Skip to content

Angin datang lagi…

December 17, 2009

Angin untuk menulis tiba lagi hari ini. Kali in lain sedikit ceritanya.  Selepas Maghrib tadi, saya ‘lepak-lepak’ dengan Abu Asiah di Yamani Iskan. Asiah pun ada sekali. Tak tahulah dia faham ke tak apa yang kami diskusikan bersama sambil-sambil minum syai ‘adan. Muka serius seolah-olah turut bersama memahami topik perbincangan. ‘Budak-budak ngeteh’ tak pula kelihatan hari ni. Mungkin mereka dah tukar lokasi ke Warung Din Selamat, Wallahu A’lam.

Selesai saja pertemuan, saya pun menyusun langkah pulang ke rumah. Kebetulan lalu Tasjilat Nour, kedai buku-buku Islami yang sudah agak lama saya tak singgah. Saya pun tak teringat kali terakhir singgah di situ bila. Dulu-dulu, agak kerap ke maktabah ni. Saja tengok-tengok buku-buku yang boleh di buat baca atau disuruh baca. Tapi sejak masuk alam clinical, jarang singgah dah ke sini. Selalu pergi ke maktabah Darul Kutub, beli buku-buku clinical. Tanpa fikir panjang, saya pun melangkah kaki masuk ke Tasjilat Nour. Niatnya mahu tengok-tengok sahaja.

Saya mula selak-selak beberapa buku di rak paling dekat. Random saja. Tak pasal-pasal, saya sudah berada di kawasan buku-buku karangan Dr. Muhammad Sa’id Hawwa. Ada beberapa buku yang menarik setelah saya selak-selak kandungan buku-buku tersebut. Fikir saya, sah sudah lama tak datang sini. Jalan-jalan lagi, jumpa lagi buku-buku yang sangat menarik yang boleh saya jadikan rujukan kefahaman saya. Saya mula tanya harga beberapa buku pada tuan kedai. Buka juga dompet kalau-kalau tak cukup duit, Alhamdulillah ada la sedikit. Akhirnya, saya nekad untuk beli beberapa buah buku yang saya rasa sangat perlu untuk kuasai bahan-bahan kandungannya. Belanja lebih sedikit pun tak mengapa, sebab nilai Islami pada buku-buku ini sangat sukar untuk didapati kalau saya dah pulang ke Malaysia nanti.

Saya pulang dari Tasjilat Nour malam ni dengan buku-buku ini:

1. Yahudi – Ensiklopedia Bergambar

Buku ini karangan Dr. Tareq Suwaidan, seorang tokoh terkenal dari Kuwait. Banyak menulis tentang motivasi dan menyusun fakta sejarah dalam bentuk yang sangat menarik untuk dibaca. Antara buku terawal beliau yang laris adalah tentang sejarah Palestin (juga ensiklopedia bergambar). Siri-siri ensiklopedia bergambar ini menjadikan pembaca tak jemu untuk membaca sejarah.

Saya sangat tertarik dengan tajuk ensiklopedia beliau yang terbaru ini. Tentang Yahudi. Kebetulan minggu lepas saya baru sahaja mengikuti kursus tentang Ghazwul Fikri, yang membongkar rencana jahat Yahudi dalam menyerang pemikiran ummat Islam secara strategis dan terancang semenjak berakhirnya siri Peperangan Salib yang berlangsung selama 200 tahun. Beberapa pendedahan tentang gerakan Zionisme dan Freemason  turut dibincangkan. Buku ini mengupas isu-isu tersebut dengan lebih lanjut. Pernah dengar kan tentang Rotary Club, Lions Club, AIPAC?

Antara kandungan menarik buku ini adalah tentang sejarah bangsa Yahudi, aqidah mereka, kitab suci, syariat, kumpulan-kumpulan, organisasi-organisasi, Yahudi dari sudut ekonomi, pendidikan, ketenteraan, politik, dan individu-individu yang menyumbang pada kedudukan Yahudi masa kini. Selak-selak buku ni pun dah cukup menarik kalau tak sempat sangat nak baca, sebab gambar-gambar yang disertakan memudahkan fakta-fakta yang hendak disampaikan.

2. Andalus – Sejarah Bergambar

Buku ini juga karangan Dr. Tareq Suwaidan, tapi sebenarnya sudah agak lama terbit berbanding Ensiklopedia Yahudi. Selalu je nampak buku ni dulu-dulu, tapi masa tu belum sampai seru nak beli. Sekarang ni bila terkial-kial nak cari pasal sejarah Empayar Andalus dari sudut pandang Islami (bukan sekadar fakta dari Syeikh Wiki), baru terasa betapa penting untuk memiliki buku ini.Sebenarnya memang agak susah untuk mencari bahan bacaan dari Internet tentang kerajaan Andalus dalam bentuk yang tersusun dan mudah dihadam. Cuba try!

Memang tak rugi beli buku ni, meskipun agak mahal sedikit. Buku ini mengupas sejarah perkembangan Empayar Andalus bermula dari sebelum kedatangan Islam pada zaman Khilafah Umawi, sehinggalah berpecahnya empayar ini menjadi kerajaan-kerajaan kecil (duwailat) dan seterusnya kejatuhan empayar ini. Sarat dengan peta-peta, lukisan-lukisan dari zaman tersebut, dan juga gambar-gambar pemandangan sebenar dari bumi Andalus. Bagi saya, buku ini antara bahan wajib bagi mereka yang mahu ambil semangat dan fikrah dari usaha membangun khilafah Islamiyyah.

3. Membina Kehidupan (Sina’atu Al-Hayah) – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid

Buku ini sudah lama saya cari. Tahun lepas saya tanya tuan kedai, dia kata sudah habis. Bila dah sibuk kerja lain, terlupa pula nak beli buku ni. Ramai masyayikh saya suruh baca buku ni, sebab tu kene beli juga. Nasib saya baik hari ni, sebab buku ni naskhah terakhir di Tasjilat Nour sebelum datang stok baru.

Buku-buku karangan Muhammad Ahmad Ar-Rashid (Abu Ammar) ni tinggi bahasanya. Saya cuba baca beberapa buku terdahulu karangan beliau dalam bahasa arab seperti Muntalaq, A’waiq & Raqaiq, tak faham-faham. Akhirnya buka buku yang sudah dialih bahasa. Buku Sina’il Hayah ni pun sama juga macam yang lainnya, susah untuk dibaca oleh orang yang penguasaan bahasa arabnya macam takat saya. Tapi apakan daya, buku ini masih belum diterjemah. Kalau ada pun, mungkin di Indonesia (mereka sangat pantas bab-bab terjemah ni). ‘Ala kulli hal, buku yang sudah di depan mata ni perlu digagahi untuk dihadamkan, sebab saya pasti sentuhan pena Abu Ammar  sangat besar kesannya pada jiwa-jiwa para da’ie. Pasti di sana ada mutiara dakwi & tarbawi yang beliau kongsikan bersama. Tambahan maklumat, Abu Ammar juga adalah antara tokoh dakwah yang sangat memahami isu-isu dakwi dan haraki di Malaysia (katanya beliau ada beli rumah di Bangi).

4. Membina Pemuda (Sina’atu Asy-Syabab) – Dr. Muhammad Sa’id Hawwa

Pada mulanya saya sangka buku ini karangan Sa’i Hawwa, tapi agak pelik sebab tak pernah dengar buku karangan beliau yang tajuknya seperti ini. Rupanya buku ini karangan anak beliau, Dr. Muhammad yang juga graduan Jamiah Urduniyyah.  Buku ini menyentuh perihal pemuda dari konteks Al-Quran, kisah-kisah sahabat, dan seterusnya bagaimana kita bermuamalah dengan generasi pemuda yang sudah tentunya mempunyai berbagai kelebihan dan kekurangan. Yang menarik, perihal pemuda ini dibincangkan dari sudut perkembangan tarbawi dan dakwi mereka.  Bagi saya, buku ini tepat untuk dibaca oleh mereka yang hidupnya banyak diluangkan untuk bersama dengan generasi pemuda, khususnya mahasiswa.

Ini pula dua buku yang dihadiahkan oleh sahabat arab di Jordan. Belum sempat untuk dibaca. InsyaAllah saya akan cuba khatamkan buku-buku ini sepanjang saya berada di bumi Syam ni. Harapnya sempatlah khatamkan sebelum balik Malaysia.

Moga-moga pelaburan malam ni tak sia-sia……

~Abu Thana’, Irbid~

2 Comments leave one →
  1. January 7, 2010 8:03 am

    artikel bagus🙂
    ijin menyimak dan mengkopi ya😀

  2. rihlatulwujud permalink*
    January 8, 2010 2:01 am

    silakan menyimak dan mengkopi….nggak ada masalah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: