Skip to content

Macam mana ye nak beza?

October 21, 2009

Sebelum meng’finalize’ post ini, Hazimah dah ingatkan saya akan ada  empat golongan orang yang akan merespon pada post kali ini:

1. Orang yang mencari kebenaran dan akan cuba mengubah kesalahan dia,maka dia akan terus membaca post ini sehingga kesudahannya.

2. Orang yang tahu dia buat salah, tapi tak mahu ambil kesah pasal kesalahan yang dilakukan, dia tak akan baca pun post ini bila terlihat hadith di bawah.

3. Orang biasa-biasa, tak mahu mengaku dia buat salah, dia akan baca separuh jalan dan berhenti.

4. Orang yang baca sebab dia nak bantu saya selesaikan persoalan ini. Hihi. Especially untuk ikhwah akhawat Jordan,Mesir,Bangalore,Malaysia,serata dunia lah..

So, anda golongan yang mana?

Bismillahirrahmanirrahim

Sheikh Muhammad Al-Ghazali dalam buku Akhlak Muslim berkata: “Malu merupakan petanda tepat terhadap hakikat seorang manusia. Ia mendedahkan tentang nilai iman dan tahap adabnya. Apabila kamu lihat seseorang rasa bersalah atau muka merah padam lantaran malu setelah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan, ketahuilah bahawa nuraninya masih hidup, hatinya murni dan jiwanya bersih. Apabila kamu lihat seseorang tebal muka dan selamba tidak hirau apa sahaja yang dilakukan, tahulah kita bahawa dia manusia yang tidak berguna. Dia tidak memiliki sifat malu yang dapat menghalangnya daripada melakukan dosa dan kesalahan.”

Jalan-jalan blog orang lagi hari ini. Jumpa satu blog menarik milik pelajar India di Mangalore ini. Ayat dia yang buat saya terdiam berfikir bila dia tulis dalam ruangan pengenalan diri “hati sudah dimiliki, berazam untuk menjadi pencinta kesederhanaan”. Apakah maknanya itu? walhah saya amat yakin 300% mereka masih belum mempunyai ikatan yang halal untuk mebenarkan mereka bercinta secara terang-terangan. Tak apa lah itu. Bukankah orang kata nak kahwin bukan senang. Cakap boleh la,tapi nanti apa orang kata kahwin masa belajar, apa orang kata tak ada duit nak kahwin, apa orang kata  gatal sangat muda-muda dah nak kahwin. Orang kata itu, orang kata ini. Allah kata apa lantak pi lah, tak payah hirau. Lagi senang bercinta. Orang tak cakap apa-apa. Senang jugalah Allah nak hisab di akhirat nanti mungkin. Saya terasa dan terlintas untuk berkongsi bukan sebab mereka itu couple terang-terangan. Ramai lagi couple yang buat perangai sama diluar sana tapi tak sampai pada tahap saya perlu sibuk-sibuk tulis dalam blog. Cuma adalah ayat dalam blog itu, ditulis ayat2 mohon itu ini pada Allah, mohon moga hidup diberkati tanpa sedikit pun rasa bersalah dan malu pada Allah. Saya mohon pada Allah agar dibukakan pintu hati mereka untuk sedar dengan kesilapan sebelum terlambat.

Salute tabik spring sangat2 pada ex-roomate saya saudari Farah Zamberi yang akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya Januari tahun depan. Bagi saya Farah adalah contoh ideal untuk membuktikan if there is a will sure there is a way!. Bukan mudah mereka meminta keizinan untuk berkahwin masa belajar. Bukan sedikit air mata yang berlinang. Bukan senang nak tutup mulut orang yang ‘berkata-kata’. Farah dah praktikkan ayat surah Ar’Rad:11 [Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.]

Masa JASSI, cik syamimah tanya pada saya, macam mana nak bezakan orang yang dah kahwin atau orang yang belum. Sebab kami nampak ada pasangan melayu jalan pegang tangan depan mata kami. Mulanya saya ingat mereka belum kahwin, tapi Kak Ana dan jelaskan mereka pasangan suami isteri jarak jauh juga macam saya dan Kak Ana. Susah juga nak cakap pasal bezakan benda ini. Sangat subjektif. Apa yang boleh saya nyatakan:

1.Kalau orang yang dah berkahwin, selalu romantisnya lain. Walaupun jalan pegang2 tangan atau peluk2, tapi muka masih boleh serius, tak adalah senyum memanjang macam orang tak betul, tak adalah jalan pegang tangan sambil cakap macam nak cium muka pasangan kita depan-depan orang. Benda sebaliknya akan berlaku pada mereka yang belum berumahtangga.

2. Kalau pasangan yang dah bernikah, mereka tidak akan merahsiakan mereka dah bernikah. Untuk apa kan rahsiakan benda yang sangat membahagiakan hidup kita. Kalau dah agak-agak ada org datang nk tegur contoh macam JAIS ke, terus terang dengan bangganya tunjuk bukti dah kahwin, atau bila kawan nak tegur, cakap kami dah kahwin. Tapi sebaliknya  untuk mereka yang belum bernikah, mereka akan nampak muka cuak bila ada yang mendekati seperti JAIS. Untunglah orang-orang couple kat India ini sebab JAIS tak ada kat sini. Yang ada cuma rakan-rakan yang boleh dibuat musuh bila mereka tegur kesalahan kita walhal mereka mahukan yang terbaik buat kita.

Sebabnya bila orang Islam yang dah berumahtangga ini tak kiralah sebelum mereka berumahtangga banyak mana buat dosa, Allah tambah malu mereka lebih lagi untuk berlebih-lebihan dikhalayak ramai lantaran mereka telah menyempurnakan sebahagian dari agama. Syaitan pun dah tak lalu nak hasut lebih-lebih untuk  rapat-rapat sebab memang syaitan benci pasangan suami isteri yang dah berkahwin. Dan kerana itu jugalah bila dah bernikah, kasih sayang perlu dipupuk dan dibaja sebab dah tak ada synergi extra dari syaitan. Syaitan laknatullah akan beralih hasut supaya bercerai-berai pula. Ini boleh diatasi dengan doa byk2 supaya dilindungi dari hasutan syaitan dan meletakkan niat siap-siap sebelum bernikah atau paling ringan pun sebelum akad nikah, kita bernikah demi menjaga agama Allah dan untuk dapat pahala. InsyaAllah rumahtangga kita akan sentiasa dilidungi.

Orang lain ada pandangan macam mana nak beza pasangan yang dah bernikah atau belum? Bagi memudahkan upacara menegur apa yang patut. Sebab sekarang ini, kalau pakai cincin di jari pun belum tentu dah kahwin. Berapa banyak cincin couple dijual di pasaran. Dah tak relevan nak bezakan macam itu.

Teringat ayat Kak Ana smlm bila dia kata, kadang-kadang orang yang couple ini, ada yang tudung labuh etc, buatkan kami yang dah kahwin ini malu tengok mereka sedangkan mereka tidak malu langsung pun pada kita. Sangat setuju. Kalau tak percaya, lepas dah bernikah nanti anda akan rasa benda yang sama. Malu tengok couple selamba sahaja di khalayak ramai. Maaf andai ada yang terasa dengan tulisan kali ini. Bukan niat dihati nak guris perasaan anda. Tapi lantaran sayang sesama manusia kerana Allah membuatkan saya rasa terpanggil untuk membetulkan sebelum terlambat. Pentingnya menjaga hubungan sesama lelaki perempuan. Teguran Allah bukan sekali dua, tapi banyak kali dalam ayat Al-Quran tentang hubungan lelaki perempuan ini. Ini belum masuk lagi bab pasangan dakwah yang sudah ‘berpunya’ tapi belum ada ikatan yang halal. Couple Islami lah ni..huhu

Saya bukan nak menggalakkan atau memaksa untuk pasangan bernikah di usia yang muda walaupun memang banyak kebaikan bila kita bernikah di usia yang muda. Para sahabat dulu pun semua bernikah umur muda-muda. Kemulian seorang perempuan pun terletak bila awal nikahnya. Cuma saya berharap kalian dapat berfikir kalau tak mampu untuk bernikah, serahkan sahaja jodoh pada Allah. Fikirkanlah dosa lebih dari fikirkan keseronokan ada orang istimewa yang ambil berat pasal kita selain ibubapa. Kerana apa? kerana Allah said so. Allah takkan bebankan dengan apa yang kita tak mampu. Kalau benar tak mampu untuk bernikah, maknanya memang pasti mampu untuk berpisah dengan pasangan. Belum cuba belum tahu. Saya pasti mereka yang beri alasan tak dapat bernikah di usia muda tidak berusaha sehabis mungkin untuk bernikah pun. Sekadar usaha hangat-hangat tahi ayam atau buat syarat sahaja. Kalau macam itu, macam mana Allah nak bagi lepas kan. Sama-samalah kita usaha baiki diri sendiri sebelum menambah tanggungjawab yang lebih besar dalam hidup.

Ini salah satu alternatif saya dalam menegur. In the end Allah juga yang memegang hati-hati manusia itu kan.

p/s:saya amat mengalu-alukan teguran membina dan tambahan kerana saya sendiri banyak kesalahannya.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

12 Comments leave one →
  1. rihlatulwujud permalink*
    October 21, 2009 5:33 pm

    usualex2000 (10/21/2009 3:44:26 PM): mudah je nak besakan..
    usualex2000 (10/21/2009 3:44:36 PM): kalau dah anak berderet2 kat belakang tue hehe
    musfirah ishkandar (10/21/2009 4:56:31 PM): ala kak usu..itu kalau dah tue2 sikit..hihi..nih utk bezakan yg muda mudi nih..
    usualex2000 (10/21/2009 5:00:12 PM): ala yg muda mudi kena buncitkan perut la hehe
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:03:17 PM): hehe..
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:03:28 PM): itu memanglaa..
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:03:41 PM): kadang2 tak kahwin pun perut tu dah buncit..
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:13 PM): buncit lemak ke..
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:14 PM): hehe
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:19 PM): macam wafa ngan miqdad
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:24 PM): kalau tanya dalam perut ada ape
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:27 PM): derang jawab baby
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:29 PM): pastu
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:35 PM): tanya sape nak jaga baby kome nie
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:39 PM): miqdad jawab wafa
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:11:43 PM): entahla tu akak..hehe..
    usualex2000 (10/21/2009 5:11:45 PM): wafa jawab miqdad haha
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:11:52 PM): elok je die jawab pompuan kene jaga..hehe
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:12:00 PM): bijak2
    usualex2000 (10/21/2009 5:12:12 PM): ngarut je derangtue
    usualex2000 (10/21/2009 5:12:17 PM): siap ada nama lagi baby masing2
    usualex2000 (10/21/2009 5:12:21 PM): perut buncit je
    usualex2000 (10/21/2009 5:12:25 PM): makan banyak spokmo
    usualex2000 (10/21/2009 5:12:26 PM): hehe
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:12:27 PM): comel lah ‘twin’ aka
    musfirah ishkandar (10/21/2009 5:12:30 PM): akak*

  2. wanie permalink
    October 21, 2009 6:15 pm

    hehe…salam mus..
    time kasih..
    hehe masak mane sempat aje la ye..
    =))akk pun jatuh ‘cinta’ wah dgn blog mus pandang pertama.hihihi..
    banyak akk leh belajar dr mus..trimas…

  3. rihlatulwujud permalink*
    October 21, 2009 7:14 pm

    to kak wanie:wslm..sesama..akak..^_^

  4. October 22, 2009 3:58 am

    salam. nak komen boleh???😀 memang susah nak bezakan. kalau nak ikut cincin, maryam pun tak pakai cincin langsung. nak ikut behaviour bercinta..pun susah sebab ada yg dah kawen tp bercinta xingt dunia hehe. once, i came across an opinion from a muslim scholar, i’ll try to write about it nanti k

  5. rihlatulwujud permalink*
    October 22, 2009 7:43 am

    Tuhla maryam..mmg xboleh nk nilai melalui cincin dan mmg ada pasangan yg dah kahwen, tapi bercinta tak igt dunia. positif la tuh maknanya. ^_^. Nih sbb mus pernah encounter org yg mcm xkahwen,tapi dah kahwen,pastu igtkn dah kahwen, tapi belum kahwen. *Exclude akhawati yg ikut tarbiyyah ye.*Nak ikut kata hati pun susah. Nih dalam proses nak menjaga hati juga supaya tak mudah bersangka buruk dan boleh mendoakan yang terbaik utk mereka yang sebenarnya belum berkahwin.(selemah-lemah Iman lah ni..huhu)

  6. islahnafsi permalink
    October 22, 2009 9:49 pm

    kalau kite dh cube tegur..kedua2 pihak yg terlibat..tp diorang xhiraukan..buat selamba je…lagi bertmbh aktivitinye adelah…so nk wat cane???
    kite wat x peduli even mata skt memndg..lg plak ramai yg sokong diorang…lagi la ssh cmtu…c0uple dh jd trend..ngalahkan yg dh kawen sggp msk utk psgn diorg..tanggung belanja umah pon bleh…ponin2..=(…penh ade kwn ckp..c0uple x gggu study…x penah fail kkk…hmm ke situ plak..lg penin nk jwb….ape2 pon sume berbalik pd pemahaman seseorang tu same ade die nk terima islam sepenuhnya atau yg mane die suke….mg Allah ttpkn ati nih…

  7. rihlatulwujud permalink*
    October 22, 2009 10:00 pm

    Tulah zam..selalu org mcm ni, tegur macam mana pun susah. Alasan banyak sangat. Orang yang banyak beralasan untuk tutup dosa ini akhirnya takkan kemana. Tapi sekeras-keras batu pun, bila air titik-tik jatuh timpa batu tu akhirnya pasti akan berlekuk jugak kan. Mungkin bukan sekarang kesannya akan dilihat,mungkin nanti. Kita doa sahajalah yang terbaik. ^_^..Jangan sedih2 ye zam..

  8. October 24, 2009 8:33 pm

    Salam ukhti~

    Setuju sangat . terlalu ramai rasanya yang mengaku islamic couple. dan lebih memalukan dia memakai pakaian seperti mereka yang membawa daulah islamiah. tapi… erm. skrg gak xbleh nak ukur ngan cincin. Ramai sangat dah rasanya pakai cincin. Yang couple tu apatah lagi.

    Oh ya. Nak tya. Apa pendapat akak kalau seorang wanita tu memakai cincin untuk mengelakkan dirinya daripada dikacau oleh seorang lelaki walhal dia tiada ikatan apa pun dengan sesiapa. Ada yang kata, nanti tak laku. hehe. Apa pndpt ukhti?

    Sekadar bertanya🙂

  9. rihlatulwujud permalink*
    October 24, 2009 8:58 pm

    wslm..ukhti syazana,

    “malu bertanya sesat jalan”. Itu muqaddimah akak pada pertanyaan kamu.hihi..^_^. Andai kata seorang wanita memakai cincin untuk mengelakkan diri dari dikacau lelaki yang ‘tidak sekufu’ dengannya akak rasa tidak ada masalah. Dan tidak sepatutnya timbul soal laku atau tidak. Cincin itu bagi akak tidak terhad kepada tanda sudah dimiliki atau belum, tapi ianya adalah lebih kepada sebagai perhiasan seorang wanita. Ada sahaja yang sudah bertunang atau berkahwin tapi tidak memakai cincin bahkan sebarang perhiasan pun. Contoh paling dekat, mak akak sendiri. Rimas katanya pakai cincin nak buat kerja-kerja rumah. Dan dia hanya pakai cincin bila keluar ke majlis-majlis tertentu sahaja. Dan bagi akak, untuk lelaki yang berIman, disitulah peri pentingnya peringkat2 dalam mencari calon isteri, mula dengan merisik,taaruf dan seterusnya. Merisik untuk bertanya samada ‘si dia yang dah bercincin’ itu sudah dimiliki atau belum. Jangan mudah untuk menilai hanya kepada luaran seseorang tapi bertanyalah terlebih dahulu. Sebab tu akak cakap, malu bertanya sesat jalan. Hihi. =).Hope u understand. This may be my pendapat peribadi. Orang lain mungkin berpendapat lain. Wallahualam.

  10. October 25, 2009 11:34 am

    syukran kak atas jawapan tu. Hehe. betul2, mula2 malu jugak nak tanya, takut2 di pandang lain pula. hihi. anyway, syukran🙂

  11. nida permalink
    October 26, 2009 2:17 pm

    Tersentuh membaca point-point kakMus yang sangat membina.Bravo a’laiki, kakMus!

  12. rihlatulwujud permalink*
    October 26, 2009 6:48 pm

    alahai nida, akak cuma kongsi pendapat akak je..^_^..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: