aizat, muas dan aiman

muas dan along

muas dan along

kakak dan adik syirah

kakak dan adik syirah

along, angah della, kakak

along, angah della, kakak

kakak n along (in purple)

kakak n along (in purple)

Rindu pada kakak yang dah masuk form 4 tahun ini. Dalam adik beradik, akak paling cepat matang, paling outstanding, paling excel dalam study dan paling dot dot dot(kakak je tahu)..hihi..Sejak along ke UK dan saya sendiri ke India, muas di UiTM Perak, kakak paling tua kat rumah walaupun dia anak ke-4. Disebabkan dia paling tua dan jarak antara kakak dan dua adik paling kecik agak jauh, dan disebabkan dot dot dot juga, kakak dipanggil ‘kakak’ dirumah. Dan secara rasminya tugas menolong umi kalau ada orang datang atau open house dan tugas membuat kuih muih yang bilangan balangnya dah berkurang sikit sebab tentera tak ramai diambil alih oleh kakak.hihi. Kakak pun rajin ‘baking’ kalau ada mood.

all 6 of us

all 6 of us

Hanya Allah sahaja tahu betapa saya tak sabar nak balik dan peluk mereka semua kerana rindu..Sekian..

-Ummu Thana’-Mangalore, India

7 Comments leave one →
  1. February 8, 2009 7:56 am

    erm,,saba je la ye…insyaALLAH,,lpas akk dh hbs blaja,,akk leh spend tyme ngn family…inilh kn dugaan sms blaja…wpun sy tiap2 mnggu dpt jumpe ngn fam,,tp rasenye sy x snggup mghdpi dugaan di tmpt kolej sy..yg mcm sy cite kt akk dlu…
    ok hehe,,pnjg la plk komennye…
    ok dada
    take care~
    ~kenengan terindah89 ~

  2. rihlatulwujud permalink*
    February 8, 2009 11:32 am

    hihi..insyaAllah..take care dear..=)

  3. February 8, 2009 11:40 am

    hehhe..ok..thx alot kak

    ~ kenangan terindah89 ~

  4. February 8, 2009 12:01 pm

    hehhe,,,kak sorry yg akk tulis member sisters tu kn,,kn akk tulis “Nur liyana azman” tu sy kan???kak,,,name sy bkn nur liyana azman…name sy fairuz liyana azman

  5. rihlatulwujud permalink*
    February 8, 2009 12:06 pm

    hehe..a’ah laa..akak lupe..dulu salu pggl kamu fairuz dari liyana..silap plak..maaf ye..^__^

  6. February 8, 2009 8:01 pm

    🙂 take care… gud luck in ur exam…..🙂

  7. rihlatulwujud permalink*
    February 8, 2009 8:53 pm

    hihi..makaseh..bile la dpt jumpa hang lagi kan..rindunyee nk g jejalan sesama..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: