Skip to content

Dilema Dental Week..

March 5, 2009

Disebabkan semalam masa keluar dengan hazimah terminum jus tembikai masam dah busuk agaknya, kami berdua sakit perut dari pagi sampai petang. Saya masih mampu lagi pergi kelas pagi, tapi Hazimah tak larat ke kelas langsung,lemah sangat badan katanya. Inilah penangan duduk India, sakit perut sebab makanan adalah perkara biasa. Memang malas nak layan, kalau layan mengada namanya. Perut kami rakyat Malaysia selalunya memang kurang kental berbanding perut rakyat-rakyat India sendiri. Mereka jarang kena food poisoning walaupun makan makanan kotor tepi jalan, atau tak pernah kena kut. Tahap immunity memang tinggi. Kalau yang ada HIV positif pun, sangat ramai tapi tak nampak lemah. Nampak steady je macam orang-orang lain yang tahap immuniti tinggi. Kami pulak kena hati-hati takut dijangkiti sebab kat India ini tak nampak sangat pesakit HIV positif itu diasingkan dari masyarakat. Mantapnya orang India!. Eh, macam lari tajuk pula.

Huhu,sekali lagi luahan rasa berkaitan fakta saya sebagai satu-satunya orang Melayu Malaysia dalam kelas dan bertudung. Sendiri. Seperti tahun-tahun sebelum ini, Dental Week adalah acara tahunan yang diadakan kolej untuk mengasah bakat-bakat terpendam la kononnya daripada students. Macam-macam acara diadakan dari sukan, masak-masak, lukis-lukis, baca sajak, kuiz, menari-nari, nyanyi-nyanyi dan sebagainya. Selama ini juga saya memang tidak pernah menyertai apa-apa. Kerana apa? bukan niat dihati untuk menjadi pasif belajar disini. Tapi suasana itu tidak memberangsangkan. Incredible India!. Anything can happen here. Kalau tak jaga diri dan kuatkan Iman, memang senang nak tersasar. Tambahan pula, orang India ini sendiri, semangat pilih kasih mereka tinggi, semangat tak boleh tengok orang lain lebih tinggi, semangat menindas itu tinggi, semangat senioriti itu sangat tinggi. Duduk India baru tahu macam ni rupanya. Bila muncul je Dental Week, muncul jugalah macam-macam perbalahan dalam kelas tuh. Siap tinggi-tinggi suara masing-masing nak menang. Ada lagi aksi menarik dari dua orang kawan sekelas lelaki yang hampir gaduh tumbuk-tumbuk muka kat depan kelas sebab apa entah malas nak ambil tahu. Nasib baik tak teruk. Yang perempuan pula sama aje. Setakat ini tak ada lagi lah tarik-tarik rambut.

Yang paling menguji kesabaran, rakan-rakan sekelas saya sendiri, suka buat kerja last minit. Practice last minit, pastu harap nak menang. Adalah satu hari ini, pukul 11malam seorang rakan saya telefon masa saya baru je nak tertidur, dah tutup lampu pun, tapi angkatlah jugak sebab ingatkan penting. Rupa-rupanya, dia nak minta saya masak esok untuk pertandingan Ala Carte!.Huh?!Pertandingan esok pukul 8mlm katanya dan saya ada kelas sehingga pukul 430pm. Bila masa nak masak? Takpe, cool down lagi. Saya tanya nak masak apa, mereka mengharapkan Malaysian food beberapa hidangan. Nah, ambik! beberapa hidangan? Mana mungkin saya sediakan semuanya dalam masa yang singkat melainkan saya dengan rela hati nak ponteng kelas esok semata-mata untuk masak masuk pertandingan. Tak boleh jadi ini. Saya terangkan secara baik, bukan mudah untuk saya lakukan, tapi mereka beri ‘janji India’ nak tolong saya beli barang dan tolong decorate la nanti. Dalam hati memang tak reda langsung nak masuk pertandingan itu. Terus tak jadi tidur, pergi bilik Hazimah luahkan perasaan, tanya idea nak masak apa untuk esok. Lepas pening-pening, teringat Syami, batch junior tapi sebaya saya. Syami ni sama situasi dengan saya. satu-satunya pelajar Melayu Malaysia bertudung dalam kelas. Kebetulan hari itu status beliau di YM->“Malasnya nak masak nasi himpit!!”.. Sah mesti beliau juga dipaksa. Memang betul pun tekaan saya. Batch mereka pun nak buat konsep sama. Malaysian Cuisine. Sudah! sama konsep pula dengan batch junior. Terus saya call kawan saya tadi tu, nyatakan batch junior akan buat konsep sama dan mereka dah mula masak pun sebab syami dah hampir 70% buat persiapan sedangkan saya 0% ditambah dengan hati yang tak rela. (Jahat pulak rasa). Mereka kata mereka akan bincang nanti dan beritahu saya outcomenya. Dalam hati, siapa yang nak masuk pertandingan ni??..dahla call orang tengah malam suruh masak last minit, lepas tu bila berlaku redundancy, boleh pulak kata nak call balik nanti. Seolah-olah saya ini adalah hamba yang tunggu perintah dari tuannya. Tapi inilah realitinya budak-budak kelas saya. Sangat suka perintah dan paksa orang!. Dan lemahnya kita orang Melayu pula sangat malu nak menolak, cepat kesian, etc. huhu~

Alhamdulillah, esoknya mereka kata tak jadi nak buat konsep Malaysian Cuisine, tukar konsep Romantic Dinner in Goa. Apa jenis konsep tuh tak tahu la pulak. Yang penting saya lega tak payah pening fikir nak masak apa!. hihi.

Sekarang kena paksa pergi setiap function yang mereka adakan. Malas betul nak bersosial dengan orang India ini. Mereka kalau dah masuk bab sorak tu, dah masuk bab menari, memang mengucap je tengok, bila-bila masa je bala Allah layak turun! Dengan bercampur lelaki perempuan tak usah cakap la, pegang sana sini, walaupun nampak decent, tapi dah macam kelab malam dah gayanya. Mereka suka berparti. Kalau dulu, music dari kolej kuatnya dengar sampai rumah kami!. Dah tak tahu nak bagi alasan apa lagi tak mahu pergi. Cikgu-cikgu pun suka cakap kami ni tak ambil peluang sebab hidup kat negara orang untuk tahu budaya dan cara hidup mereka. Adoi, kalau mereka tak sembah tuhan yang berjuta-juta dan pelik sejarah setiap satu tuhan tu, tak adanya kitorang nak larikan diri. Kalau mereka tak amalkan budaya pelik-pelik, tak menindas orang, tak pilih kasih, kami rela nak join apa sahaja. Cukuplah duduk di India sebagai pelajar dan ambil pengajaran dari kehidupan mereka. Tak mahu jadi sebahagian dari kehidupan mereka.

Sedikit coretan pengalaman di India~

-Ummu Thana’- Mangalore,India

9 Comments leave one →
  1. March 6, 2009 10:19 am

    Jom singgah JUBAH LOVERS! murah2, berkualiti, menarik! cepat, sementara stok masih ada!

    Kak musfirah, tumpang promote ya~hihi.

  2. rihlatulwujud permalink*
    March 6, 2009 10:27 am

    Hehe..okie,akak dah letak kat link sblh tuh..selamat maju jaya!..=)

  3. akacima permalink
    March 6, 2009 12:57 pm

    haih.btol.xkire sape asalkan namenye peribumi india ni mesti xkan menyenangkan ati.
    smalam gado ngn unkel uma.dahla musim panas ok fine x bg psg ac.so sy beli le aircooler.de bisinglak kate letrik naik bla2.siap call electrician.pastu ungkit yg de dah bg kite free generator la apela..mnde?xpasal sy ngamuk tahap gaban smalam.de suh bukak tingkap de yg ala2 byk angin masuk tu even at nite.ape kes.sy kate nyamuk byk.de kate 3rd floor mane de nyamuk.abestu yg gigit sy salu tu dinosor ke ape.huh! angin mglore ni plak dah la bau ikan busuk manjang.sabauuuu sabauuuu… teruji gila keimnanan n kesabaran duk cni.masih ade lg 2 tun stengah.lamenye….kadang2 bnde2 mcm ni jela yg melemah smgt teramat sgt.sekian khabaran dari swati

  4. rihlatulwujud permalink*
    March 6, 2009 2:00 pm

    adoii..yaka??..apesal awk xrepot kat saya..pacik tuh mmg nak kena!..saya memahami perasaan awak..saya mmg dah xboleh tgk lgsg muke die..kalo lemah2 semangat,meh dtg sini skali skala..tdo sini..boleh mkn kimchi lg!..ehehe..^_^..

  5. March 7, 2009 10:50 pm

    Assalamu’alaikum…

    kpd abang syamil dan isteri..

    ana menjemput kalian berdua ke majlis… eh.. silap..

    ana menjemput anda berdua ke website ana..

    ana dah tak update blog ana sebab dah ada website sendiri sekarang.

    jadi kalau lapang2, singgah ya..

    kita kongsi banyak perkara..

    http://langitilahi.com

    ~Hilal Asyraf

  6. comel permalink
    March 10, 2009 6:32 pm

    T__T saya memahami..

  7. rihlatulwujud permalink*
    March 10, 2009 8:37 pm

    xpe momon, kite sabar dulu ngn India ni..sure ada hikmahnye..^_^

  8. March 13, 2009 12:37 am

    muss! luahan rase yg sdikit emosi nampaknye..heheh..bsabarlah!moga diberi kekuatan!

    • rihlatulwujud permalink*
      March 13, 2009 1:02 am

      hehe..emosi ek?..hehe..insyaAllah tgh sabar ni…=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: