Skip to content

Kenangan itu

December 13, 2009

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah.

Beberapa hari lepas terima emel dari Ukhti Maryam Madihah yang sentiasa dirindui.=). Emel yang membuatkan diri ini berfikir, rupanya sudah hampir 4 tahun kami tidak duduk bersama dan berbual tentang isu-isu hangat seperti masa kami di kursus persediaan dahulu. Lazimnya saya, Maryam dan Diyana akan menghabiskan masa di surau kolej Akasia sampai boleh tidur situ dan menjadi bilik kedua kami. Kali terakhir saya dan Ukhti Maryam dan Diyana berjumpa adalah beberapa bulan sebelum saya bertunang dengan Abu Thana’. That was the time yang saya luahkan pada mereka tentang keputusan untuk bertunang dengan Abu Thana’. Alhamdulillah, supportivenya mereka dengan keputusan yang bukan senang untuk dibuat.

Selepas itu masing-masing kembali ke tempat belajar. Maryam di NZ, Diyana di Aussie dan saya di India. Kami terpisah ke tiga negara berbeza. Rindu bertandang lagi. Rindu untuk mendengar kupasan-kupasan bernas Maryam, rindu untuk mendengar suara lembut Diyana memberi nasihat, rindu segala-galanya berkaitan mereka. Moga Ukhuwwah antara kami kekal hingga ke syurgaMu Ya Allah. Amin

Maryam beberapa hari lepas send emel berkaitan tragedi yang menimpa ikhwah dan akhawat kita yang saya pasti ramai sudah tahu. Tragedi yang sungguh menyayat hati sehinggakan saya sendiri yang tidak mengenali mereka sebelum ini dapat merasakan betapa peritnya dugaan yang dipikul Ukhti Teh Afifah. Seperti kata Maryam dalam emelnya, bila kita rasa ujian yang kita terima itu sudah berat, sebenarnya ada mereka yang lebih hebat diuji oleh Allah swt. Bagi saya personally, saya merasakan ujian yang Allah berikan kepada Ukhti Teh Afifah adalah ujian yang membuktikan beliau adalah dikalangan orang-orang yang solehah yang layak menerima kasih sayang Allah swt dunia dan akhirat. Moga beliau terus tabah dan kuat menghadapi ujian yang berat ini.

Petikan emel dari Maryam;

Assalamualaikum wbt,

Ke hadapan semua sahabat2 yg dihormati dan dikasihi.. sebenarnya tujuan saya menghantar e-mail ini pada awalnya hanyalah untuk berkongsi salah sebuah article yang saya rasakan menarik untuk dikongsi dengan sahabat2 semua.. namun beberapa minit yang lepas saya telah dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan dan menginsafkan sy, jd terdetik utk sy berkongsi kisah ini jg semoga dapat menjadi peringatan dan tauladan buat kita semua.

Salah seorang sahabat seperjuangan saya baru sahaja kehilangan suaminya yang tersayang yang baru dinikahi selama 4 jam di dalam kemalangan jalan raya hari ini. Mungkin ada yg mengenali pasangan ini kerana mereka merupakan student NZ dan UK. pada mulanya sy begitu sukar menerima hakikat.. macam tak percaya.. tapi takdir Allah menentukan segala-galanya.. majlis kenduri walimatul urus yang sepatutnya dijalankan esok telah dibatalkan dan dalam sekelip mata sahabat sy telah kehilangan bukan sahaja suaminya malah ibu dan ayah mertuanya.

Tiada kata yang boleh diungkap yang boleh menggambarkan betapa perit, pedih dan besarnya ujian yg Allah berikan kepada sahabat sy ini. Tiba-tiba terasa kecil ujian yang pernah melanda diri sendiri jika dibandingkan dgn apa yg dilaluinya sekarang ini. Tiba2 sy terfikir seringkali diri sendiri merasakan Allah memberi ujian yg terlampau besar utk kita.. cepat sahaja mulut ingin mengeluh dan merasakan betapa tidak adilnya hidup ini kerana kesusahan yg kita alami. Namun pernahkah kita terfikir bhw ujian yang menimpa orang lain mungkin lebih besar dan lebih sukar utk dihadapi namun mereka dapat menempuhnya dengan penuh sabar dan redha.

Suddenly it strikes me again yg semua orang diberi ujian oleh Allah swt, bezanya cuma bentuk dan cara ujian itu diberi.. kemiskinan, kekayaan, kesenangan kesusahan semuanya adalah ujian daripada Allah swt. Namun cara mengatasi dan mengharungi setiap ujian dr Allah swt ini yang akan membezakan keimanan dan ketaqwaan kita. ada yang tersungkur jatuh kehinaan kerana ujian yg diterima dan ada yg diperkukuhkan lagi keimanan dgn ujian yg diterima. Semoga kita semua jatuh di dalam golongan yg kedua. Benarlah ayat2 Allah swt:

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (29:2-3)

“Apakah kamu akan mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyatan) orang-orang yang berjihad di antara kamu dan tidak mengambil menjadi teman yang setia selain Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (9:16)”

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (2:155)”

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya:”Bilakah datangnya pertolongan Allah”. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (2:214)”.

Sesungguhnya kematian adalah tarbiyyah bagi yang masih hidup

Wallahua’lam, sekadar perkongsian danperingatan yg pertamanya untuk diri saya sendiri dan keduanya diharap bermanafaat  juga untuk sahabat2 semua.

Beberapa hari lepas juga saya benar-benar terlupa akan tarikh hari kelahiran sahabat saya yang jauh nun di Malaysia, Huda Rahim. Terlewat hampir 6 hari dari tarikh sebenar sedangkan sebelum ini saya tidak pernah lupa tarikh hari lahir beliau. Alhamdulillah, Huda menerima permohonan maaf saya. Hihi. Rupanya beliau sendiri diuji oleh Allah atas kehilangan sepupu yang sangat disayanginya. Kenalan saya juga semasa kami di SMKJ3 dahulu. Bila mengenangkan ini, saya sedikit kesal lantaran kurangnya kami berhubung sehinggakan berita itu tidak sampai ke telinga saya namun hanya sampai setelah beberapa hari.

Muhasabah untuk diri sendiri supaya sentiasa mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat kita. Siapa tahu kerana doa kita mereka memperoleh kekuatan yang lebih untuk mengharungi liku-liku kehidupan ini. InsyaAllah. Bukan setakat sahabat,malah ahli keluarga,saudara-saudara seagama kita diseluruh dunia. Jangan hanya memikirkan kesusahan kita sendiri dan bersedia untuk mengeluh, tapi fikirkanlah tentang nasib mereka yang lebih teruk dan berusaha untuk berysukur dengan nikmat yang Allah telah berikan.

Wallahualam.

p/s: Selamat ulangtahun perkahwinan buat ummi dan ayah yang ke-28. Sungguh cepat masa berlalu dan mereka kini sudah punya dua menantu. Moga Allah terus mengurniakan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga umi dan ayah sehingga ke syurga. Amin

-Ummu Thana’-Mangalore,India

3 Comments leave one →
  1. December 13, 2009 7:47 pm

    ada gak baca psl pengantin tuh kt paper. lg sedih kan. smoga beliau tabah menghadapi semua tu. em sorry ar. kita pn lupa plak nak bitaw awk time dpt berita tu. oh psl harijadi tu xpa la. kita pn slalu lmbt wish besday awk :p

  2. rihlatulwujud permalink*
    December 13, 2009 9:00 pm

    hehe..xperlu sorri..kite yang rasa bersalah dgn awak sbb jarang kontek..mane pernah awak lambat..kalau lambat pun..sehari je kan..kite teringat pun sbb masa dalam bas pergi kolej, member kite ckp die lupa msg besday kawan dia..trus kita ‘Ya Allah..besday awak!’..heheh..nnt blk msia kite tebus ek..belanja awak makan2..nk belanja buat braces free xmampu lg laa..xcukup tinggi belajar..ekeke,,;p

  3. December 13, 2009 9:20 pm

    berita ni masuk surat khabar. memang sangat-sangat menyayat hati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: