Skip to content

Meneladani dakwah ala PKS

November 5, 2009
massa aksi1

Demonstrasi Palestina oleh PKS

Post kali ini saya nukilkan bagi merungkai beberapa jawapan yang diberikan oleh Saudara ‘Abed dalam komentar beliau terhadap post saya yang bertajuk ‘Aduhai politik…’ .Meskipun jawapan-jawapan ditulis dengan panjang lebar, saya mendapati bahawa beliau kurang memahami hasrat dan isi sebenar yang saya cuba sampaikan dalam post tersebut. Ringkasnya, dalam post yang lepas saya sebenarnya bermaksud membawa beberapa cadangan bagi menjadikan dakwah & tarbiyyah sebagai misi, visi, dan obsesi PAS dalam gerakannya. Apa yang saya sampaikan dalam post tersebut bukanlah dilakukan tanpa memahami bagaimana hakikat PAS itu sendiri, tetapi setelah dilakukan beberapa kajian ringkas, mengambil pengajaran daripada beberapa pengalaman-pengalaman dakwi, dan juga bersumber kalam ahli PAS sendiri. Namun, mungkin disebabkan kemahiran saya menyampaikan maksud hati saya melalui penulisan kurang berkesan, berlakulah salah erti di situ. Kali ini saya akan cuba menulis sebaik mungkin supaya maksud yang dikehendaki sampai pada sasarannya.

Membangun Ummah Berasaskan Kefahaman Dakwi & Tarbawi

Bagi menjawab beberapa perkara yang ditimbulkan oleh Saudara ‘Abed, saya suka untuk membawa Partai Keadilan Sejahtera (PKS) di Indonesia sebagai contoh supaya mudah untuk kita memahami bagaimana ummah itu mahu dibangunkan. Umum makruf bahawa PKS menjadikan manhaj dakwah yang dipelopori oleh Imam Syahid Hassan Al-Banna (berdasarkan kefahaman beliau terhadap Al-Quran, Sunnah & Seerah Rasulullah s.a.w) sebagai tapak bagi menggerakkan masyru’ Islami mereka di Indonesia.

1. PKS di Indonesia mendaftarkan diri mereka sebagai sebuah PARTI POLITIK, dan bukan NGO. Mereka terlibat dengan pelbagai gerak-kerja politik, tetapi dalam masa yang sama masih menjadikan dakwah & tarbiyyah sebagai komponen utama dalam rangka mereka membangun kefahaman masyarakat. Jika disebutkan PKS pada masyarakat Indonesia, umumnya mereka akan terus mengatakan bahawa PKS adalah PARTAI DAKWAH, dan bukan parti politik sebarangan. Inilah imej yang dibawa oleh mereka, dan inilah imej yang saya rasakan perlu dibawa oleh PAS dalam usaha mereka menjadi Harakah Syamilah di Malaysia. Kisah perjuangan PAS yang panjang semenjak kemerdekaan sudah makruf bagi masyarakat Malaysia. Meskipun pada awalnya PAS sememangnya sebuah parti politik semata, namun setelah pengaruh Ikhwanul Muslimin berjaya menembusi parti ini, PAS mula berubah sedikit wajahnya ke arah kefahaman dakwah & tarbiyyah. Tetapi apa yang berlaku pada ketika ini, dakwah & tarbiyyah bukanlah menjadi tapak asas masyru’ Islami yang mahu dibangun oleh PAS. Ramai yang boleh mendakwa bahawa apa yang saya timbulkan ini adalah tidak tepat, oleh itu saya serahkan perkara ini untuk difikirkan oleh ahli-ahli PAS. Adakah dakwah & tarbiyyah mekar membunga dalam PAS? Akhirnya, amal kita yang akan menceritakan siapakah kita sebenarnya. Sebagai orang yang melihat PAS dari luarannya, saya mendapati terdapat ramai pimpinan dan ahli PAS yang faham akan hakikat dakwah ini. Namun, kefahaman ini tidak mengakar-umbi pada segenap ahli PAS yang hampir mencecah satu juta itu.

2. Bila analisis yang dilakukan oleh individu bebas terhadap sesebuah perkumpulan, sudah tentulah ia terdedah kepada jawapan-jawapan ahli perkumpulan tersebut yang mahu membela perkumpulannya. Kata-kata “…kami lebih mengetahui kumpulan kami kerana kami hidup di dalamnya..” sudah pasti akan kedengaran. Saya memberikan pandangan saya untuk difikir-fikirkan oleh ahli PAS itu sendiri. Sememangnya saya tidak hidup dalam PAS, tetapi penulisan saya ini hanyalah untuk melihat PAS menjadi sebuah PARTI DAKWAH. Andai apa yang saya tuliskan ini tidak menepati apa yang dialami oleh ahli PAS, maka biarkanlah ia dijadikan renungan oleh mereka once in a while. Kemungkinan ada kumpulan-kumpulan lain yang turut bersama saya dalam mememahami hakikat ini, moga-moga merekalah suatu masa nanti yang akan memimpin fikrah Harakah Syamilah ini.

Pimpinan PKS

Pimpinan PKS

3.  Saya merasakan bahawa komen Saudara ‘Abed tentang keakuran PAS terhadap isu ta’addud jamaah menunjukkan beliau seorang ahli PAS yang berfikiran terbuka. Agak sukar bagi kita menemui perkara sebegini di kalangan pendokong-pendokong PAS, terutamanya di peringkat mahasiswa. Seharusnya perkara ini diterima oleh gerakan-gerakan Islam yang lain agar tiada lagi perbalahan tentang siapakah yang lebih utama untuk kita halakan wala’ kita.

4. Saya ada melakukan sedikit-sebanyak pembacaan dan analisis-analisis yang dilakukan oleh individu-individu bebas terhadap PKS. Antara keistimewaan PKS di dalam menggarap kader-kadernya adalah kesatuan suara segenap kader mereka (yang kini telah mencecah 10% penduduk Indonesia, kata seorang teman PKS – tidak dapat saya pastikan) dalam apa jua polisi dan isu yang berlaku. Ini dinyatakan juga oleh parti-parti politik yang lain di Indonesia. Bukanlah bermakna di sana tiada ruang perbincangan atau khilaf, tetapi perbezaan pendapat itu disalurkan melalui salurannya yang tepat dan apabila telah diputuskan oleh syura pimpinan PKS, maka sekalian kader PKS akan taat serta patuh melaksanakan arahan. Inilah ‘politik mendidik’ yang dibawa oleh PKS di sana, dan akhirnya PKS masih menjadi parti yang inklusif meskipun proses pemeringkatan kader mereka sangat ketat.

5. Berdasarkan fikrah Imam Syahid Hassan Al-Banna, ummah ini dibangunkan melalui marahil dakwiah(peringkat-peringkat dakwah) yang dimulai dengan pembinaan peribadi individu, kemudian keluarga & masyarakat, seterusnya Islah Hukumah & Daulah Islamiyyah. Untuk kembali bergerak secara massa di peringkat masyarakat, mungkin agak sukar bagi sesetengah pihak, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sudah berjuang lama di arena politik. Seolah-olah mereka perlu melangkah setapak kebelakang (step back)  dan menumpukan seluruh kekuatan mereka di peringkat yang telah mereka lepasi suatu ketika dahulu. Tidak ramai yang mampu melakukannya. Jika tapak yang dibina di peringkat masyarakat sudah kukuh, tidak mengapa. Andai belum, maka perlu difikir-fikirkan. PKS di Indonesia yang sebenarnya baru sahaja didaftarkan lewat ’90 an telah mempamerkan contoh cemerlang bagi gerakan-gerakan Islam yang lain melalui sejarahnya yang panjang (semenjak awal ’80 an) dalam membina kader bangsa pejuang Indonesia.

Cukup dahulu buat masa ini, sehingga bertemu lagi.

~Abu Thana’, Irbid~

4 Comments leave one →
  1. pemikir permalink
    November 5, 2009 8:46 pm

    salam.

    terima kasih atas pandangan dan perkongsian.
    harap dapat membuka mata semua yang ingin bergerak.
    moga anda jadi kalangan penyatu ummah, bukannya cuba mewujudkan golongan2 tertentu yang semakin jelas kelihatan di masa ini.
    utamakan mana yang perlu.

  2. rihlatulwujud permalink*
    November 5, 2009 9:18 pm

    Wassalam

    Terima kasih atas harapan anda pada saya supaya menjadi penyatu ummah.

    Perihal ‘cuba mewujudkan golongan-golongan tertentu yang semakin jelas kelihatan di masa ini’ bukanlah termasuk dalam maudhu’ yang cuba saya sampaikan di sini. InsyaAllah lain kali kita boleh bincang.

    Buat masa ini, suburkan dakwah dan tarbiyyah di lokaliti kita masing-masing. Itulah ‘keutamaan yang perlu’.

    ~Abu Thana’, Irbid~

  3. November 10, 2009 12:47 am

    salam,pekaba??lama tak dengar cerita…
    bagus penulisan anta(her3)……lama tak nampak penulisan begini….
    perlukan banyak pembacaan untuk mendapat tulisan yg bermutu dan mengandungi info2 terkini lagi tepat…..
    rajin2 la post artikel cam nie……
    p.s-sekadar cadangan…try la buat blog sendiri….

  4. rihlatulwujud permalink*
    November 10, 2009 11:28 pm

    wassalam….ahlan ahlan…..entry macam ni ditulis bila datang ‘angin’ dia…..’angin’ tu datang bila ada ‘peristiwa-peristiwa’ tertentu yang berlaku…..ditulis supaya pengalaman berhadapan dengan ‘peristiwa-peristiwa’ tersebut tak hilang dek hujan, tak lekang dek panas (cewah)….

    p/s: blog ni kongsi…sebab–> berdua lebih baik…..(aiseh)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: