Skip to content

Malu

October 15, 2009

Sesungguhnya setiap agama mempunyai akhlak. Akhlak Islam adalah malu (Riwayat Ibnu Majah)

Malu tidak datang melainkan (membawa) kebaikan. ( Riwayat Al-Bukhari)

Malu keseluruhannya adalah baik. (Riwayat Muslim)

Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami pemalu Alhamdulillah. Sabda Nabi: Bukan begitu (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah: Kamu menjaga kepala dan segala pancainderanya, perut dan anggotanya, ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak. Sesiapa yang menginginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasan dunia. Oleh itu sesiapa yang melakukan perkara tersebut, dia telah malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu. (Riwayat At-Tirmizi)

Malu?siapa yang tak malu angkat tangan!..

Hakikatnya? malu adalah fitrah dan juga datang dengan hasil usaha. Fitrah manusia Allah memang jadikan malu. Kalau tidak, kita akan keluar rumah tanpa berpakaian. Kalau ada yang keluar rumah tanpa ada seurat benang pun, sudah pasti orang tersebut terlepas atau perlu dimasukkan kedalam hospital mental lantaran fitrahnya tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna lagi.

Kalau tak usaha untuk malu, maka akan jadi tak malulah diri kita. Berbalik pada hadith di atas. Ada empat ciri2 bila kita malu pada Allah:

1. Menjaga kepala dan segala pancaindera. Apa ni?. Kepala termasuklah akal fikiran kita, mental, idea, etc. Semuanya mestilah berlandaskan syarak. Pancaindera, seperti biasa, jaga mata, jaga mulut, jaga telinga.

2. Menjaga perut dan anggotanya. Ni senang buat, jaga makan. Bila jaga makan, secara tak langsung banyak benda terjaga sekali. Anggota? adalah dari perut ke bawah. Termasuklah kaki, kemaluan dan hati.

3. Ingatlah mati dan segala yang rosak. Ini bila dilakukan, kita pasti akan sentiasa ingat Allah dan terus automatik jadi malu nak lakukan kejahatan.

4. Tinggalkan perhiasan dunia. Tinggalkan bukanlah bermaksud tak boleh berhias langsung, tapi berpada-padalah.

Marilah kita sama-sama jaga diri dan malu kena pada tempatnya ye. =)

3 Comments leave one →
  1. saya permalink
    October 16, 2009 12:05 am

    jazzakillah🙂

  2. liza permalink
    November 11, 2009 7:44 pm

    saya rasa rakyat malaysia harus berasa kasihan terhadap rakyat gaza

  3. liza permalink
    November 11, 2009 7:47 pm

    ayuhla…save gaza

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: