Skip to content

Tiada istilah ‘kawan’ untuk yang berlainan jantina~

March 14, 2009

Salah satu kebaikan yang saya nampak dengan adanya acara-acara tahunan kolej seperti Dental Week ini adalah cuti dan cancel class. ^_^. At least duduk rumah boleh rehat lebih sedikit memandangkan jadual kelas-kelas harian adalah dari pukul 8-430 ptg Isnin ke Sabtu. Hanya Ahad sahaja masa rehat yang kami ada. Dah masuk clinical year, lagi penat sebab hari-hari kena pergi clinical posting. Bulan march adalah peak time summer di India. Cuaca yang sangat panas membahang sampaikan nak pergi kelas pukul 8 pagi pun dah berpeluh-peluh. Nasib baik kelas ada aircond. Belum lagi balik tengahari pukul 1230 masa matahari tengah terik. Aduh, rasa macam tengah sunbathing tepi pantai walaupun hanya berjalan di kaki lima menuju ke rumah. Tapi bila fikir api neraka lagi panas diluar jangkaan, jadi takut nak merungut cuaca panas. Alhamdulillah, diri ini masih lagi mampu bersyukur berada di sini.Tadi dean dengan baik hati mengisytiharkan Isnin adalah hari cuti buat kami. Makanya ada dua hari cuti. Esok dan Isnin. Alhamdulillah.

Balik pada tajuk di atas, bukan niat dihati untuk mencetuskan kontroversi, tapi sekadar mengajak para daie terutamanya berfikir tentang masalah asas yang menjadi batu penghalang dalam mencapai matlamat menjadi hamba Allah yang baik dan juga dalam dakwah. Bukan bermakna kita totally menolak keperluan untuk peduli tentang saudara seagama, berkaitan agama, regardless what the jantina is, tetapi kawan yang dimaksudkan disini adalah bilamana kita melayan mereka yang berlainan jantina seolah-olah seperti melayan kawan kita yang sejantina dari segi cara percakapan, kekerapan berbicara, cara bergaul, cara berinteraksi, etc. Sekiranya masalah kecil ini tidak mampu dijaga oleh para daie, jangan berangan untuk melihat anak buah kita nanti sangat menjaga dalam pergaulannya atau jangan merungut sekiranya anak buah tidak lagi rapat dengan kita suatu hari nanti kerana akhlak itu cerminan hidup.

Ada benda yang ingin dikongsikan dengan pembaca. Mungkin ada yang pernah terbaca dari blog beliau sendiri, dan juga mungkin bermanfaat buat mereka yang tidak pernah membacanya sebelum ini. Tulisan ikhlas yang simple dan jelas maksudnya bagi saya oleh sahabat saya sejak kecil, Ummu Ilham:

Aku ketika zaman remaja bukanlah dari kalangan remaja yang baik. Pergaulan aku tidak terbatas. Aku punya ramai rakan, baik perempuan mahupun lelaki. Bagi aku, apa salahnya? Kan hanya berkawan. Tidak lebih dari itu. Sehinggalah suatu hari, ketika aku mula memandang hidup dari sudut pandang yang benar – bukan lagi dari pandangan seorang remaja yang ingin mencuba, aku bertanya kepada diriku sendiri, “Sampai bila ingin begini? Sekiranya kamu menikah dan suatu hari telefon suami kamu berbunyi dan ternyata panggilan dari seorang perempuan. Sukakah kamu suami kamu mempunyai rakan perempuan walaupun ‘hanya sekadar rakan’?”.

Persoalan itu benar-benar membuat aku berubah. Aku menjadi seorang yang lebih berhati-hati dalam pegaulan dengan insan bukan sejantina. Sampai kata suamiku, ketika di KISAS dahulu, ada pelajar lelaki yang mengatakan aku lesbian kerana aku sangat tegas dengan pelajar lelaki! -_- Boleh pulak?! Manusia…manusia!

Semakin aku dewasa, aku semakin mengerti. Bukan tidak boleh bercakap langsung dengan lelaki, tetapi cukuplah sekadar keperluan. Ertinya, jangan sampai percakapan itu keluar dari keperluan asalnya (yang syarat pertamanya adalah PENTING. kalau tak penting, lagilah tak payah cakap -_-). Tidak perlu kasar, tetapi jangan juga sengaja melunak-lunak atau bermanja-manja dalam percakapan. Maka, biasanya, selesai membincangkan urusan, aku akan bertanya, “Ada apa-apa lagi?”. “Tak ada”. “Ok, salam”. Selesai begitu sahaja.

Apabila aku berkahwin, aku merasakan ada lebih kemudahan dalam berurusan dengan lawan jantina. Aku sudah punya suami ^_^ Maka apa-apa urusan dengan lelaki (yang jarang-jarang sekali), aku lebih suka ia diuruskan oleh suami. Begitu juga suamiku. Sekiranya beliau mempunyai apa-apa keperluan daripada seorang wanita yang lain, misalnya, ingin bertanya maklumat atau soalan dan sebagainya, aku yang akan menjadi perantara – walaupun wanita itu sudah bertaraf ibu.

Pernah sekali, seorang rakan yang aku kenali langsung menghantar mesej kepada suami aku bertanya soalan. Suami aku langsung memberi jawapan ringkas. Tidak lama selepas itu, dia bertanya lagi soalan yang sama (walhal telah dijawab -_-) kepada suami aku. Untuk kali kedua, aku merespon.

Selesai menjawab, aku berkata dengan sedaya upaya bersopan santun. “Kalau ada apa-apa, boleh la mesej Mar. Nanti Mar sampaikan pada suami. Rasanya, begitu lebih manis”.

“Owh, ok. Biasalah, cemburu dalam rumah tangga”

o_o Jantung terasa ingin pecah! Rasanya wajahku merah dek cepatnya pergerakan jantung mengepam darah kerana terlalu terkejut dengan respon itu. Aku merasa sangat sedih sekali. Tidak bisakah seorang wanita memahami hati wanita yang lain? Langsung tiada rasa bersalah dia mengucapkan itu. Langsung tiada kata maaf.

“^_^ Ini bukan masalah cemburu. Ini masalah menjaga hati. Mar rasa ada baiknya kalau begitu. Moga-moga hati kita semua terjaga”. Masih berusaha memaniskan muka.

Lantas, segera aku mengakhiri perbualan. Bimbang rasional mindaku tidak bertahan lama. Keterlaluankah aku? Mungkin ada yang merasa aku begitu. Terpulang. Tetapi, bagi kami, dengan segala kebiasaan muamalat yang kami bangunkan di dalam keluarga kami, aku merasa aku tidak keterlaluan. Ada batas yang perlu dijaga.

Bagi aku, samada aku cemburu atau tidak, itu bukan soalnya. Soal yang lebih penting adalah, bagaimanakah seharusnya seorang wanita atau lelaki bergaul dengan lawan jenisnya. Sedaya upaya, harus mencari jalan yang paling selamat. Selagi ada perantara yang lebih baik, manafaatkanlah. Sekiranya tiada dan hal yang perlu disampaikan itu dharuri (penting), maka bercakaplah dengan seperlunya sahaja.

Samada anda sudah menikah atau belum, lelaki atau perempuan, aku percaya, tiada siapa yang bakal menjawab YA jika aku bertanya, “Sukakah anda sekiranya suatu hari anda mengetahui pasangan/bakal pasangan anda menerima pesanan/berbual dengan lawan jantina selain keperluan?” Makanya, marilah sama-sama kita membentuk diri kita terlebih dahulu. Mudah-mudahan (bagi yang belum menikah) kita akan mendapat pasangan yang juga menjaga diri dan budaya mahmudah ini dapat dikembangkan, menjadi contoh kepada anak-anak seterusnya membawa kesan positif kepada masyarakat. balasnya.

Ummu Thana’-Mangalore,India

14 Comments leave one →
  1. nebula permalink
    March 14, 2009 11:35 pm

    selamat berehat.. manfaat cuti sebaiknya.. entry yang best, jazakillah

  2. rihlatulwujud permalink*
    March 14, 2009 11:41 pm

    InsyaAllah..syukran..

  3. along permalink
    March 15, 2009 8:21 am

    yo wassup.sadly angah&syamil takde on 14th mac.doakan yeh🙂 take care!

  4. March 15, 2009 8:49 pm

    Entry yang cukup manfaat. Mabruk!

    p/s: suhu di sana paling panas berapa?

  5. rihlatulwujud permalink*
    March 15, 2009 8:54 pm

    Kredits untuk si penulis sebenarnya..hihi..akak cuma copy and paste..jazakillah anyway..^_^..

    Suhu paling panas dalam 36-38 degrees macam tu..

  6. March 15, 2009 11:53 pm

    Salam ziarah n salam perkenalan.Akk amik link blog ni yea:)

    • rihlatulwujud permalink*
      March 16, 2009 2:49 am

      salam perkenalan..ok,silakn..^_^

  7. March 16, 2009 11:52 pm

    salaam.kak,entry ni bermanfaat..huhu,bile baca,sedih mengenang yg kite ni menerima tarbiyah,tp muamalat pergaulan seharian kite xprasan/xjaga sgt(sy la kut)..syukran ala tazkirah..

    • rihlatulwujud permalink*
      March 16, 2009 11:58 pm

      Bila tak perasan, moga ada keampunan Allah disitu. InsyaAllah..dari hari kehari kita sama-sama usaha jadi hambaNya yang baik. Ada ketikanya akak lupa, hajar boleh ingatkan akak pula. Tiada manusia yang sempurna kan..^_^..tak sabar nak jumpa lagi adik2 yang bagi akak tumpang umah semalam hr tu..hehe..=)

  8. March 17, 2009 4:15 pm

    salam kak.. izinkan saya amik pengalaman akak ni boleh..:)? menarik untuk di kongsi..

    • rihlatulwujud permalink*
      March 17, 2009 4:52 pm

      wassalam..silakan..secebis kenangan yang tak seberapa..moga bermanfaat..^_^

  9. sha permalink
    March 18, 2009 3:24 pm

    salam..sangat tkesan dgn kish d ats.. betapa pntgnya kta mnjaga pergaulan, Alhamdulliah sudah hmpr 3 thn cbe sdaya upaya mnjage bts2 ini atas ksdaran..but lately, smkn ‘open’ plak.. so, entry ni sbgi peringatn pada dri y smkn alpa.. syukran~

  10. rihlatulwujud permalink*
    March 18, 2009 8:24 pm

    Wassalam.. Alhamdulillah..moga dapat terus kekal dalam melaksanakan syariat Allah swt..^_^..All the best ye!

  11. September 30, 2010 3:08 pm

    Semoga Allah subhanahu wa ta’ala senantiasa membimbing kita dalam hal yang satu ini, aamin ya Rabbal’alamin…🙂

    Salam,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: