Skip to content

17 April 2009

April 17, 2009

Alhamdulillah. Setelah hampir sebulan blog ini tidak diupdate. Hari ini ada sedikit kekuatan untuk menulis lagi. Panjang kisah disebalik kenapa tidak dapat mengupdate blog sendiri yang saya kira tidak perlu diceritakan disini. Biarlah mereka yang tahu terus tahu dan yang tak tahu, tak penting pun untuk tahu. =)

Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada sahabat saya,Ukhti Marhamah Jailani yang selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.6kg katanya pada 11 April 2009 yang lepas. Moga dengan kehadiran baby Tuan Ilham menjadi penyeri rumahtangga mereka suami isteri. Untuk mereka yang saya kenali(anda tahu siapa anda,hihi), yang sedang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata masing-masing, tak kira first timer atau kali kedua,ketiga dan seterusnya, saya doakan semoga baby anda semua membesar dengan sihat dan dapat dilahirkan dengan selamat!.^_^.Makin bertambah mujahid dan mujahidah Islam yang lahir dari keluarga Islam InsyaAllah.

Bulan ini Malaysia Airlines menawarkan penerbangan murah ke beberapa destinasi terpilih. Yang paling best, tiket KL-India sangat murah seperti masa kami mula-mula sampai di India dulu. Mengimbau nostalgia pulang ke Malaysia pada tahun pertama pengajian, tiket kapalterbang sangat murah. Sekarang harga tiket dah naik dengan sangat mendadak. Tapi still selari dengan elaun bulanan yang kami terima. So kalau nak balik Malaysia tiga bulan sekali pun tak ada masalah rasanya kalau pandai berjimat. Tak sangka dah hampir tiga tahun di India ini. Kejap-kejap rasa macam dah lama duduk sini sampai tak sabar nak habiskan study, kejap nanti rasa macam baru je sampai. Perenggan yang tak ada kena mengena dengan apa yang nak disampaikan kali ini.

Sepanjang dua minggu lepas bagi saya adalah antara fasa yang banyak membuat diri ini insaf dan merenung panjang. Bukan tidak pernah sehebat ini diuji Allah, tapi menjadi salah satu tempoh untuk memuhasabah diri sejauh mana diri ini reda selalu dengan qada’ dan qadar dariNya. Baru semalam baca blog seorang Ukhti dari Mesir, bagaimana beliau telah dituduh dengan tuduhan pada saya datang dari mereka yang tidak berfikir panjang  hanya kerana mata yang melihat tapi bukan mata yang menanggungnya. Begitu mudah manusia menilai keadaan seseorang tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Dari satu hari ke hari seterusnya yang dilalui, semakin menjadi-jadi datangnya perasaan lemah semangat dan tidak bermaya yang datang tidak tahu apa puncanya. Cepat-cepat saya sentiasa menyedarkan diri bahawa ianya datang dari hasutan syaitan yang tidak akan suka bila anak Adam itu tenang dalam mengingati Allah. Mohon saya agar Allah beri peluang kepada diri ini untuk sentiasa menghargai mereka yang berada disekeliling saya dan menyanyangi diri ini, biarpunmereka  jauh dimata saya.

Sudah berbau peribadi, tapi lega setelah menulis ini. Selebihnya saya serahkan kepada Allah swt.

-Ummu Thana’-Mangalore, India.

2 Comments leave one →
  1. April 19, 2009 12:38 pm

    Salam,Ummu Thana’..moga sihat selalu..

    tak sangka ummu duduk berjauhan dengan suami tercinta.Suami belajr @bekerja?Dah lamA berjauhan mcmni?Ummu dh ada baby?Ya ,kita rasa perasaan yg sama cuma lain2 keadaan.Walaumacamnapun,berjauhan dengan yang tersayang buat kita rasa hilang kekuatan diri,cuma semangat nak teruskan hidup dan nak berjaya tu saja yang buat kita kurang rasa rindunya… dan mungkin lagi kuat.
    Moga Allah selalu memelihara Ummu dalam keadaan berjauhan dari suami.

    Moga jadi anak,isteri dan bakal ibu yang tabah ye.

    Salam kejauhan

  2. rihlatulwujud permalink*
    April 19, 2009 7:50 pm

    Jazakillah ukhti..^_^..
    Belum sampai setahun lg kami berjauhan. Sama-sama masih belajar lagi. Zauj di Jordan dan ana sendiri di India. Kami masih belum mempunyai ‘ahli baru’. =). InsyaAllah kita sama-sama tabah ye. Sama-sama berusaha untuk menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah..Amin..

    Salam dari kejauhan juga..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: