Skip to content

Muka-muka ‘suci’

October 4, 2009

Alhamdulillah..

Semangat pulak saya update blog.^_^

Semalam telah diadakan majlis perjumpaan dengan juniors batch 09 yang baru sampai akhir bulan Julai 2009. Majlis agak terlewat gara-gara Swine flu yang melanda. Rakyat Malaysia telah dituduh membawa wabak itu ke Mangalore,India yang sihat sejahtera ini dan diarahkan untuk mengkuarantin diri masing-masing selama beberapa minggu la jugak.

Teringat jiran tingkat 15 apartment saya dan Hazimah. Dua kali saya terserempak dengan beliau dalam lif. Dua kali juga dia tanya saya, ada tak saya ini in touch dengan budak-budak yang infected dengan Swine flu?.Saya cakap tak ada. Gaya muka dia pun tahu dia takut sangat. Pastu sibuk tanya mereka dah sihat belum. Ada lagi kes baru ke?. Saya cakap dah sihat. Tak ada kes baru. Itu belum masuk hospital lagi. Lecturer pun takut ter’infected’ dengan kami. hihi.

“No get together thing!”-Kata pakcik police mangalore.

“Malaysian Students Party cancelled”-Kata suratkabar India Times.

p/s:entah bila entah kitorg nak berparty. Kitorg cuma mahu adakan majlis suai-kenal dengan juniors aja. Salah konsep betul. Tak apalah itu. Abaikan.

Lepas Swine flu reda, which is soo much Alhamdulillah, Ramadhan pula tiba. Terpaksa ditangguhkan lagi perjumpaan dengan juniors bagi mengmaksimakan ibadah di bulan Ramadhan. Saya tak sabar menanti perjumpaan ini sebab tak kenal langsung most juniors. Kalau ada yang datang rumah dan bertanya itu ini pun cuma beberapa orang. Yang lain semua tak kenal. Saya sendiri sibuk dengan kelas harian yang memenatkan. Tak berkesempatan nak beramah-mesra dengan mereka. Jumpa ramai pun masa sambutan Hari Raya di Sulthan Batery beach.

Dan hari ini, sempat ziarah di kediaman banglo mereka di Derlakatte. Jumpa semua. Bertaaruf. Melihat satu-satu muka ‘innocent’ mereka menyebabkan saya teringat zaman mula-mula sampai India. Macam-macam soalan yang ditanya. Satu mereka tanya, berjela-jela kami jawab. Hihi. Moga jawapan-jawapan kami mampu memberi mereka kekuatan untuk menghabiskan sessi pembelajaran di India ini dengan jayanya. Saya sendiri pun kadang-kadang tidak tersedar bahawa sudah lebih 3 tahun saya belajar di sini dan hampir menamatkan tahun pengajian. Sungguh cepat masa berlalu.

Untuk adik-adikku,kalau anda membaca blog ini la..Akak doakan yang terbaik buat kalian. Sila tabah duduk di India. Sekian terima kasih..=)

7821_175721875015_612460015_4256958_3198776_n

Campur Juniors MCODS dan Yenepoya UNi

Juniors AB Shetty

Juniors AB Shetty

Juniors Yenepoya Uni

Juniors Yenepoya Uni

-Ummu Thana’-Mangalore,India

2 Comments leave one →
  1. April 20, 2010 8:35 pm

    assalamualaikum kak ^^

    saya bakal jadi junior akak,kat yenepoya… =)

  2. rihlatulwujud permalink*
    April 20, 2010 8:40 pm

    Wassalam wbt..
    hehe..welcome to India..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: