Skip to content

Begitu rupanya..

October 12, 2009

Hari ini saya menghubungi Ummi. Hajat dihati mahu bertanya khabar dan perkembangan sekitar persediaan majlis perkahwinan along yang tidak sampai seminggu sahaja lagi. Sudah pasti ummi kelam-kabut dirumah itu. Rupanya masa saya menghubungi umi tadi, ramai makcik yang datang tolong memudahkan urusan. Pack ‘door gifts’ kata ummi. Malam-malam pun ada anak-anak remaja makcik-makcik ini datang menolong ummi. Inilah nikmat ukhuwwah dalam Islam, rasa bersaudara walaupun tanpa talian darah. Alhamdulillah, lega sikit rasa hati bila ada yang menolong ummi. Mengenali ummi, ummi adalah seorang yang agak cerewet dan particular untuk setiap apa yang dia lakukan. Setiap kerja mesti diselesaikan dengan kemas dan teratur. Atau kata lainnya ummi agak perfectionist bila sampai kepada urusan rumah tangga. Rumah kami ummi akan sentiasa pastikan berkilat tanpa habuk. Bayangkan even celah-celah sempit pun ummi akan bersihkan. Walau tanpa bantuan orang gaji, ummi pasti buat sendiri. Keadaan ini membuatkan saya dan along risau selalu semenjak kami jarang ada dirumah. Risau ummi terlampau penat. Adik-adik lain yang masih kecil pasti tidak membantu. Mereka hanya ‘membantu’ menyepahkan rumah sahaja.

Berborak dengan ummi, walaupun seketika tapi ummi tak pernah lupa untuk berpesan untuk saya supaya sentiasa menjaga diri di sini. Ayat common mungkin bagi orang lain. Tapi bagi saya, saya tahu apa makna ‘take care’ umi itu. Agak mendalam dan besar maknanya untuk saya. Ummi pasti tidak pernah lupa untuk bercakap bahawa ummi sentiasa mendoakan anak-anak ummi. Setiap kali saya mahu periksa, ummi akan mesej menyatakan ummi dah Qiyam solat doakan dan moga dimudahkan menjawab soalan peperiksaan. Even peperiksaan itu kecil sahaja. Ummi sentiasa memandang berat benda yang simple. Alhamdulillah dan terima kasih untuk itu ummi. Besar nilainya doa seorang ibu. Tapi bila dah bernikah ini, doa suami itu lagi utama bukan. Saya yakin suami saya sentiasa mendoakan kebaikan saya disini biarpun beliau tidak pernah bercakap mengenainya.

Oh ye, Tahniah sangat buat abang ipar Aiman dan cousin tersayang, Farhana Mohammed Isa saya yang baru sahaja Convo hari Sabtu dan Ahad baru ini.  My dear farhana, i’m sure your parents would be very proud of you if they were here. Moga segulung ijazah itu berbaloi dengan tempoh dan cabaran yang terpaksa dilalui. Moga Allah merahmati!..^_^.Alangkah bestnya jika saya dan suami dapat sama-sama berada di Malaysia meraikan mereka.

Kak Sakinah yang comel dan Abang Aiman

Kak Sakinah yang comel dan Abang Aiman

9027_150398429711_622354711_2533507_1856443_n

Farhana.=)

-Ummu Thana’-Mangalore,India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: