Skip to content

Doa dan Tawakkal

November 21, 2009

Hari ini saya buat cuti sendiri. Hihi. =). Bangun awal lebih dari biasa. Selalu kalau nak pergi kelas pagi, bangun lewat sikit. Disebabkan risaukan sesuatu, tak dapat nak tido lena. Pukul 10 mata dah ngantuk, cuba tido. Pukul 12 bangun, tengok handphone, tak ada pula any msg, tdo blk. Terbangun pukul 3 pagi, tengok handphone lg, masih tak ada sebarang msg. Tak apa, tdo lg. Bangun subuh pukul 5am. Mohon Allah mudahkan perjalanan. Doa dan tawakkal. Cuba call, tapi tak berangkat. Dah tak boleh nak sabar, saya msg terus sahaja. Tapi masih tak ada reply. Arif sangat dengan sistem di India yang kalut dan mengkalutkan kepala otak orang awam, saya sabarkan diri lagi. Afterall, andai Allah izinkan pasti akan berlaku benda itu. Amin

Kelmarin umi msg. Cakap adik kecik saya yang darjah enam tahun ini dapat  UPSR 5A. Tambah SPPM 13A, PSRAJayyid Jiddan. Harapan tipis katanya nak jadi pelajar cemerlang. Tapi tak apalah, apa-apa pun Alhamdulillah. Punyalah dia risau dengan kertas Bahasa Melayu dia. Kelakar juga kisah disebaliknya, umi cerita macam mana dia buat karangan. Sampai umi dah tak larat nak layan dia asik suruh umi cek kertas dia je samada jawapan dia betul ke tak. Umi cakap berkali-kali, Iman dah buat yang terbaik, sekarang Iman doa dan tawakkal aje. Akhirnya Allah kabulkan dia dapat 5A. Saya dulu pun tak 5A. hehe. Abu Thana’ satu-satunya lelaki yang dapat 5A dalam kelas kami masa itu. Oh betapa saya rindu adik-adik saya di Malaysia. Sekarang mereka dah ada seorang lagi abang ipar. Along kata bukan main lagi abg Helmi kena ‘buli’ dengan mereka sampai naik lemak. hi hi.

Beberapa hari lagi, exam 3rd sessional akan menyusul. Dua bulan selepas itu, peperiksaan final pula akan menyusul. Final exam untuk final year Part 1. Hanya Allah sahaja tahu betapa peritnya untuk sampai ke tahap ini. Mohon agar Allah mudahkan urusan saya menjawab soalan. Usaha, doa dan tawakkal.

Untungnya kita sebagai seorang Islam kerana kita ada senjata doa yang kita yakin pasti akan terjawab doa kita. Cuma Allah jawab doa dalam bermacam bentuk. Itu ditangan Allah. Kita sebagai hamba diberi peluang seluas-luasnya untuk memohon dan meminta pada Allah swt. Bila kita berdoa pada Allah,hati akan terus jadi tenang. Tenang menunggu jawapan dari Allah swt kerana Iman kita pada Qada’ dan Qadar Allah. Berbeza bagi mereka yang berdoa, tapi bukan kepada Allah swt. Hati masih resah gelisah menunggu kepastian yang entah bila akan muncul. Alhamdulillah atas nikmat Iman dan Islam ini Ya Allah..

Alhamdulillah untuk setiap peluang yang Allah swt berikan dalam hidup ini. Moga kehidupan yang sementara ini diberkati Allah swt.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

5 Comments leave one →
  1. 'atiqah permalink
    November 21, 2009 7:30 pm

    salam. all the best, al-ukht ^_^

  2. rihlatulwujud permalink*
    November 21, 2009 7:57 pm

    Jzkk ‘Atiqah..=)

  3. November 21, 2009 8:43 pm

    salam..
    kak, bkn psra ke yg jaid jiddan?
    anyway, congratz 4 ur little bro..^_~

  4. rihlatulwujud permalink*
    November 22, 2009 9:22 am

    hehe..a’ah ek,dulu zaman kami sekolah spra. skrg dah tuka psra. Lupa pulak akak..=)

  5. November 26, 2009 11:13 pm

    salam…afwan ya ukhti..salam ziarah ya ukhti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: