Skip to content

Optimis atau pessimis

October 9, 2009

Semasa sessi follow-up dengan doktor saya lepas kena admit hospital 2 hari hari tu, dia tanya saya..Adakah awak ni optimistik atau pesimistik?(sambil muka dia senyum-senyum kucing bertanya).Saya pun buat muka senyum dengan yakinnya menjawab saya sangat optimistik. HiHi.Yeke?atau saya seorang yang perasan?Entahlah. mungkin jugak kadang-kadang optimis, kadang-kadang pesimis. Doktor tu pun tergelak dengar jawapan saya. Kenapa dia gelak tak dapat dikenal pasti. Lagi satu dia cakap dengan saya, we are not magician, we are only doctors. Only God can do the changes but we are here to help. Bagus jugak konsep ketuhanan orang India ini. Itu kes follow-up dengan Doktor India sebagai intro la.

Dalam hidup ini. Kita nak jadi yang mana?Optimis atau pesimis?.Mestilah kalau orang tanya kita nak selalu optimis. Barulah hidup bahagia. Apa pula definisi bahagia? Bahagiakah kita bila tengok orang lain bahagia?Bahagiakah kita bila tengok orang Islam jalan-jalan pegang tangan? Bahagiakah kita bila tengok orang Islam pakai baju seksi? Atau bahagiakah kita bila lihat orang Islam tapi minum arak?Bahagiakah kita bila tengok orang Islam buat maksiat? Bahagiakan kita bila tengok orang Islam couple?

Ha, satu pasal isu couple Islami. Abu Thana’ ada bagi koleksi nasyid-nasyid dia pada mp3 saya. Ada satu group ni bila saya dengar nasyidnya, rasa macam nak bagi pada semua orang Islam yang mengaku diri DAI’E, yang berdakwah tapi ber-couple ala-ala Islami. Pergilah download kalau ‘rajin’. Tashiru-Maaf tuk berpisah(dari album Optimis sajalah). Terus terang saya cakap, kalau tak mampu untuk bernikah dalam tempoh maksima dua tahun, pandai-pandailah usaha untuk berpisah. Tak kemana jodoh dikejar. Lari tajuk pulak.

Atau mungkin kita nak jadi pesimis dengan keadaan-keadaan di atas? Stress bila tengok orang Islam lain jantina jalan-jalan pegang tangan. Stress bila tengok orang Islam pakai baju seksi. Stress bila tengok orang muslim minum arak?Macam kelakar pulak bunyinya bila ‘stress’. Atau yang sebetulnya kita perlu merasakan tekanan untuk merubah keadaan itu lebih lagi dari merasa tekanan bila melihat? Mana satu?.

Singkap pada sirah Nabi saw dan para Sahabat. Zubair Al-Awwam pernah dikisahkan pada satu ketika, bila beliau dengar sahaja khabar Rasulullah saw dibunuh, terus beliau keluar dari rumah tanpa berpakaian(tak pasti pula tanpa pakaian itu maksudnya tanpa seurat benang atau mungkin tanpa baju sahaja) sambil memegang pedang dan terus mencari siapa yang menyampaikan berita itu dan mahu membunuh siapa yang membunuh Nabi saw. Lepas itu beliau terserempak dengan Nabi saw dan Nabi saw bertanya kenapa kamu wahai Zubair? Zubair kata dia mahu membuat seluruh tanah Mekah menjadi sungai darah lantaran berita Nabi saw dibunuh. Nabi saw boleh tenang dan tersenyum sambil menyarungkan pakaian pada Zubair dan lantas mendoakan kebaikan untuk Zubair. Semangat Zubai berkobar-kobar untuk mempertahankan kekasih Allah swt dan agama Islam.

Optimis atau pesimis?

Tanpa tekanan, kita takkan rasa terbeban. Bila tak terbeban. Releks je memanjang. Pandang orang kiri kanan pun tak rasa apa-apa. Lantak pi la.  Ini semua arif. Tapi bila belajar, ada tekanan, boleh pulak nak cemerlang. Kalau fikir belajar untuk dunia dan untuk dapat nama,maka itulah yang akan kita dapat. Kat akhirat tak guna pun nama,pangkat,kedudukan,gold medal tu. Fikirkanlah untuk kebangkitan Islam..

Wallahualam.

p/s:mungkin berbau emosi. Sebab memang tengah emosi dengan mereka yang pandang sebelah mata sahaja agama sendiri.

-Ummu Thana’-Mangalore,India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: