Skip to content

Silalah belajar

October 10, 2009

Dr Sumanth and Dr Nandita

Dr Sumanth and Dr Nandita

All of us with Dr Sumanth

All of us with Dr Sumanth

Dr Sumanth is leaving our college today. Dia adalah Head of Department Oral Medicine and Radiology(OMR). Dia pernah ajar sekali je kelas kitorang. Batch 2006. Kelas Case History. Kami bukan kenal sangat dia pun. Sebab orangnya garang dan tegas. Semua takut dengan dia. Pernah ada seorang rakan sekelas kami tak dapat ambil exam final sebab attendance OMR tak cukup hanya 1%. Gara-gara dia lah. Gerun bila dengar nama dia. Tapi dia seorang yang hebat. Semua orang cakap dia hebat. Even akak technician x-ray pun cakap dia sangat baik sebenarnya.Isteri dia lawa. Muka macam model. Hihi. Lari topic.

Maka kami pun belilah bunga dan fruit kek(sedap gak keknya walaupun eggless sbb vegetarian punya kek) dari Dinoo’s untuk dia. Hadiah last day. Sebagai tanda hormat. Lepas tangkap-tangkap gambar dan makan-makan, dia pun mula bagi ‘tazkirah’. Tazkirah cikgu ini lain sikit. Sebenci-benci mana pun kita pada seseorang cikgu itu(saya tak benci dia ok), tapi bila dia bagi nasihat dah ala-ala parents bagi nasihat, mahu bergenang juga air mata. Antara ayat dia yang saya tak dapat nak lupakan, dia kata kami ni datang dari jauh tinggal keluarga, tinggal negara, tinggal kawan-kawan datang India nak belajar. Oh ye, Batch posting kami paling ramai foreigners. Sebab tu ayat dia macam tu. So, dia sambung, dia kata dia memang tak boleh tolerate kalau orang macam kami datang jauh-jauh tapi malas. Dia mahu kami maksimakan pengalaman dan belajar sebanyak mungkin dari India. Dia juga mahu kami lebih hebat lagi dari mereka semua as doctors.

Satu benda yang saya belajar dari India lagi, kebanyakan doktor mereka adalah orang yang humble dan willing to teach you the best they can. Abaikan seorang-dua yang racist ok!. Dan India adalah tempat untuk belajar banyak benda. Dari A to Z. Macam-macam penyakit ada kat India ini. Penyakit pelik-pelik semua boleh jumpa kat sini. Yang rare kat negara lain, tapi common kat India. Memang boleh belajar banyak benda. Bagi sayalah. Management mereka pun sangat efficient sebenarnya walaupun cleanliness tuh masih belum upgrade lagi. Mereka sangat concern dengan pesakit-pesakit yang datang. Tak tahulah kalau sebab kolej kami ini private kolej, sebab tu layanan serupa bayaran. Apa-apa pun, makin nak tinggalkan India ini, makin saya belajar untuk menghargai India. Tapi cukuplah sampai undergraduate je.Hihi. Tak sampai hati nak sambung peringkat lebih tinggi di sini.

Moral of the story, hargailah setiap peluang yang ada. Peluang yang Allah berikan pada kita. Tak kira kat mana pun kita berada, cuba sedaya mungkin untuk jadi yang terbaik. Terbaik dari segala segi. Selamat belajar buat semua! Anda beruntung ada peluang untuk belajar. Ada orang tak mampu pun nak belajar dan jeles dengan kita.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

7 Comments leave one →
  1. October 10, 2009 5:32 pm

    eh bkn u ckp u nk keje kt sane ke nnt?

    • rihlatulwujud permalink*
      October 10, 2009 9:54 pm

      bile masa?..u tu lagi la..kate nak honeymoon sini..mari laa..;p

  2. nurayman irbid permalink
    October 11, 2009 12:26 am

    aslmkm kak mus..ape kaba? =)
    wah, dh mula rindukan india..hehe..btw, kak, btulke nnti kita time FYDO ada 6 bln kt spital, 6 bln kt klinik?

  3. rihlatulwujud permalink*
    October 11, 2009 10:04 am

    wslm ayman..alhamdulillah,sihat..^_^..rindu india?hihi..Akak pun tak sure yang pembahagian spital and klinik tu. Nanti akak konfemkan dengan MDC. Mungkin juga ye..

  4. rihlatulwujud permalink*
    October 12, 2009 1:25 pm

    huda..anak orang kaya sekarang honeymoon sume kat oversea..xde kelas la pergi pulau tioman atau port dikson jer..apatah lagi kat sungai tangkas..xde thrill..hehe..sbb tuh kite suh awk dtg India..oversea gak apa..=)

  5. October 12, 2009 11:32 pm

    i’m going to london or paris or other else places. but for sure not INDIA :p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: