Skip to content

Kuat..

December 16, 2009

Dan jangan sekali-kali engkau mengatakan terhadap sesuatu, ‘Aku pasti akan melakukan itu esok pagi’,kecuali (dengan mengatakan) “InsyaAllah”. Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah,”Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku lebih dekat (kebenarannya) daripada ini” [Al-Kahf 16: 23-24]

Sejak dua menjak kebelakangan ini, macam-macam benda yang dilakukan serba tak kena. Perasaan bercampur baur dan emosi mudah turun naik. Sekejap gembira, sekejap sedih, kekuatan pula datangnya berkala. Tapi bila mengenangkan bahawa Allah itu ada sentiasa bersama-sama hambaNya, saya tetap berusaha untuk menguatkan diri. Kadang-kadang kekuatan dari sumber yang tidak disangka-sangka. Ketika sedang baring berfikir tentang diri sendiri, ketika sedang tadabbur ayat-ayat Allah selepas solat, ketika duduk dalam bas untuk ke kolej, hatta ketika sedang berbual bersama rakan-rakan sekalipun.kekuatan itu akan datang dengan sendirinya. Terima kasih Allah untuk itu.

Tiba-tiba teringat kepada Hadith yang Abu Thana’ pernah ingatkan pada saya bila saya timbulkan isu cemburu dengan kejayaan orang lain.

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Lihatlah kepada mereka yang lebih rendah daripada kamu, dan janganlah melihat kepada mereka yang lebih tinggi daripada kamu kerana ia lebih patut supaya kamu tidak sombong dengan nikmat Allah terhadap kamu.” (Muttafak Alaih)

Sekali lagi kekuatan itu datang. Bila mengenangkan segala pengorbanan mereka yang hampir pada kita. Tak terbalas rasanya di dunia ini.

Maaf sekiranya entri kali ini agak celaru. Kusut memikirkan tentang final exam yang akan bertandang tidak sampai 5 minggu sahaja lagi. Berusaha untuk kuat!

Bahan bacaan tambahan disini

Wallahualam

-Ummu Thana’-Mangalore,India

2 Comments leave one →
  1. zamzam permalink
    December 16, 2009 8:23 pm

    salam…akak..kite same ler..huhu…tgh kusut gak nih.mcm2 sgt….exam 2nd year yg msh blurr….homesick lagi…problem yg ntah ape2 nyer lg…tp xkan nk terus camtu kan…xpe2 insyaAllah pelan2 kita cube mencari kekuatan…pertolongan Allah sgt dekat..cume kita yg xtau n x sedar…kita usaha yg terbaik n selainnya kite serahkan pd Dia…hope sgt ‘kekuatan’ tawakkal tu kembali dlm hati…jadi lebih lega dan yakin….iAllah…peperiksaan bkn menguji sejauh mana kita menguasai sesuatu,tp ia menguji sejauh mana pergantungan kita dgn Allah.

    Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (al-Fath-4)
    just to share, zam bile down suke surah al-Fath…mst semangat blk pastu..iA^_^

    n G00d Luck for ur exam….chay0!!!!!

    p/s panjang plak komen…tgh pujuk dr sendiri gak nih..huhu…=)

  2. rihlatulwujud permalink*
    December 16, 2009 8:28 pm

    Wassalam..

    terima kasih byk2 zam..sgt2 membantu akak..=)..
    jom kita usaha utk kuat sama2 ek..jgn sedih2..insyaAllah Allah akan tolong. Amin..^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: