Skip to content

Susah vs Senang

May 19, 2009

Susah tak belajar?..

Belajar tak susah..benda yang nak kena belajar pun tak susah..

Hampir semuanya logik akal..

Kalau ada perkara diluar logik akal, kita hanya perlu ingat sahaja..

Iman?Yakin?Ta’asub?..pilih sendiri

Dia jadi susah bila banyak benda yang perlu diingat dalam kepala..

Lagi susah untuk ‘mempertahankan’ apa yang perlu diingat..

Bertambah-tambah susah bila perlu dipraktikkan apa yang dah dipelajari dalam kehidupan seharian..

Kesimpulannya apa sahaja yang kita belajar atau perlu belajar jadi susah bila nak dipraktikkan..

Bila doktor tanya dalam klinik soalan-soalan aplikasi, kepala mula pening..

Aduh..susahnya nak ingat!..jauh sekali nak aplikasi..ingat pun tak..

Tapi bolehkah kalau tak nak belajar sebab tak nak aplikasi? Tak nak pening-pening kepala kalau ditanya? Kita ada pilihan ke?

Macam mana nanti kalau Allah tanya apa yang telah kamu lakukan di dunia?..

Apa yang kita dah belajar?..apa yang kita ingat?..apa yang kita aplikasi?

Allah suruh kita bacalah..[Al-Alaq 96: 1-19]..

Sekali lagi fikirlah sendiri..

Macam mana kalau terlebih belajar..terlebih ingat..terlebih aplikasi?

Terlebih segala-galanya..

Sabda Nabi s.aw. “Sebaik-baik perkara adalah bersederhana”

“Tidakkah kalian mendengar? Tidakkah kalian mendengar? Sesungguhnya kesederhanaan itu sebahagian daripada iman!” (HR Abu Daud)

Fikirlah sendiri..

Sederhana atau berlebih-lebihan..

Allah bagi akal untuk berfikir, bukan untuk dikawal nafsu yang sentiasa ingin berlebih-lebih..

Jika perlu marah, marahlah tetapi usah terlupa dengan perkataan sabar;
jika perlu menangis, menangislah tetapi usah terlupa dengan perkataan tenang;
jika perlu patuh, patuhlah tetapi jangan sampai hilang kemerdekaan.

Jika mahu miskin, miskinlah tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi kufur;
kalau mahu kaya, kayalah tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan sedekah;
jika mahu menjadi warak, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai terlupa keperluan dunia.

Kalau mahu sebuah kereta mewah, belilah selagi mampu dan menepati keperluan semasa;
kalau mahu dua buah rumah, belilah asal jangan sampai tak tahu makna perkataan puas;
kalau mahu menimbun harta, bekerja keraslah asal jangan sampai terlupa ibadah.

Kalau mahu berhibur, berhiburlah asal tidak terlalu sakan dan menyalahi syariat;
kalau mahu memperkatakan hal orang, berkatalah asal jangan sampai mengumpat;
kalau mahu cemburu dengan kejayaan orang, cemburulah asalkan anda pun berusaha kuat sepertinya.

Hidup sederhana akan memastikan anda tidak akan miskin selama-lamanya.
Bersederhana dalam segala hal adalah titik kejayaan dalam semua perkara.
Orang yang terlalu kaya kadang-kadang apabila miskin terus muflis;
orang yang terlalu pandai kadang-kadang apabila bodoh terus sasau;
orang yang terlalu kuat kadang-kadang apabila lemah terus tidak berdaya.

Binalah harta sebanyak-banyaknya tetapi jangan sampai anda menjadi hamba kepada harta;
binalah ibadah banyak-banyak tetapi jangan sampai terlupa soal-soal dunia;
binalah kedudukan di tengah manusia tetapi jangan sampai hilang kepercayaan orang dan tercalar maruah diri.

Bukanlah seorang yang baik kalau beribadah sepanjang masa sedangkan untuk makan minumnya terpaksa meminta-minta. Seeloknya bersederhana dalam beribadah lantaran bekerja itu pun ibadah, membuang halangan di jalanan juga ibadah, menasihati orang juga ibadah.

Orang yang bersederhana sentiasa terpandang di mata dunia. Dia tidak akan hina oleh kemelaratan dan tidak terlalu tersohor oleh kepopularitian. Dia terpandang sepanjang masa baik oleh orang yang hina mahupun orang yang mulia. Berkuasanya bersederhana bagaikan pakaian yang menjadi penebat pada rasa dingin dan panas yang membakar.

Sayidina Ali r.a. berkata, “Berkhairatlah mengikut kemampuan dan janganlah menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.”

Hendak bersedekah jangan sampai jatuh miskin; menyimpan harta jangan sampai digelar si bakhil, beribadah jangan sampai semakin jahil.

Kata sayidina Ali r.a. lagi, “Insan tidak akan melihat kesalahan seseorang yang bersifat tawaduk dan lemah lembut.”

Tawaduk dan lemah lembut adalah kesederhana yang nyata, membangkitkan kasih sayang dan menumbuhkan cinta tulus. Jika anda impikan penghormatan manusia maka bersederhanalah dalam berbicara, berbatas-batas tatkala bergurau senda dan menyimpan sebahagian kesukaan ketika terlalu gembira.

Bersederhana adalah jawapan kepada segala-galanya.

Wallahualam

Saya copy dari sini

Selamat menempuh alam peperiksaan kepada(mengikut urutan ye);

Kak Fadhilah-Jordan

Kenalan yang mengenali kami di Mesir

Abu Thana’ dan yang seangkatan dengan beliau

Juniors MBBS&BDS

Along-PMC,Malaysia

MBBS KMC Mangalore Batch 06

BDS MCODS,Mangalore Batch 06′ <–batch saya la ni..

Dan semua yang bakal atau sedang menenpuhi peperiksaan tak kira di mana sahaja lokasi anda..

dengan ucapan..Bittawfiq lil jami’ <–Abu Thana’ yg ajar, maksudnya moga berjaya!..^_^..

-Ummu Thana’-Mangalore,India

4 Comments leave one →
  1. May 19, 2009 7:25 pm

    terima kasih umm thana atas posting kali ini
    such as a motivation for the moment

    muwaffiq wa khair insyaAllah jamean

    salamat

  2. May 22, 2009 12:12 am

    salam..

    kepada 5 budiman, smkj3 2003

    http://buddies.forumotion.net/forum.htm

  3. pae faezah permalink
    October 23, 2009 12:15 pm

    ummu thana’ i luv to read ur blog… quite a follower..=)… keep writing ya..=)

  4. rihlatulwujud permalink*
    October 23, 2009 1:11 pm

    jzkk..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: