Skip to content

Muhasabah Cinta

December 6, 2009

Alhamdulillah

Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘ Ya Tuhan kami, tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia. Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”

[ Ali-Imran: 75]

Abu Thana’ akan bersemangat dan mampu bercakap tanpa henti bila kami berbincang soal mengingati Allah dan takrif  sebenar perjuangan dalam Islam.  Tajuk yang lebih realistik dan membina katanya berbanding membicarakan soal hati dan perasaan, soal menjaga tepi kain orang, soal mencapai sesuatu yang diluar capaian kita dan macam-macam lagi soal perempuan normal suka untuk perbincangkan dengan pasangan mereka dan meleret sampai melayan perasaan tidak tentu hala. Last-last sediri merajuk. Abu Thana’ suka cakap saya ini banyak fantasi dari realiti sebab suka tengok banyak sangat cerita fantasi dan banyak membandingkan dengan orang lain yang boleh dikatakan ideal hidup mereka. Penangan hebat Nur Kasih lah katakan. Ditambah lagi dengan ayat-ayat cinta, ketika cinta bertasbih, syurga cinta etc. Belum masuk cerita drama melayu lain. Novel melayu lagi. huhu. Memang ada betulnya. Saya minat tengok cerita-cerita begitu. Walaupun banyak tak logik, saya tengok juga. Cerita yang idealistik tapi tidak realistik. Cerita yang tidak membina Iman dan Taqwa. Hanya ada pengajaran sedikit yang terpalit disana-sini seolah-olah sekadar titik di atas hamparan kertas putih yang suci. Sebab itu jugalah Abu Thana’ lagi suka untuk melihat movie thriller atau sejarah berbanding movie/drama cinta seperti saya. Paling kurang mampu buat kita berfikir dan akal pun berjalan. Tak adalah sia-sia akal yang Allah dah berikan ini. Afterall, tiada manusia yang sempurna dalam dunia ini. Apatah lagi hampir kepada sempurna melainkan Rasullullah saw.

Makanan kegemaran Abu Thana' di India ini..^_^

Ni saya paksa dia makan "Thali"-makanan India

Sesungguhnya isteri beliau ini masih mentah dalam erti kata perjuangan yang sebenar-benarnya. Pernah sekali saya bertanya bagaimana untuk ikhlas dalam sesuatu perkara.  Simple soalan saya, tapi Abu Thana’ balas dengan persoalan juga bagaimana sekiranya anak buah saya bertanya pada saya bagaimana untuk ikhlas?. Soalan menguji seperti lazimnya. Syarah yang diberikan Abu Thana’ sungguh panjang sampai saya yang cetek ilmu ini tak mampu nak ‘digest’ semua. Seolah-olah beliau memberi lecture baru pada saya. Hihi. Tapi Alhamdulillah, ilmu yang saya terima dari Abu Thana’ adalah ilmu yang sungguh bernilai kerana ilmu itu datang dari seorang suami yang ingin mendidik isterinya menjadi wanita yang solehah. Inilah benda yang paling saya rindui bila kami berjauhan. Untuk  bercakap dan menerima ilmu itu direct face to face dari Abu Thana’. Bukan nak kata bila berjauhan Abu Thana’ tidak berkongsi ilmu dengan saya, cuma bila dapat bercakap secara depan-depan, kesannya akan masuk terus ke hati ini.

“Akhawat Islam tidak sepatutnya begini. Akhawat Islam seharusnya begini… “Tegur Abu Thana’ pada saya bila saya mengomel tentang diri sendiri atau saya berbicara soal dakwah di sini. Semua lelaki /ikhwah akan berfikiran begitu katanya. Lagi-lagi bila sudah bernikah. Ada certain kriteria dalam diri si isteri yang ingin mereka lihat. Sedikit kesal kerana kurang menyediakan diri sendiri sebelum bernikah dengan Abu Thana’.

Maka untuk akhawat di luar sana, silalah sediakan diri dengan sebaik-baiknya sebelum menapak setapak lagi dalam tangga tarbiyyah. Banyakkan bahan bacaan tentang rumahtangga Islam. Sedikit cacat-cela boleh diperbaiki sepanjang melayari alam rumah tangga. Tapi sekiranya basic tidak difahami, maka susah untuk menempuhinya nanti. Mudah pancit ditengah jalan. Ibaratnya, lelaki mudah untuk menjadi lebih matang selepas bernikah, tapi perempuan mudah menjadi tidak matang umpama kanak-kanak yang sentiasa inginkan perhatian tidak berasas selepas bernikah sekiranya tidak mengawal perasaan sendiri. Seperti sayalah itu. Naqibah saya dahulu pernah berkata rumahtangga kita nanti adalah markaz tarbiyyah kita. Hanya kita yang mampu mengemudinya agar ‘nampak’ qudwah pada yang lain. Andai tersalah tarbiyyah dalam rumah tangga, maka akan ternampaklah cacat-cela baitul muslim, tapi sekiranya betul cara tarbiyyahnya, maka akan lahirlah lebih ramai generasi pejuang agama Allah swt.

Membina Bait Muslim bukan perkara main-main. Bukan seperti merealisasikan cinta laila majnun atau romeo juliet. Bukan juga seperti dalam kebanyakan drama cinta bila lelaki dan perempuan bersatu akhirnya selepas banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Tetapi Bait Muslim ingin meraih lebih dari cinta sesama manusia. Tanggungjawab dan amanah yang berat datang seiring dengan terbinanya Bait Muslim itu. Tanggungjawab yang lebih berat untuk melakukan sebenarnya dari berkata-kata. Sebab itu perlunya kepada persediaan rohani lebih dari persediaan jasmani.

Berfikir sejenak tentang tauhid Rububiyyah dan Allah swt. Buat saya rindu untuk pergi ke pantai.  Pantai Tanjung Bidara, tempat saya dan keluarga serta sanak-saudara membesar bersama.  Masa masih kecil. Atau pantai Port Dickson yang ada kenangan saya dan Abu Thana’ dahulu di situ. Kisah yang memalukan saya. Hihi. Bukan tempat kami dating ye! .Pantai-pantai di Malaysia yang pernah saya kunjungi dengan pasir pantai yang putih bersih, air yang jernih menampakkan isi didalammnya atau pergi snorkeling tengok lebih dalam ciptaan Allah di dalam laut. Untuk duduk dan melihat kekuasaan Allah swt. Masa bernyawa inilah peluang terbaik untuk kita muhasabah diri. Nanti bila jasad dan roh sudah tidak lagi bersatu, muhasabah mustahil untuk dilakukan. Apatah lagi untuk merubah. Moga kehidupan yang singkat ini ada nilainya disisi Allah swt. Amali Beriman kepada Allah swt:

1. Tafakkur: Tilawah dan Tadabbur ayat-ayat Allah swt.

2. Bersia-siar menghayati dan memikirkan keagungan ciptaan Allah swt.

3. Melihat dokumentari,movie atau membaca buku  yang menjelaskan keajaiban dunia.

Wallahualam.

-Ummu Thana’- Mangalore, India

10 Comments leave one →
  1. December 6, 2009 10:45 am

    terima kasih umm thana aats perkongsian minda

    p/s-pergh, abu thana sana kat mana pun laham tidak dilupa. padanlah rectus abdominis mara ke hadapan je

  2. rihlatulwujud permalink*
    December 6, 2009 12:44 pm

    sama2..

    itu mmg faveret dia..lps makan pening kepala..huhu

  3. nur islah permalink
    December 6, 2009 9:57 pm

    salam

    akak, boleh minta yahoo id akak utk ym?

  4. rihlatulwujud permalink*
    December 6, 2009 10:04 pm

    musfirahishkandar@yahoo.com

    • nur islah permalink
      December 6, 2009 10:22 pm

      huhu..tq akak..tp mcm xdpt nak add la😦

  5. rihlatulwujud permalink*
    December 7, 2009 7:31 am

    akak dah add kamu..akak try remove kamu dari list..kamu cuba add akak balik ye..=)..mgkn juga kamu salah eja nama ayah akak tuh..tgk betul2..^_^

  6. Nur permalink
    December 8, 2009 12:24 pm

    Salam ukhti…

    salam ta’aruf… salam ziarah…🙂

    qoute “Ada certain kriteria dalam diri si isteri yang ingin mereka lihat.”

    ape ye certain kriteria tu?

  7. rihlatulwujud permalink*
    December 8, 2009 1:00 pm

    wassalam wbt ukhti nur…

    salam taaruf juga..=)

    Kriteria tu, baca buku mana2 boleh jumpa insyaAllah. Buku bagaimana menjadi isteri solehah. Nak elaborate panjang pula. Nest post mungkin..^_^..

  8. zamzam permalink
    December 11, 2009 10:49 pm

    akak,persoalan ikhlas tuh camne….pe jawapannnya….??

  9. rihlatulwujud permalink*
    December 12, 2009 11:15 pm

    zam,nnt boleh bincang masa UO ek..hihi..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: