Skip to content

Sekilas isu logo Parti Sosialis Malaysia

April 29, 2009

Hari ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah meluluskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menggunakan logo parti yang berupa lambang ‘genggaman tangan’ sebagai ‘syiar’ parti mereka. Bagi saya isu ini agak menarik, terutama sekali berkenaan penubuhan parti itu sendiri yang kini sudah rasmi pendaftarannya sebagai satu lagi parti di Malaysia ini. Parti Sosialis Malaysia ini memperjuangkan ideologi ‘socialist’, yang mana kita ketahui hampir di setiap negara di dunia kini akan ada gerakan di peringkat politik seumpama ini. Kemungkinan parti-parti sosialis di dunia ini semuanya bernanung di bawah ‘International Socialist Organization’, itu saya tidak dapat pastikan. PSM juga mendakwa telah mula bergerak sejak sekian lama, menyusup dan menumpang pada parti-parti lain seperti DAP(yang juga sosialis) dan KeADILan untuk memastikan political mileage mereka terus relevan.

Dalam minggu ini juga, sebuah lagi parti yang berkesinambungan dari perjuangan HINDRAF telah mengumumkan pembentukannya dengan nama Malaysian Indian Democratic Action Front (MINDRAF). Parti ini tak salah saya masih lagi dalam proses pendaftaran dengan ROS. Beberapa isu terus diperkatakan terhadap parti ini, antaranya isu kepelbagaian parti yang ingin memperjuangkan kebajikan dan hak kaum india di Malaysia. Kita maklum dengan kewujudan MIC yang telah sekian lama menjuarai kaum india, justeru perlukah penubuhan sebuah lagi parti seumpamanya? (Macam pernah dengar , tapi di mana ya?) Itu antara cakap-cakap orang politik. Akan tetapi kelihatan MINDRAF terus ‘tsabat’ dengan fikrah mereka.

Dengan tertubuhnya parti-parti ini, kita mengharapkan rakyat Malaysia dapat mencapai taraf kematangan berpolitk dan faham bahawa manusia itu sifatnya bervariasi. Sukar untuk kita menyatukan semua pihak untuk bersama-sama dalam perjuangan kita dan meyakini fikrah kita, kerana manusia itu pelbagai. Memang kepelbagaian ini jika diteliti, hanya akan membawa kepada perpecahan. Kunci penyelesaiannya, “Bertolong-bantulah pada perkara yang kamu sepakati, dan berlapang dadalah pada perkara yang kamu selisihkan”. Itu kalam dari ulama’ tarbiyyah. Adil bukan?. Lantas, siapa yang berAMAL lebih, dialah yang akan dapat menuai hasilnya. Bagi umat Islam(Melayu) di Malaysia pula, perbezaan fahaman politik hanya akan memecah-belahkan ummah. Ini disepakati oleh semua gerakan Islam di Malaysia. Apabila bangsa Melayu itu sendiri berpecah, siapa lagi yang akan dapat mengangkat panji Islam ke tempat selayaknya? Oleh itu kita perlu menjuruskan usaha kita ke arah menyatu-padu dan memperkasa bangsa Melayu sebagai satu ummah yang akan mengibarkan panji Islam di Malaysia. Juga perlu untuk kita mengurangkan jurang perbezaan kefahaman politik dengan mencari beberapa titik pertemuan seupaya mungkin. Dan usaha ini perlu didokong oleh gerakan-gerakan Islam dan bukan satu pihak sahaja, bahkan seramai yang mungkin. Dan biarkan AMAL kita yang menjadi jurubicara.

Kembali kepada isu logo PSM, saya agak kaget bila melihat logo yang ingin didaftarkan. Saya juga hairan apabila Kementerian Dalam Negeri menolak pendaftaran logo tersebut dengan alasan ianya adalah simbol kekerasan. PSM membidas kembali dengan mendakwa bahawa banyak lagi pertubuhan-pertubuhan lain samada di peringkat tempatan atau antarabangsa yang telah menggunakan simbol ini (saya setuju). PSM juga mendakwa simbol ‘keris’ (mungkin UMNO?) dan ‘roket’ lebih membawa makna  kekerasan dan keganasan. Sekali lagi saya setuju.

Di Jordan University of Science & Technology (JUST), simbol yang sama turut digunakan oleh summarizing group ‘Tomooh’ (Perubatan batch 2005) dalam membuat ringkasan syarahan-syarahan di dalam kuliah. Saya tidak dapat pastikan adakah terdapat unsur-unsur kekerasan di dalam gerak kerja group ini (Arab memang rata-rata agak ganas). Tidak hairanlah apabila PSM terus berjuang mempertahankan ‘syiar’ yang ingin mereka bawa.

a29e8c172fb231b68408e0c19497c5711header_new

Similar but not identical?

p/s: Bila lagi akan ada parti Islam baru di Malaysia seumpama PKS Indonesia?

~Abu Thana’, Irbid~

2 Comments leave one →
  1. April 30, 2009 3:00 am

    penulisan yg agak berat kali ini
    tapi sngt clear

    apapun, sngt tertunggu-tunggu akan parti seperti pks
    gerak kerja yg sngt tersusun & mempunyai hadaf yg jelas

    p/s – abu thana, adakah tomooh sosialis?hir3

  2. rihlatulwujud permalink*
    April 30, 2009 3:26 am

    nnt kita try tanye naser….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: