Skip to content

Hari Ahad yang busy..

October 11, 2009

OH..sungguh busy hari ahad ini. Pagi-pagi lagi pukul 630am hazimah dah bangun untuk study. Tapi saya tido lagi. Hihi. Saya minta dia kejut sebab nak bangun sarapan. Tentatif saya hari ahad ini adalah:

1. Pukul 11am-mula buat kerja pameran untuk JASSI 09

2. Pukul 2pm-open house rumah Fazehan dan Atikah di 602 Maharaja Residency(Junior 08 sangat rajin buat open house..kami senior semua pemalas nak masak,rajin datang makan je..hihi)

3. Pukul 5pm-Pergi library untuk projek poster OMR

Dah cantik dah jadual tu, mula ingat senang la nak handle. Rupa-rupanya terkejar-kejar juga. Tepat pukul 11am Aqilah dah dingdong pintu rumah. Kami mulakan kerja tampal-menampal bookmark JASSI. dalam pukul 12noon Cik Zakiah pula dingdong sebagai tanda beliau pun mahu turut serta menolong. Lebih kurang pukul 1215pm, Cik Syamimah pula dingdong loceng dengan muka senyum2 baru bangu tido. Hihi. Saya sibuk basuh baju dan tukar cadar semua sebelum betul-betul tolong mereka. Pukul 1pm dah siap2 nak pergi open house. Aqilah dan Syamimah tinggal rumah kami sebab mereka tak larat nak pergi open house. Cik Zakiah ikut kami.

Balik dalam pukul 330pm(sambil sempat tapau makanan openhouse bawak balik sebab sedap sangat mereka masak!), junior dah ramai sampai untuk tolong buat poster. Terima kasih adik-adik sayang! Especially untuk Ayu, Tasya, Kaiyisah, Fizzi, Nora. Nasib baik mereka semua kreatif. Kalau tak hambar sahajalah poster itu dibuat oleh saya yang tak kreatif langsung ini. ^_^.

Ahli group saya untuk posting OMR

Ahli group saya untuk posting OMR

Last-last saya yang type semua benda..orang lain lari layan handphone masing-masing..maklumlah,masing-masing ada teman istimewa..hihi

Last-last saya yang type semua benda..orang lain lari layan handphone masing-masing..maklumlah,masing-masing ada teman istimewa..hihi

Duduk kejap, solat asar, dah kena keluar untuk buat projek OMR di library kolej. Sampai di library, seperti biasa, tak semua on time. Tunggu kejap semua sampai. Lepas semua sampai, saya cakap kat diorang saya tak boleh lama-lama, saya ada tetamu di rumah. Kesudahannya saya siapkan kerja yang berbaki dan tolong type cepat-cepat dalam laptop. By 6pm dah dapat balik rumah.

Hasil yang dah siap

Hasil yang dah siap

still in progress

still in progress

Sampai rumah pukul 615pm, mereka semua masih sibuk buat kerja-kerja yang berbaki. Kagum dengan kecantikan poster yang mereka buat, saya pun ambil lah gamba. Siapkan makanan untuk mereka dan kami oder pizza dari luar sebagai tambahan. Sambil buat sambil makan. Alhamdulillah, by 8pm, semua kerja dah siap. Penat juga terasa badan. Tapi at least bila busy ini, terlupa seketika masalah-masalah lain yang memeningkan kepala. Esok akan bermula hari seperti biasa. Pergi kelas dari pagi sampai petang.

Looking forward for JASSI 09!..=)

-Ummu Thana’-Mangalore,India

2 Comments leave one →
  1. October 12, 2009 11:16 am

    salam ukhti musfirah, moga ALLAH menemani di setiap masa dan perjalanan..

  2. rihlatulwujud permalink*
    October 12, 2009 1:23 pm

    Wassalam Kak Nurul. Lama xdengar khabar berita. Jazakilah atas doanya..Same goes to you..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: