Skip to content

Tobacco

October 14, 2009
Slide1

Forms of tobacco used in India

Anda tahu betapa susah untuk mendapat hasil poster seperti di atas?. Sudah pasti ramai yang tak tahu melainkan mereka yang terlibat untuk membuatnya dan juga hazimah. Sebab saya selalu bebel pada dia. Hihi. Abaikan kesusahan untuk mendapat hasil di atas. Semua masalah teknikal dan peribadi sahaja. Tidak ada kena mengena dengan kesusahan mendapatkan maklumat atau seumpama dengannya. Bila anda bekerja dengan orang India dan mereka yang pentingkan diri sendiri. Faham-faham sahajalah.

Bila cikgu suruh buat projek di atas, barulah saya tahu betul-betul betapa banyaknya ‘creation’ orang India ini terhadap tobacco. Lain bila kita tahu teori dan bila kita tahu secara realitinya. Ini rupanya kerja orang India bila mereka selalu mengunyah. Memang betul pun. Hampir 90% patients yang datang ke klinik pasti punya habit tobacco ini. Tak kiralah smoke form atau smokeless form. Smokeless form lazimnya dapat dilihat pada pesakit perempuan. Smoke untuk lelaki. Perempuan india ini macam atok nenek kita dulu-dulu la, suka kunyah daun sireh. Daun sireh campur segala isi dalamannya itu pun boleh lead pada oral cancer. Jangan main-main. Lagi best, ada populasi di India ini, Northern area (Andra Pradesh), mereka amalkan reverse smoking. Reverse smoking ini bila rokok yang dibakar itu, dihisap terbalik. Sebabnya tak mahu asap rokok keluar ikut depan mulut. Malu nak merokok, tapi nak merokok jugak. Entah, etiology unknown. Pelik betul. Ini pun mampu bawa kepada premalignant condition.

Pendek cerita, macam2 betul creation manusia ini untuk rosakkan badan sendiri. Adoila..

Sila jangan merokok atau ambil apa sahaja form of tobacco ye.

p/s: Takziah buat keluarga Arwah Fatimah(student tahun 4 di Salem, TamilNadu India) yang kembali ke rahmatullah semalam akibat kemalangan jalan raya. Moga Allah letakkan bersama-sama orang yang bertaqwa. Al-Fatihah

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: