Skip to content

Belajar menghargai..

October 1, 2009

Alhamdulillah..

Sekadar coretan lepas habis exam~

Menghargai?bunyi macam ala, simple je. Tapi praktikalnya tidak mudah seperti menyebutnya. Peghargaan datang dalam bentuk yang berbeza bagi setiap individu. Saya sendiri akui, kalau dulu, saya adalah seorang yang sangat susah untuk menghargai orang lain. Sangat susah nak menghilangkan perasaan ‘bercakap yang tidak baik dalam hati’ terhadap orang lain. Tak kiralah kenal ke, tak kenal ke, orang tepi jalan pun bila saya lihat, mudah mengomel dalam hati sendiri. Ada sahaja yang tidak kena.

Tapi bila umur dah semakin meningkat, dah bergelar isteri pula, peluang untuk merebut pahala itu Allah tambahkan lagi. Alhamdulilllah. Bukan susah pun, sekadar menghargai apa yang orang sekeliling kita lakukan. Biarpun perkara yang mereka lakukan tidak mendatangkan manfaat pada diri kita. Selemah-lemah menghargai adalah apabila kita tidak bercakap yang tidak baik kepada orang tersebut. Contohnya bila nampak mak cik cleaner tolong bersihkan shopping mall, kalau tak cakap kat dia direct terima kasih pun, at least dalam hati tolong gembira dia bersihkan shopping mall.

Cikgu yang mengajar pun sama. Kalau ada yang suka marah-marah tu, janganlah disumpah-sumpah dalam hati. Anggap sahaja mereka marah sebab nak kita belajar dari kesilapan walaupun ada bau-bau perkauman di setiap marah mereka. Abaikan aja.

Kalau pak cik auto hantar kat tepi jalan je takmo masuk sampai perkarangan apartment sebab jalan depan apartment tu berlopak-lopak, senyumkan aja. At least dia hantar dekat dengan rumah. Kalau tak ada pakcik auto, kan ke susah kena jalan kaki. Tapi kalau sampai kena pijak kepala minta xtra duit atas alasan jalan berlopak-lopak tapi dia tak lalu pun jalan tu, kenalah marah sikit. Nanti dia dapat duit haram pula. Uhuks. *batuk kejap sambil berfikir*

Tambahan lagi pada kawan-kawan yang ‘pelik-pelik’ perangai. Anggap sahaja mereka tidak tahu ‘pelik’ mereka itu berdosa. Atau mereka tahu, tapi belum ‘sampai seru’ nak berubah. Doakan sahaja yang terbaik. Ubah yang mana mampu.

Yang paling penting menghargai ahli keluarga kita. Biarpun bukan dengan perkataan ‘i love you’ setiap hari pada mereka, tapi tindak tanduk kita menggambarkan yang kita menghargai kehadiran mereka dalam hidup ini. Kalau dulu saya dan umi,ayah sukar untuk melafazkan perkataan sayang atau rindu. Tapi bila berjauhan begini, senang pulang perkataan itu nak keluar. Masih ingat lagi kalau kat Malaysia, setiap kali raya kalau salam mesti nangis. Tak cakap apa-apa pun nangis dulu. Mengenangkan banyaknya dosa pada umi ayah. Masing-masing simpan je nak keluarkan perkataan ‘sayang sangat’. Rindunya nak peluk umi ayah. Stop disini. Airmata dah bergenang. Nanti banjir pulak.

Untuk semua ahli keluarga saya yang berada di Malaysia. Khas buat umi dan abah, umi dah ayah, adik-adik, family kedua-dua pihak, atok nenek, kakak dan abang ipar, sepupu sepapat, semualah, ketahuilah saya amat merindui kalian semua dan tak sabar nak balik Malaysia jumpa semua orang. Selamat Hari Raya.

-Ummu Thana’-

Mangalore India

One Comment leave one →
  1. October 13, 2009 9:47 pm

    Bener banget nih..betapa indahnya dunia jika setiap orang saling menghargai…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: