Skip to content

Isteri

October 16, 2009

Esok along akan bertukar status dari single kepada isteri orang. Moga Allah mudahkan segala urusan pernikahan Along dengan sekali lafaz sepertimana saya dan Abu Thana’. Sungguh sedih saya rasakan saat ini kerana tidak dapat bersama-sama merasakan kemeriahan majlis along dan tidak dapat berada di sisi along meraikan saat-saat beliau masih berstatus single. Untuk along yang tersayang, angah doakan moga rumahtangga yang dibina akan menjadi mawaddah dan rahmah buat along dan suami.

Barakallahulaka wabarak ‘alaika wa jama’a bainakuma fil khayr

Rindu pada semua ahli keluarga bertandang lagi. T_T. Tersedu-sedu bila call family tadi especially along. Along kata jangan nangis, nanti dia nangis jugak (padahal suara along dah lain masa tu), tapi  air mata keluar tanpa boleh ditahan-tahan. Ayah kata jangan nangis, lagi kuat saya nangis, umi kata jangan sedih, terus melalak kat telefon, umi ayah dan along minta saya doakan semua berjalan lancar. Kadang-kadang saya rasa saya berat sebelah dengan Abu Thana’ sendiri. Merindui ahli keluarga lebih dari merindui Abu Thana’. Pernah beberapa kali lepas menghubungi umi ayah dan adik-adik ditalian, saya akan menangis. Menangis mengharap dapat memeluk mereka semua dan mencium sepuas-puasnya. Terutama adik-adik yang sangat dirindui. Saya tidak mahu mengaku saya anak manja, tapi mungkin kerana cara kami semua dibesarkan, membuatkan saya menjadi begini. Along dan saya rapat dengan adik-adik kerana kami anak perempuan paling besar. Paling memanjakan adik-adik adalah saya. Along sedikit tegas dalam melayan karenah adik-adik. Saya pasti umi dan ayah, terutamanya  umi akan melinangkan air mata saat along diijabkabulkan menjadi isteri. Kerana along adalah seorang anak yang sangat baik pada umi ayah. Pasti berat hati umi dan ayah melepaskan along dalam keadaan bahagia yang tidak terhingga kerana akhirnya along bertemu jodoh yang baik InsyaAllah.

Sedarlah semua wahai muslimah serikandi dan perwira Islam … kalian akan dimadukan!
Jika dirimu bakal seorang isteri…Terimalah kenyataan bahawa anda akan dimadukan, bahkan anda bukan isteri pertama yang bakal dikahwini tetapi anda adalah bakal isteri kedua kerana isteri pertama bagi suamimu ialah perjuangan Islam!

Perkahwinan ini telah lama dilangsungkan…Kehadiran dirimu adalah untuk bersama berganding bahu memperjuangkan islam bukan menjadi batu penghalang perjuangan suamimu. Janganlah jadikan dirimu sebagai punca serta merendahkan harga diri mu dengan terjadinya perceraian suamimu dengan isterinya yang pertama iaitu perjuangan islam!
Bantulah suamimu dan kuatkanlah dia untuk meneruskan perjuangan islam ke serata dunia!!Takbir ! Allahuakbar!

Isu along akan menjadi isteri mengingatkan pada diri sendiri yang sudah lebih setahun menjadi isteri kepada Abu Thana’. Saya akui, kami masih setahun jagung dalam alam pernikahan. Masih banyak yang perlu dipelajari, masih banyak yang perlu difahami, masih banyak yang perlu ditoleransi. Abu Thana’ selalu mengingatkan saya bahawa saya ini adalah ‘isteri kedua’ beliau bila ada saat-saatnya saya mengada-ngada meminta perhatian yang lebih dari sepatutnya atau saya merajuk tidak bertempat. Kadang-kadang saya suka untuk membandingkan atau cemburu dengan orang lain, Abu Thana’ ingatkan tujuan pernikahan kami ini. Ada ketikanya saya timbulkan soal cahaya mata dalam masa terdekat, Abu Thana’ ingatkan amanah yang lebih utama dari itu.  Kadang-kadang saya mohon untuk berhenti belajar sahaja lantaran tidak sanggup berjauhan dengan Abu Thana’, beliau ingatkan saya putus asa ditengah jalan bukan cara hidup seorang Islam. Kadang-kadang saya merajuk Abu Thana’ lebihkan masa di depan komputer membuat kerja dari melayan saya yang sebenarnya boleh sahaja menunggu, Abu Thana’ ingatkan kerja dakwah tidak boleh bertangguh. Bila saya tanya soal hati dan perasaan, Abu Thana’ akan menjawab selagi dia masih tsabat di jalanNya selagi itu hanya sayalah isteri keduanya, tiada yang lain.  Pendek kata kami perlu saling mendoakan antara satu sama lain. Abu Thana’ tekankan sepatutnya ada yang membezakan antara pasangan dakwah dan bukan. Kerana kita bukan membina rumahtangga atas dasar duniawi, tapi untuk akhirat. Abu Thana’ sentiasa mempunyai cara tersendiri untuk membuatkan saya diam berfikir dengan tindakan yang kadang-kadang tidak seperti isteri seorang pejuang.

Kami memang kurang masa bersama. Namun jauh dimata tidak membuatkan kami jauh di hati. Saling-menguatkan antara satu sama lain walaupun berjauhan. Jika saya ke Jordan sekalipun, Abu Thana’ sendiri sentiasa sibuk dengan program-program luarnya dan saya akan tinggal berseorangan di rumah kadang-kadang sampai lewat malam. Sedangkan kalau seorang isteri biasa, pasti sudah bersedih hati kerana ditinggal suami yang jarang dapat berjumpa. Kerja saya hanya memasak dan membuat Abu Thana’ jadi berisi macam sekarang. Hihi. Saya tahu suami keluar bukan sebarang keluar. Kerana dakwah itu lebih utama. Kerja sepenuh masa, bukannya kerja masa lapang. Bukan mudah sebenarnya untuk menerima hakikat bahawa kita adalah ‘isteri kedua’ melainkan bila matlamat dan tujuan itu sama. Abu Thana’ sendiri tidak pernah bersedih bilamana saya perlu keluar untuk ikut program bermalam akhawat di Jordan, malah amat menggalakkan. Begitu juga bila kami berjauhan, Abu Thana’ sentiasa bertanya bagaimana perkembangan dakwah di India ini dan sentiasa memberi idea dan semangat yang tidak berbelah bahagi untuk saya menruskan perjuangan di sini. Makanya kami tidak memakan masa yang lama untuk melayan kesedihan setiap kali terpaksa berpisah. Paling lama cukup sekadar di airport semasa berpisah. Dan selalunya hanya saya yang menitiskan airmata atau bergenang, sedangkan Abu Thana’ steady sahaja berpesan itu ini pada saya. Suamiku keluar berjihad. InsyaAllah.

Orang selalu bertanya, tidak susah ke duduk berjauhan suami-isteri? Cabaran duduk bersama dan cabaran duduk berasingan sudah pasti ada bezanya. Yang penting cara kita mengawal perasaan dan cara kita berfikir. Saya dan Abu Thana’ sentiasa mengoptimiskan pemikiran bahawa kami tidak akan berjauhan selama-lamanya. Cuma dalam tempoh belajar. Bila tamat belajar sekalipun, pasti Abu Thana’ akan selalu keluar atas dasar Islam. Sedikit sebanyak saya dah terlatih untuk ditinggalkan.

Memang sebelum kami bernikah, kami cuba sedaya upaya untuk meluruskan niat masing-masing atas dasar apa kami ambil keputusan untuk bernikah. Biarpun pada mulanya sedikit tersasar kerana ada terselit soal hati dan perasaan sebelum pernikahan yang halal, tapi kami sendiri tekad, sekiranya kami tidak dapat bernikah dalam tempoh maksima dua tahun, maka kami akan sudahkan pertunangan di situ dan serahkan segalanya pada Allah. Alhamdulillah, jodoh di tangan Allah juga. Tidak sampai dua tahun bermula dari kami berhubung, Allah satukan kami dengan ikatan yang halal. Sesungguhnya cinta selepas pernikahan dalam rumahtangga Islami itu lebih indah. Dan saya tidak pernah menyesal menjadi isteri kedua Abu Thana’. Saya mahu terus menjadi ‘isteri kedua’ Abu Thana’ dan tidak mahu Abu Thana’ menceraikan isteri pertama beliau sehingga ke akhir nyawa kami. Saya tidak mahu menjadi batu penghalang antara Abu Thana’ dan isteri pertamanya. Biarlah nanti pun saya ditinggalkan selalu, asalkan di syurga Allah saya dapat bersama setiap saat dengan beliau buat selamanya. Kerana saya isteri seorang pejuang.!.Amin

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

17 Comments leave one →
  1. October 16, 2009 9:07 pm

    entry yg sngt tersentuh
    kata -kata yang paling terasa

    “saya mahu terus menjadi ‘isteri kedua’ Abu Thana’ dan tidak mahu Abu Thana’ menceraikan isteri pertama beliau sehingga ke akhir nyawa kami”

    semoga abu thana dan umm thana terus thabat di atas jalan ini. abu thana jgn cari isteri ketiga pulak. huk huk

  2. October 16, 2009 10:37 pm

    aku rasa kecik dgn ko syamil!

  3. Nida permalink
    October 16, 2009 11:19 pm

    abscence makes heart grows fonder.Insya Allah moga Kak Mus sentiasa kuat dan tabah!

  4. October 17, 2009 2:49 am

    Salam.. Jazakillah Ummu Thana’ untuk peringatan ini🙂 Sangat2 hargai.. Minta izin nak quote dalam blog maryam ye..

  5. October 17, 2009 5:43 am

    tahniah buat kakak k.mus….semoga bahagia di samping insan yang tersayang..dan untuk k.mus,,semoga tabah dalam menghadapi ujian…dan semoga berjaya dalam berdakwah dan tabah ya….amin..

  6. rihlatulwujud permalink*
    October 17, 2009 6:27 am

    To Ummu Ameer: Waiyyakii..=)..silalah quote..^_^

    To Fairuz: kamu pergi tak kenduri akak kak mus?kalau pergi akak boleh tumpang jeles je sebab tak dapat tgk dia live..hihi..jzkk for the du’a..=)

    • October 17, 2009 6:20 pm

      fairuz pon gi kenduri kak…
      sbb assignments banyak n due date nye ari isnnin ngn kames ni..
      erm mak ngn ayah saya gi rasanye kot….
      nnt kimslm kt akk k.mus ek…

  7. Ate3y permalink
    October 17, 2009 6:33 am

    wah….terharunye bace artikel ni..

    teruskan perjuangan kak mus..!
    😀

  8. rihlatulwujud permalink*
    October 17, 2009 7:17 am

    To Mun: Untuk isteri ketiga, moga tak lah hendaknya sebab banyak borang kena isik tu sebelum isteri kedua dia bagi green light..=)

    To Mando: Syamil dah gemuk sikit kut banding dulu, sebab tu rasa kecik..^_^

    To Nida: Ilalliqa’ Nida’. Nanti akak dtg sana lagi Nida buatkan kueh keria yang sedap tu boleh?..;p..(hihi xaci mintak kat blog)Yang kita makan masa kat rumah Amir-Zayyani.

    To Ateyy: Terharu ke? Moga Allah temukan jodoh yang baik buat kamu juga..^_^..

  9. October 17, 2009 4:52 pm

    esok sy g!😀

  10. October 18, 2009 12:01 am

    Salam.

    semoga bahagia selalu.:)

  11. rihlatulwujud permalink*
    October 19, 2009 3:34 pm

    To huda: haa..pergilah..tolong makan utk kite sekalik ek..;p

    To Arnamee: Wslm..terima kasih!

  12. nuranidahani permalink
    October 19, 2009 10:43 pm

    Kak Muss,malunyaaa akak tingat pasal keria tu.Keria tu macam kena hempap je bentuknya hihi.Nanti bila kak Mus datang lagi kena datang umah nida.nak belajo masak dengan kak MUs =) Insya Allah!

  13. rihlatulwujud permalink*
    October 19, 2009 11:07 pm

    hehe..ala,ok je rupa dia..rasa die pun sedap..lembut!..akak suke..nanti kite saling kongsi2 resipi ek..^_^..insyaAllah

  14. January 19, 2010 2:27 pm

    assalamualaikum ukhti,

    akak tertarik dgn quotes yg sedarlah wahai muslimah…….pohon izin utk copy paste to my blog….agar jadi ingatan buat akak and teman2……boleh ke?

  15. rihlatulwujud permalink*
    January 19, 2010 5:47 pm

    waalaikumsalam wbt..=)..

    silalah copy paste..ana pun copy paste dari blog org..insyaAllah benda baik elok disebar2kan..^_^..

  16. January 20, 2010 8:03 am

    Syukrann ya uhkti…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: