Skip to content

Muda..

March 18, 2009

Masih saya ingat satu ketika dahulu ayah pernah bagi teka-teki, ‘apa benda yang kalau dah naik, takkan turun-turun dah,memang tak boleh nak turun?’ Masa kecik-kecik manalah tahu apa bendanya. Punyalah teka benda yang pelik-pelik sampai keluarlah jawapan seperti plastesin yang dibaling ke atas, terlekat kat atas siling pastu tak boleh turun dah sebab dah terlekat  kan(konon-konon nak lah juga bagi jawapan yang nampak educated..huhu). Yang pasti semua tekaan kami salah dan akhirnya ayah bagitahu juga jawapannya adalah ‘umur kita’. Lepas tu barulah ‘ooo..betul juga ye.’. Begitulah salah satu cara ayah untuk mendidik kami tentang kehidupan secara tak langsung. Pendidikan yang tak dapat diperolehi disekolah, yang hanya dapat diberi ibubapa dirumah. Ayah memang suka bagi teka-teki, semua teka teki ayah akan memberi jawapan yang sangat bermakna.

Dalam hari-hari yang bertambah, kita adalah paling muda pada hari ini. Semalam kita muda dari hari ini, tapi esok kita akan jadi lagi tua dari hari ini. Tiada siapa yang mampu patah balik pada hari semalam, kelmarin atau hari-hari sebelumnya. Kenapa sangat penting memikirkan tentang umur dan kehidupan kita? Kerana kita perlu memanfaatkan lima perkara sebelum datangnya lima perkara, iaitu masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sempit, masa kaya sebelum miskin dan masa hidup sebelum mati.[Mafhum hadith riwayat Al-Baihaqi]

Hari-hari yang dilalui perlu dimanfaatkan supaya ada hasil nanti yang mampu kita persembahkan kepada Allah swt. Sebagai seorang Islam, kita percaya dan yakin dengan adanya kehidupan selepas kematian dan hari pembalasan. Hari pembalasan bukan sebarang hari, tapi itu adalah hari dimana Allah akan bertanyakan dan menghitung segala amal kita dimuka bumi semasa hidup;

Wahai manusia! sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya. Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya. Maka dia akan diperiksa dan diperiksa dengan mudah. Dan dia akan kembali pada keluarganya (yang sama-sama berIman) dengan gembira. Dan adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah belakang. Maka dia berteriak, “Celakalah aku!”. Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala(neraka). Sungguh, dia dahulu didunia bergembira di kalangan keluarganya(yang juga kafir). Sesungguhnya dia mengira bahawa dia tidak akan kembali (kepada Tuhannya). Tidak demikian, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya.[Al-Insyiqaq 84:6-15]

Kita mahu yang bagaimana dengan ‘masa muda’ yang kita ada ini? Mahu menjadi antara mereka yang dahulunya didunia amat payah untuk melaksanakan hukum Allah tapi dilaksanakan juga kerana yakin dan percaya denganNya, ataupun mahu menjadi antara mereka yang sampai kepada tahap menghina diri sendiri kerana menyesal dahulu terlampau banyak bergembira dengan hal-hal duniawi dan terlampau mengikut kata hati dan asyik dengan hiburan sampai lalai kepada hukum Allah?.Hari pembalasan itu pasti..

Untuk saudara-saudaraku yang mungkin membaca nukilan kecil ini, bukan niat untuk menghalang kebebasan, tetapi biarlah berpada-pada. Islam tidak menolak fitrah manusia yang inginkan pelbagai benda baru dan yang menarik hati. Tapi Islam menyalurkan fitrah manusia itu kepada perkara yang membawa kebaikan, ketenangan dunia dan akhirat bila kita mengikut garis panduan yang ditetapkan Allah swt.Jangan sampai nanti diakhirat bila Allah pamerkan satu-satu tindak tanduk kita dimuka bumi ini kita jadi malu dengan diri sendiri. Saat itu nanti segalanya dah terlambat.

Kalau nak berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran, mesti kita akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Boleh sabar even kena kutuk dengan cikgu atau orang lain, terima semua nasihat dan tunjuk ajar yang diberi sesiapa sahaja untuk berjaya, mohon restu ayah ibu, berjaga malam untuk study etc. Begitu jugalah ibaratnya jika kita inginkan syurga, jalannya tidak mudah seperti juga belajar, kita akan dikutuk, perlu mendengar nasihat, mohon petunjuk dari Allah, kuatkan diri dengan berjaga malam mohon keampunan Allah kerana kita perlu bersungguh-sungguh juga untuk mendapatkan  syurga.

Peringatan ini lebih kepada diri sendiri dan moga bermanfaat kepada sesiapa yang membaca.

Wallahualam

p/s: Untuk semua sahabat-sahabat saya,adik-adik,kakak-kakak yang saya kenali atau tidak,yang mengenali saya di India ini, yang sama-sama susah senang melalui detik-detik getir dinegara orang, yang pastinya anda adalah orang-orang yang faham what India is to us, saya sayang kamu semua!Kerana Allah taala..moga kita semua dapat bertemu disyurga Allah kelak..amin..^_^

-Ummu Thana’-Mangalore,India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: