Skip to content

Kecilnya kita

December 7, 2009

Alhamdulillah..

Menerima tarbiyyah dari adik2 yang disayangi adalah sesuatu yang sangat bernilai buat saya. Terima kasih adik-adikku. Melihat mereka membesar dengan matang  dan solehah membuatkan diri ini rasa gembira sangat. Agaknya macam inilah perasaan seorang ibu bila melihat anak-anak membesar di depan mata.=)

Betapa besar harapan saya untuk melihat mereka membesar menjadi insan yang solehah wa muslehah yang mampu untuk menjadi contoh kepada yang lain-lain. Mampu berpijak di bumi yang nyata di muka bumi Allah swt ini tanpa rasa ragu-ragu bahawa Allah sebagai pelindung dan tempat bergantung.

Tarbiyyah hari ini tentang betapa kerdilnya diri kita sebagai manusia dan hamba Allah swt. Jika ingin dibandingkan tak ada hebatnya pun. Tiada makna untuk berbangga dengan sedikit kelebihan yang Allah berikan. Kerana sesungguhnya memang hanya Allah swt sahaja yang layak berbangga. Bukan kita manusia. Segala penciptaan Allah dah membuktikan segalanya.Sedih bila melihat manusia yang berbangga dengan sedikit kurniaan yang Allah berikan. Bila-bila masa sahaja Allah mampu untuk menarik semua itu. Masa Allah dah tarik nikmat nanti memang dah tak boleh nak minta balik. Ibarat jatuh ditimpa tangga. Jatuh golek-golek tak mampu nak bangun dah. Moga ada penyesalan di situ. Lagi rugi jika tak menyesal. Tapi menyalahkan benda lain atau paling teruk menyalahkan tuhan. Naudzubillahiminzalik.

Bermula dari kejadian bumi dan seluruh isinya. Sebelum itu lagi mungkin penciptaan selain dari bumi. Bintang-bintang, galaksi, planet2 lain etc. Yang lagi besar dari bumi. Dari sekcil-kecil benda kepada sebesar-besar benda semuanya ada fungsi dan peranan tersendiri. Semua tidak sia-sia. Untuk kita manusia berfikir dan bersyukur dan mengambil manfaat dari semua kejadian Allah swt.

Moga Allah letakkan kita semua sebagai hambaNya yang selalu bersyukur dan merasa diri kerdil dan tidak punya apa-apa melainkan Allah swt. Amin. Supaya andai kita diuji, kita mampu bangun sendiri berbekalkan kekuatan dari Allah swt.

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore, India

2 Comments leave one →
  1. maryam permalink
    December 10, 2009 8:07 pm

    jzkk nti.. ^^

  2. rihlatulwujud permalink*
    December 11, 2009 1:33 pm

    sama2 maryam!..=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: