Skip to content

Terasa kehilangannya..

February 15, 2009

sesungguhnya…

sesungguhnya…

mati itu benar..

memasuki alam kubur itu benar…

disoal mungkar nangkir itu benar…

dibangkitkn dipadang masyhar itu juga benar..

melalui titian sirat itu juga benar..

syurga dan neraka adalah benar…

Baru semalam semasa pengisian dengan naqibah, kami membincangkan tafsir surah An-Naba’. Masih terngiang-ngiang dikepala akan maksud peringatan ayat-ayat Allah dalam surah tersebut. Bahawa hari pembalasan itu benar dan tidak ada keraguaan padanya. Sejauh mana kita telah bersedia untuk itu? Tepuk dada tanya Iman.

Saat sedang bersama naqibah juga umi msg melalui hp menyatakan bahawa maklong sedang nazak di hospital. Rebah ditandas rumah mereka. Umi mohon didoakan agar Allah mudahkan urusan ‘pemergian’ maklong dan diampunkan dosa-dosanya. Dalam hati terus terdetik kesedihan, masih mengharap agar Allah panjangkan usia maklong.

Maklong ibu tunggal, setelah kematian arwah suaminya hampir tiga tahun yang lalu atas sebab sakit yang panjang, sejak itu maklonglah papa dan mama bagi cousin-cousin saya. Dengan berbekalkan pendapatannya sebagai pengetua di sekolah swasta, dia menyara anak-anaknya. Maklong juga yang paling rapat dengan umi seolah-olah adik-beradik sendiri(umi dan maklong adalah ipar). Selalu berkunjung kerumah kami. Masa majlis pertunangan dan pernikahan saya dan suami, maklong antara orang paling sibuk menjadi wakil utama pihak perempuan.  Anaknya yang bongsu sendiri amat rapat dengan adik bongsu saya. Bagaikan kembar yang tak dapat dipisahkan bila bertemu.

Secara kebetulannya, anak-anak maklong Allah takdirkan ada yang sebaya dengan kami adik-beradik. Angah Dalila sebaya dengan along, Alang Farhana sebaya dengan saya sendiri, Aiman sebaya dengan adik saya Muas. Disebabkan itu, setiap kali pulang kekampung atau bertemu, kami senang bersama dan sudah menganggap sesama sendiri seolah-olah adik-beradik sendiri. Kami amat rapat. Muka-muka kami pun ramai yang tidak dapat membezakan dan keliru. Ada yang menyangkakan along dan angah Dalila adalah kembar.  Malahan kadang-kadang ada mereka yang menyalah anggap saya adalah anak maklong. Ayah dan maklong muka lebih kurang sama, mungkin juga saya banyak ikut muka ayah. Tapi ada juga makcik-makcik cakap saya replika umi masa umi muda-muda dulu. Kesimpulannya, muka kami semua hampir sama.

Banyak kenangan dengan maklong dan arwah paklong dulu yang tak dapat dihuraikan dengan kata-kata.

Sampai hampir pukul 1 pagi saya tidak dapat melelapkan mata. Cuba untuk membuat perkara lain tapi dalam kepala ligat memikirkan semoga Allah panjangkan umur maklong demi anak-anaknya.

Namun pada jam lebih kurang pukul 1.30am, umi msg lagi menyatakan bahawa maklong dah selamat kembali ke pangkuan Allah swt. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Biarpun saya menginginkan untuk maklong terus berjuang untuk hidup, tapi Allah lebih Tahu dan sayangkan maklong. Alangkah sedihnya tak tergambar. Merasakan seolah-olah ibu sendiri yang diambil-Nya. Istighfar dan saya sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah maklong yang jauh di Malaysia.

Untuk semua cousin-cousin saya,anak-anak arwah maklong dan paklong, banglong Danial, Angah Dalila, Fna, Aiman dan Afiqah, moga Allah beri kekuatan dan ketabahan yang tidak berbelah bagi pada kamu semua. Doa saya dan suami dari kejauhan, Moga Allah terus-terusan beri Taufiq dan Hidayah pada kita semua untuk menghadapai apa sahaja ujian hidup. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Masih tergambar diingatan saat Allah ambil papa mereka pergi. Iaitu sebelum saya berlepas ke India untuk memulakan pengajian, Angah Dalila peluk saya dan menangis teresak-esak tanpa berkata apa-apa. Sedih yang amat. Sekarang Allah ambil pula mama mereka. Moga Allah beri kesabaran. Amin

Al-fatihah untuk semua ahli keluarga rapat kami yang Allah ambil  satu persatu bermula tahun mac 2006(arwah Paklong), mac 2007( arwah opah), jan 2009( arwah pakcik lokman-adik ayah) dan yang terbaru, feb 2009(arwah maklong). Moga Allah tempatkan mereka semua dikalangan mereka-mereka yang berIman.

untuk saudara-saudara seIslam kita diseluruh dunia..Al-Fatihah

Amin yarabbal alamin.

Cerita sebenar dari blog cousin kesayangan..

p/s: Moga Allah beri kekuatan juga buat ayah saya yang pasti akan bertambah tanggungjawabnya selepas ini kerana anak lelaki tunggal dalam adik-beradiknya. Terkilan kerana tidak dapat pulang ke Malaysia berjumpa mereka semua. Namun Allah lebih Tahu apa yang terbaik..

-Ummu Thana’-Mangalore, India

One Comment leave one →
  1. February 18, 2009 10:35 pm

    takziah…smga makcik akk ditemptkn dlm orang yg biman,,amin…smoga cousin2 akk tabah mnghadapi ujian ini….n takziah skli lgi sy ucpkn

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: