Skip to content

Kerana saya menghargai..

April 20, 2009

img_30541

Walaupun dah beberapa hari berlalu, hari ini tiba-tiba rasa nak tulis sesuatu.  Mungkin sebab kali ini perasaannya berbeza dari yang sebelumnya. 5 April lepas adalah hari ulang tahun kelahiran saya.(Saya tua dua bulan lebih dari Abu Thana’,org dulu2 kata kalau isteri lagi tua dari suami, ada possibility murah rezeki. Tak tahulah sejauh mana kebenarannya..^_^).  Bila diri ini makin tua, angka umur pun makin meningkat, jadi makin takut untuk mengharungi kehidupan ini. Bukan takut apa, takut sepanjang Allah beri nyawa ini, tiada amal yang cukup menarik untuk dipersembahkan dihadapan Allah swt nanti. Pertambahan umur menginsafkan diri. Tanggungjawab makin besar dan bertambah apatah lagi setelah bergelar seorang isteri, belum lagi menjadi ibu.

Perkara yang sering bermain-main di fikiran tentang amal yang kadang-kadang tak kesampaian untuk direalisasikan. Moga Allah ampunkan dosa atas kelemahan diri sendiri. Tiada alasan sebenarnya dalam melaksanakan perintah Allah. Teringat kata-kata Murabbi saya di Malaysia dahulu, kapasiti  setiap seorang dari kita memang berbeza dalam amal, tapi ianya bukan alasan untuk tidak melakukan amal bila ada halangan. Tahapan itu kita tak akan tahu selagi mana kita tidak berusaha untuk mencuba. We will never know our limit untill we tried our best. Sebab itu tiada istilah henti dalam dakwah. Jalan dakwah itu juga luas. InsyaAllah setiap amal yang dilakukan, setelah kita cuba sedaya upaya, biarpun sedikit, ada ganjarannya disisi Allah swt.

Semasa di Jordan, saya pernah berkata kepada akhawat disana bahawa saya amat bersyukur dikurniakan jodoh dengan Abu Thana’. Disebabkan menjadi isteri Abu Thana’ yang di kejauhan, saya berpeluang berkenalan dan merasakan suasana tarbiyyah akhawat di Jordan yang tentunya lebih rancak walaupun hanya seketika masa menghabiskan cuti di sana. Mengambil sedikit aura semangat mereka sebagai penguat untuk terus beramal di India ini sendiri. Alhamdulillah untuk itu.

Berbalik kepada sempena hari kelahiran saya. Terima kasih untuk ucapan selamat yang datang dari sahabat-sahabat yang saya kenali. Walaupun ada di antara mereka yang saya sendiri lupa bilakah hari kelahiran mereka,maaf atas kelemahan diri untuk mengingat terlampau banyak tarikh. Ironinya hari kelahiran tahun ini, sepanjang 23 tahun bernafas di  bumi Allah swt, saya menerima hadiah yang diluar jangkaan. Hadiah yang bagi saya amat bermakna. Hadiah yang saya sangat suka.

Beberapa hari sebelum hari kejadian, saya menemani housemate untuk membeli kasut. Masuk satu kedai yang harga kasutnya agak mahal bagi saya. Mata terpandang pada satu kasut yang sangat menarik pada pandangan saya. Dalam hati rasa nak sangat beli. Tak tahu kenapa. Memandangkan kondisi duit dan sementalah berfikir Abu Thana’ sendiri kurang gemar sekiranya saya menghabiskan duit untuk menurut kehendak  hati dan bukan satu keperluan, saya batalkan hasrat. Tapi dalam hati memang rasa sayang sangat2 nak lepaskan kasut tu.Lantas saya berkata kepada housemate, nak tunggu Abu Thana’ datang India dulu dan saya bawa ke kedai ini baru decide nak beli ke tak. Masa meninggalkan kedai tersebut, kepala masih berfikir-fikir nakkan kasut tu. Mungkin sebab nak sangat kut. Tak berapa lama lepas tu dah lupa.

Rupa-rupanya disebalik kesabaran saya dan atas niat tidak mahu mengikut perasaan, Allah balas dengan sesuatu yang lebih baik. Saya dapat hadiah kasut itu sempena hari kelahiran saya. Bukan dari housemate yang memang tahu saya sangat suka kasut itu, tapi dari mereka yang tidak tahu menahu bahawa saya memang dah admire lama pada kasut tu. Masa bukak hadiah rasa terkedu sangat sampai berulang-ulang kali saya ucapkan terima kasih. Jimat duit tak perlu bayar untuk dapat kasut!.hihi. Alhamdulillah.Mungkin orang lain rasa biasa sahaja peristiwa ini. Tapi bagi saya, signifikannya Allah Maha Mendengar. Tak adalah sampai saya berdoa supaya dapat kasut itu sebagai hadiah atau saya berdoa semoga Abu Thana’ beri keizinan untuk saya membeli kasut tersebut, tapi Allah Maha Tahu perasaan saya yang terlampau inginkan kasut itu,cuma tak mahu terlampau ikutkan perasaan. Saya belum pernah menerima hadiah yang sangat saya inginkan selama ini. Bukan bermakna saya tidak menghargai hadiah-hadiah ikhlas dari yang lain-lain.

img_3055

img_3062

Terima kasih juga untuk hadiah fresh flowers yang mmg jadi idaman saya dari Aqilah, perfume Elizabeth Arden dari cik Zakiah(Kia tahu saya gemar kumpul perfume) yang saya sangat suka baunya, bracelet dari Hanas dan Xura, Kad-kad hari lahir dari Mirra, Zimah, Syami, Siew Li, Saeah, Farah. Hadiah novel pertama kali saya terima dari Xura dan Farah. Novel cinta. ^_^.Dulu saya gemar membaca novel. Novel melayu pulak tu. Masih ingat lagi malam nak paper biologi SPM, bukannya ulangkaji, sibuk nak habiskan novel setebal 5 cm kut!Tak puas hati selagi tak habis baca.Nasib baik dapat A1.

Sekian sahaja.

Ya Allah permudahkan urusan hambaMu ini.Amin~

-Ummu Thana’-Mangalore,India

15 Comments leave one →
  1. April 20, 2009 5:37 pm

    salam,ummu Thana’

    Sanah helwa ya ukhti habibati.

    Moga dimurahkan rezeki di permudahkan urusan dan diberikan kejayaan dunia n akhirat.Jodoh tak kira tua atau muda,perempuan klu lbh umur dri lelaki tu tndanya matang:)

    Moga tabah dirantauan.

  2. April 20, 2009 5:40 pm

    oh ye ummu Thana’,lupa nak bgtau lg,jmput dtg blog n vote Abdullah Syaakir ye;)

  3. rihlatulwujud permalink*
    April 20, 2009 7:14 pm

    Wassalam..

    Jazakillah ukhti..^_^..

    Matang ek?..mcm suami lg matang dari ana je..hihi..

    Dah tolong tambah vote baby Abdullah Syaakir!..moga menang..=)

  4. April 20, 2009 9:48 pm

    sanah helwa buat umm thana
    kullu 3am wa enti bikhair

    haisshh..abu thana takde bagi hadiah ke?

    p/s- sori mel..saja kasi panas..amacam?

  5. nebula permalink
    April 21, 2009 12:29 am

    selamat hari lahir kak musfirah.. sorry sgt, lambat wish.. hari tu dah nak wish.. tapi sibuk exam.. terlupa..
    -semoga dimurahkan rezeki
    -semoga Allah memberi kekuatan untuk terus beramal selagi masa masih ada..

    May Allah bless you (^_^) salam dari irbid.

  6. Abu Thana' permalink
    April 21, 2009 1:28 am

    ade la tu munn….

  7. April 21, 2009 10:22 am

    happe belated brthdy…sorry lmbt wish…
    erm smga pnjg umo n murah rezeki……….

  8. rihlatulwujud permalink*
    April 21, 2009 12:11 pm

    Jzkk semua..^_^..

  9. April 21, 2009 10:40 pm

    abu thana enta mmg bagus
    demo meme suami ye munosaboh..keh3

  10. 'abidah ali permalink
    April 22, 2009 6:33 am

    Salam,muss! sanah helwah. moga Allah berkati kehidupan mus sekeluarga di dunia & akhirat ^_^

  11. rihlatulwujud permalink*
    April 22, 2009 9:09 am

    Wassalam..Jazakillah ‘Abyd!..^_^..same goes to you..bile kami nak dapat ‘undangan’ ni?..hihi

  12. nawwar husna permalink
    May 1, 2009 5:39 am

    salaam mus, kaifahaluki? smga dgn pertambahan usia ini, lebih matang (hihi)
    nway tahu tak akak pun tua bbrp bulan dr abu naasih huhu..alhamdulillah setakat nih mmg murah rezeki😀 take care yea..be strong..always🙂

  13. rihlatulwujud permalink*
    May 1, 2009 12:24 pm

    Wassalam Kak Nawwar..

    Alhamdulillah,sihat2 aja..^_^..

    Akak pun lagi tue?..hihi..Ada satu prove la isteri lagi tua murah rezeki..kidding!..

    InsyaAllah kak Nawwar, doakan kami juga yea..

    p/s: Bila la dapat jumpa family Naasih ni..=)

  14. asmaa permalink
    May 11, 2009 4:18 am

    happy belated birthday mus..afwan baru perasan entry ni..lame sgt da tk bukak blog anti..hehe..doakan ana yg final lg seminggu kat UK ni..

  15. rihlatulwujud permalink*
    May 11, 2009 11:43 pm

    Jzkk Asmaa..InsyaAllah ana doakan semoga excel..boleh balik msia sambung amal di sana!..^_^..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: