Skip to content

Masih belajar dan akan terus belajar..

March 21, 2009
Gambar hiasan..

Gambar hiasan..

Insyirah Ishkandar: Buzz!!

Insyirah Ishkandar: Angah..bila nak balik Malaysia?..

Insyirah Ishkandar: Baliklaaa..

Kelmarin adik bongsuku pm di YM. Almaklumlah, cuti sekolah. Online sahajalah kerja dia. Tapi entah kenapa sayu sungguh hati ini bila dia mengucapkan ayat yang tulus itu. Berlinang air mata mengalir menahan rindu pada keluarga di Malaysia. Terus call dia diYM, berborak seketika, sambil kami melukis-lukis di ‘Doodle Environment’ YM. Gelak menyakat si kecil itu. Umur dah 11 tahun, bunyi macam dah besar, tapi suara masih manja macam budak kecil. Sejak kebelakangan ini juga, rindu pada keluarga membuak-buak. Bermula sejak mengetahui kekalutan umi menguruskan majlis pertunangan along. Kesal kerana tak dapat membantu, cuma mampu beri umi kekuatan dari jauh dengan menelefon. Melihat gambar-gambar yang diupload cousin-cousin kesayangan juga telah membuatkan air mata bergenang. Kenapa tiba-tiba jadi anak manja ini?? Sukar untuk mengerti.  Adakah perasaan ini normal untuk mereka yang telah bernikah? Saya tidak pernah berjauhan dari keluarga semasa di Malaysia. Duduk asrama pun tak pernah. Masa paling lama saya berjauhan dari keluarga adalah seminggu. Sebab tiap-tiap minggu masa di INTEC balik rumah. Masih saya ingat masa pertama kali sampai di India, beberapa jam selepas sampai, hubungi keluarga di Malaysia, saat terdengar suara ayah, terus menangis tanpa dapat ditahan-tahan lagi. (Tapi masih cover-cover lagi masa tu, kunun-kunun mampu la nak tahan..huhu). Disebabkan itu, saya lagi selesa pulang ke Malaysia setiap kali cuti. Tak pernah terfikir untuk berjalan di sekitar India ini. Kalau boleh, setiap kali cuti nak beli tiket kapal terbang yang paling cepat sekali sampai Malaysia, pagi exam, petang tu terus nak balik,tak tahan rindu. Tapi sejak nikah, lain sikit, rindu terbahagi. Hihi. Disebabkan pernikahan ini juga saya ada peluang berjalan-jalan selain dari India. Dapat pergi Syria, Lubnan, Mesir dan Jordan sendiri. Alhamdulillah. Lepas ni nak jalan mana Abu Thana’?..^_^

Semalam, satu perkara sedih berlaku. Walaupun benda itu selalu berlaku, tapi semalam auranya berbeza sedikit. Mungkin kerana emosi diriku sendiri kurang stabil. Tertidur semasa berfikir cara terbaik untuk bersabar dan berdoa moga segalanya Allah bukakan jalan. Pagi bangun dengan harapan semoga hari ini jadi lebih baik dari semalam. Pergi ke kelas berusaha untuk semangat. Sampai di kelas, mata pelajaran pertama sangat mengantuk sampaikan terlelap sebentar. Nasib baik cikgu itu sangat baik, tak marah. Hihi. Subjek kedua segar sedikit sebab dah tidur sebelumnya. Semangat menyalin notes. Sambung dengan preclinical. Semangat lagi buat practical sampai terlupa masalah semalam. Alhamdulillah. Petang Clinical posting Periodontics, dah mula gelabah. Kami perlu menyiapkan beberapa tugasan sebelum sambung ke posting seterusnya. Saya masih lagi ada satu kes belum diselesaikan. Sampai sahaja di Hospital, terus pergi cari patient. Disebabkan masalah kurang fasih dalam berbahasa tempatan, meyukarkan sedikit keadaan untuk berbicara. Mujur ada seorang kawan saya tolong. Patient dah jumpa, masa untuk menjawab soalan-soalan clinical dari lecturer lepas rawatan siap dilakukan pada patient tadi. Hati makin tak tenteram kerana tak tahu apa mereka boleh tanya. Walaupun dah baca berulang kali, tapi saya adalah jenis cepat gelabah kalau ditanya depan-depan. Alhamdulillah, semua soalan boleh dijawab sambil gelak-gelak lagi dengan lecturer tu. Sekali lagi Alhamdulillah.Balik rumah, terlelap kepenatan, tiba-tiba along mesej sampai 4 mesej.  Call along pula, berborak hampir satu jam sebab kami sekarang dah ada benda baru boleh borak sama-sama.=).Kurang lagi kesedihan semalam. Alhamdulillah lagi.

Penghujung hari ini, saya belajar lagi dalam sekolah kehidupan ini. Disetiap kesukaran yang kita rasakan dalam menjalani kehidupan ini, Allah pasti selitkan sedikit kebahagiaan yang mampu jadi penguat diri melalui kesukaran langkah seterusnya. Bila langkah yang dilalui dalam hidup ini mudah sentiasa, tiada kemanisan nanti diakhirnya. Biarpun itu, tahap kesukaran itu Allah berikan mengikut tahap kemampuan. Memang kadang-kadang kita rasa seolah-olah tak tertanggung lagi kesulitan yang dirasakan sampaikan mahu berputus asa. Tapi Allah Maha Tahu..Saya mohon maaf untuk mereka yang saya lukai selama ini. Walaupun perkataan maaf mungkin bukanlah penyelasaian segalanya. Tapi saya benar-benar maksudkannya.  Salah saya yang silap menilai. Moga Allah beri kita semua kekuatan mengharungi setiap cabaran dunia untuk bahagia yang kekal diakhirat kelak.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

4 Comments leave one →
  1. March 22, 2009 7:19 pm

    heee… sudah menikah jgn kan jauh nun kat oversea dr keluarga dah rasa rindu..satu negeri..beza 45 min jarak rumah pon dah boleh rindu kat family… lain kasih syg family ‘baru’ dgn family darah daging seniri… dah menikah sgt2 terasa ayah n ibu kte ambil berat sgt2…dan sgt2 sgt2 sgt2 syg pd kte.. sungguh.. even ‘org br’ dlm hidup kte takkan mampu tandingi ape yg ibu dan ayah kte beri pd kte seuur hidup kte…

    • rihlatulwujud permalink*
      March 22, 2009 7:30 pm

      heee..tuhla kan shu..bukan senang nk dpt kata-kata dari Ummu Ikhlas nie..syukran shu!=)..InsyaAllah ana kena kuat lebih sikit dari orang yang ada kat Malaysia. Hihi..Anti boleh balik bila-bila masa rindu..Ana ni,pengubatnye telefon dgn webcam je laa..^_^..apa-apa pun Alhamdulillah.

  2. ayah permalink
    March 26, 2009 6:03 pm

    assalamualaikum angah,
    MasyaAllah pandai angah menulis…. sayang anak ayah…. sebenar adik yang mula tunjuk ayah blog angah. Angah dah dapat tak article yang ayah suruh baca?.
    Oklah, ayah nak solat isya jap dengan man sebab hujan kat luar.
    Ayah.

  3. adik permalink
    March 26, 2009 6:43 pm

    hai ngah…angah buat ke blog ni??Panjgnye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: