Skip to content

Kanak-kanak dan gigi mereka..

April 23, 2009

Saya sangat suka posting pedodontics. Rasanya nanti pedodontics akan menjadi bidang pertama yang saya pilih untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Mungkin juga sebab saya suka pada kanak-kanak. Semua pedodontists yang mengajar kami pun baik-baik belaka. Mereka adalah lecturer yang tak pernah tinggi suara marah-marah orang, kalau buat salah pun boleh tersenyum, kalau tak tahu jawab tak pernah nak naik angin tak tentu hala, pendek kata mereka adalah orang-orang yang sangat penyabar. Sebab tu boleh jadi pedodontist kut. Melayan kanak-kanak juga bukan semua orang boleh sabar. Lagi-lagi kalau budak tu banyak tanya sampai kita tak mampu nak jawab dah. Belum masuk kalau budak tu nakal sampai rasa nak gigit-gigit je suruh diam.

Semalam Lecturer bagi demo application of flouride untuk kanak-kanak. Flouride therapy is basically more of for preventive measure. Untuk mengelak gigi kanak-kanak dari cepat rosak. Untuk kanak-kanak juga, adalah digalakkan supaya memilih ubat gigi yang mengandungi flouride. Flouride juga membantu dalam pertumbuhan gigi yang sihat. Budak yang nak di apply flouride tu sangatlah hyperactive. Dia boleh g study compositon botol flouride tu pastu tanya lecturer kitorang soalan macam-macam, padahal umur baru je 6-7 tahun kut. Yang paling bes, lecturer tu jawab je baik-baik satu-satu soalan die tanpa muka marah sikit pun.

Ada budak pulak main suction(alat yang digunakan untuk sedut air liur masa dental treatment) letak kat setiap gigi dia macam tengah berus gigi sebelum dental treatment. Mungkin budak tu curious nak tahu macam mana suction tu berfungsi, sakit ke tak, etc. Intern yang sedang rawat budak tu sabar je tunggu budak tu main suction sampai dia puas hati. Bila bagi rawatan pada kanak-kanak juga faktor masa tak boleh ada restriction. Dentist and doctors kena prepare to spend more time treating children compared to adults.

Bila belajar pedodontics juga barulah tahu betapa pentingnya penjagaan gigi bagi kanak-kanak. Bermula dari baby dalam kandungan lagi si ibu dah kena berhati-hati dengan food intake, supplements taken dan usage of drugs supaya perkembangan janin dalam perut termasuk tooth development tak terganggu. Kalau dulu-dulu mungkin orang tak kesah sangat budak-budak  tak jaga gigi, makan coklat banyak-banyak pun parents selalu tak kesah sebab fikir nanti gigi kekal akan tumbuh lepas tu baru jaga betul-betul. Bila tengok gigi anak coklat ataupun rongak sana sini, selagi tak sakit takkan jumpa dentist.

Tapi sebenarnya penjagaan gigi pada kanak-kanak lebih penting supaya pembesaran gigi kekal tidak terganggu yang akhirnya akan menyebabkan komplikasi-komplikasi yang pelbagai. Duit pun banyak habis nanti nak treat gigi kekal yang dah rosak compared to the cost of treating gigi kanak-kanak sebab dental treatment memang mahal!.

Mungkin ramai yang tak tahu except for the dental students and of course dentists, bahawa bila baby lahir je, ibubapa kena pastikan setiap kali lepas baby makan or minum susu, kena lap dan rinse mulut baby so that sisa makanan or susu especially tak tertinggal dalam mulut which later can lead pada gigi rosak dikemudian hari. Habit kanak-kanak juga perlu diperhatikan seperti ada sesetengah kanak-kanak suka hisap ibujari, suka hisap puting botol lama-lama sampai tertidur, etc. Semua itu nanti boleh lead to a bigger problem. Ibubapa juga dinasihatkan untuk membantu kanak-kanak berus gigi sampai umur mereka at least 5-6 years old. Bukan biarkan kanak-kanak tu gosok gigi sendiri, supaya kebersihan gigi itu terjamin. Sebab kanak-kanak dibawah umur 5-6 tahun, tahap kekuatan mereka berus gigi tak mencukupi, mereka akan gosok lembut sahaja dan gosok pada area yang mereka suka. Kalau sejak kecil gigi tak dijaga, nanti bila dah dewasa, umur baru 40 tahun, gigi dah banyak hilang for which need to be replaced with gigi palsu, and all of us knows that nothing can replace the effectiveness and perfectness of Allah’s Creation iaitu gigi sebenar!.

Bukan kesihatan fizikal sahaja perlu dijaga, tapi kesihatan mulut dan gigi juga perlu dijaga since one sickness normally will lead to the other and prevention is always better than cure. ^_^..Marilah sama-sama jadi ibubapa yang prihatin pada pembesaran anak-anak termasuklah menjaga kesihatan gigi mereka. InsyaAllah.

p/s: Nasib baik dulu umi selalu kerah kitorang adik-beradik gosok gigi selalu especially sebelum tidur(tiba-tiba terngiang-ngiang di telinga suara umi suruh bangun gosok gigi kalau kami dah tertidur tanpa gosok gigi which is somehow umi boleh detect eventhough dia tak nampak pun kitorg dah gosok gigi ke tak, naluri ibu memang hebat). Dan umi juga akan gosok gigi kami sampai masuk darjah 1.  Tiap-tiap enam bulan sekali umi bawa pergi jumpa doktor gigi masa tu di Hospital UM, (Hospital kerajaan murah sikit). Sekarang kami hanya perlu maintain keadaan gigi supaya terus sihat. Alhamdulillah dan terima kasih umi!.

Senyuman dengan gigi yang sihat dan cantik will make you become more confident in life..=)

-Ummu Thana’-Mangalore,India

2 Comments leave one →
  1. April 28, 2009 7:37 pm

    salam,ummu Thana’..terima kasih dgn informasi ni..menarik

  2. November 23, 2009 8:57 pm

    salam ziarah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: